Wednesday, May 30, 2012

TTC: polik tapi bisa bonar jang

Assalamualaikum,

Dear friend,tq sangat sebab ramai yang bagi kata-kata semangat dalam entry lepas.Noora dah selamat terpeot pada cd36 cenggitu.Lewat seminggu gak,pelik tapi benar.Ramai kata makan clomid period ontime or cepat,emosi pulak akan terganggu,moody je tapi noora happy sangat pulak(bila rasa sengugut is coming hati tak gembira dah),period lak delay.T_____T

Ermm..masa first day period tu,noora menghadap dugaan maha berat.Remuk hati ni,rasa kecewa,duka sangat-sangat.Tentang apa,biarlah rahsia,yang penting terima kasih sangatsangat kat en.asben yang memahami dan Allah yang menguatkan hati ni.

Ok lari topik lak,ni dah start clomid+asid folik untuk cycle 2.Mood?memang sangat teruk!!sikit-sikit rasa nak marah dan nak nangis,kecik hati semua cukup.Malam tadi rasa marah je dengan kakak,tapi sebagai adik kita memang takleh marah kakak ye kawan-kawan,jadi diam dan marah dalam hati je pastu fikir pehal nak geram,bukan apa pun.hahaha ngek sungguh perasaaan terbabit.Tadi en.asben tertinggi suara sket je pun dah nak nangis,mujur dia memujuk dengan pantas dan perfect10 bila tengok noora dah start diam dan air mata nak bergenang.Padahal takde benda pun,agagaga,gilak sensitip!!Kena isghtifar banyak-banyak ni .hohoho.Hari tu macam tak caya ubat-ubat hormon ni boleh pengaruh emosi,sekarang dah percaya.ngeeeeee.Harapharap mampu kawal emosi sebaiknya.aminnn.

Selain dari clomid,noora dah start minum pati delima dan betul rasa kulit tambah cerah (pentipu sebab baru minum 4-5hari macam tu =P).Pastu nak makan habatussauda from minsyam lepas haid kering.Ada lagi la menda-menda lain yang noora telan (termasuk seketul berger mekdi tadi).

Maybe cycle 2 clomid will be last cycle for me.Entahlah.Tengokla nanti macam mana.Anyway tadi berjaya gak minum seteguk dua air coke untuk mengelakkan tercekik berger mekdi.Nak tau dua cerita lagi x?Ada budak tu g makan clomid start cd3 (sepatutnya cd2),pastu ada budak tu kekonon melepaskan kesedihan,dia g minum air sprite kat mekdi pastu 2hari perut dia cramp.padanla muka kan.hmmm.baru perasan,ahad hari tu makan mekdi,hari ni mekdi lagi.Hentamm sajalah labiii.

Nampak sangat emosi tingtong,entri pun macam hampeh.Padan muka kau blog!

Friday, May 25, 2012

TTC:Clomid owh clomid

Assalamualaikum!!

Orang melayu dulu-dulu ada buat pepatah,kalau takut dilambung ombak,jangan berumah di tepi pantai.Noora pulak nak buat pepatah baru untuk TTC yang amik clomid macam noora.Kalau takut kecewa,jangan sesuka nak amik clomid.

Uwaaa,kisahnya noora kan diberi bekalan 3 cycles clomid (2biji) daripada klinik Hamid Arshad,dan noora dah selamat makan untuk first cycle.Sekarang sudah cd35 kot,lewat 5hari la lebih kurang.Sakit sengugut sudah kunjung tiba dan paling tak menahan,kesedihan bertambah 5x ganda dari bulan-bulan sebelum ni.Hati ni lemah sangat,rasa nak meraung jer(memang dah meraung kat bahu en.asben tempohari).

Bukan apa,noora letakkan harapan yang sangat tinggi pada clomid.:'( Noora harap sangat clomid membantu. Siap berangan kaw-kaw-kaw bulan ni dan menambah kepiluan hati rupanya bukan noora saja yang letakkan harapan tinggi,mak noora,en.asben,kakak2 noora ngan kawan-kawan lain pun doakan dan selalu update keadaan noora bulan ni.

Tapi dalam ramai-ramai ni,paling noora tak sanggup nak berdepan ialah wajah sedih mak.Mak teringin sangat nak cucu dari noora dengan en.asben.Tak putus-putus doa dari dia dan noora faham sangat dalam usia dia 67tahun ni,memang harapan dia cukup menggunung nak jaga noora dan anak noora bila dalam pantang nanti.Masa kat langkawi,mak siap beli 5-6 helai kain batik.Tau dia cakap pe?"untuk noora bila pantang nanti,pilih mana suka,mak bayar".Ohhhhooiii remuk hati,berkecai-kecai :'(

Ya Allah,memang dugaan tahap gaban betul amik clomid ni.Padahal clomid ni kira fasa pertama kot dalam rawatan kesuburan.Kalau iui,ivf?Pehhh...erm,memang noora tabik sangat kat rakan-rakan TTC yang berjuang untuk iui dan keatas.Noora ni,dah hilang semangat nak teruskan clomid,rasa sedih tu menusuk.

Nak tanya,memang period delay ye kalau makan clomid?ke sebab noora aktif berjalan-jalan bulan ni.emm,balik ni nak cari pati delima ngan susu kambing.Dah bosan minum ducthlady cekelat,nak kembali le susu kambing semula.huhu.

Owh hati,kuatla!amin



Langkawi day 3: cable car+subhanallah!

Assalamualaikum!

Hai,berkurun baru nak sambung entry kat langkawi.Tapi takpe,demi rujukan sendiri di masa hadapan,noora gagahkan jua untuk menghapdet.hohoho.

Last day tu planningnya just nak round-round and shopping-shopping je kat langkawi.Tapi,oleh kerana kaum-kaum adam sibuk nak naik cable car sampai merajuk-rajuk manja dengan bini masing-masing (asben noora pun dah pandai bersetongkol dengan abg2 ipar,kemaaaiiinnn!),maka kitorang tunaikan la jugak permintaan dorang tu.

Dalam seramai 12 orang ahli keluarga yang naik cable car,noora la yang paling penakut  sekali,siap statik je tak gerak-gerak,siap tutup mata bagai.Ye,ye,ye gelak gelak,sabar jela.Nak buat macam mana,bukan gayat cuma seram bila pikir kalau jatuh ni macam mana.huhuhu.takut sehhh.dosa banyak lagi ni,takutttt!

Tapi pemandangan dari atas sangat-sangat cantik!Ya Allah,indahnya ciptaan Mu!(sempat curi-curi pandang walau takut =P)

telaga tujuh dari atas=D

senyum tak ikhlas,pucat lesi,takut nak maaammmmp!

kalau tengok sendiri lagi super cantik!=)


kakak sulong dgn anak sulong  dia excited nak amik gambar dgn ular sawa

emmed hampir mencekik mati ular tu,dia berani tapi pegang kuat sangat sampai tergeliat ular tu..hehe



ahli rombongan nak balik dah!!



Sekian cerita-ceritu family vacation kitorang kat langkawi.InsyaAllah raya ni ada plan lagi,tapi kemana tak tau lagi.Ada cadangan?sila taip sms<cadangan<cuti dan hantarkan ke 32228.Ok mengarut,bye!=P

Friday, May 18, 2012

ammar owh ammar

Assalamualaikum!!

Kalau sesiapa yang pernah baca tentang cerita ammar,mesti kenal sama ini budak tecit.Kali ni noora nak story sket pasal dak ammar punya cerita sepanjang percutian kitorang baru-baru ni.Mariiii mari baca=P

Conversation 1: Antara ammar dan mama dia (diceritakan semula oleh mamanya kepada kitorang)

Ammar: Mama,ammar nak bercinta boleh?
Mama:Ha?Dengan sapa?Cantik tak?
Ammar:Ada sorang budak perempuan dalam kelas ammar.Dia selalu bagi makanan kat ammar.Dia tak cantik sangat,gemuk sket.Tapi dia baik mama.Dia sayang kat ammar.
Mama:T_T (cepatla mama ko ni timang menantu nampaknya)=D
Ammar:Tak sabar nak bitau babah.
Mama:T_____________________T " (pasghaaahhh)

Conversation 2: Antara maksu(noora) dan ammar dalam kereta

Ammar:Maksu,macam mana eja pokok?
Maksu: p.o. po, k.o.k kok.....pokok..
Ammar:p.o po,k......o.k kok...pokok..Macam mana eja buaya?
Maksu:b.u bu,a a,y.a ya....buaya
Ammar:b.u,a a,y.a ya.....buaya...Macam mana eja ultraman?
Maksu:*______________* (eja k.o.k kok pun gagap,ada hati nak eja ultraman,huhu)


Conversation 3:Disebabkan seakan terasa orang dok gelak-gelakkan dia bila suh eja ultraman,dia start bual benda baru.

Ammar:ammar dah pandai eja kaki.
Maksu:Macam mana?
Ammar:b.u bu,k.u ku buku

Apelagi pakat gelak lagi besar la kitorang,apekah kaki jadi buku.Si ammar tersengih-sengih,mungkin konfius kenapa dia eja kaki tapi bunyi buku.hohoho

ammar dan kakak sepupu kesayangannya=)

3:Langkawi day2 Taman Boya+Island Hoping

Assalamualaikum!!

Hari kedua kami kat langkawi telah memahat sejarah baru dalam hidup kami masing-masing.Dari wan yang umur sweet 67,sampai la ke cucu paling kecik setakat ni umur 4 tahun.

Ajaib dan indahnya ciptaan Allah.Allahuakhbar!!=)

Meh layan gambar meh.

half of the family members=)

kemain excited nengok boya

best mandi bangggg?
boya pelahap

semua berebut nak makan,kesian pulak tengok..ececeh..padahal.....

penakut...tengok muka pun dah tau..
bermanja-manjaang-ang-ang=P

abg zaid cuba ajar ammar senyum nampak gigi yang sumbing tu.hoho

zaid with paksu/uncle,sama besor dah=D

besoorrrr gilak

pandai beratur time nak makan,mungkin dorang pandai tengok jam kot.nggeee
pimpin tangan ommaa naik bot=)

puan dayang yang bunting=)super cantik!

view dari atas tasik
budak manja dah basah lencun,stress bini jerit-jerit tak bagi dia berenang tanpa life jacket,hahahaha,sayang laki oii

perempuan ni berjaya celup2 kakitangan,basuh muka,usap2 perut,minum sampai kenyang,mandi?no no,takut dooong!hoho

kanak-kanak ribena,yang si ammar kemain melalak.penakut mcm maksu dia (bukan nama sebenar)


Sekian kenangan pada hari kedua.Pulau-pulau lain tak sempat amik pic,sebab dah penat.hehehe.Sampai hari ni kitorang tak benti-benti citer pasal pengalaman island hoping.Subhanallah,damai rasanya,indah sungguh=)


Next entry,last day in Langkawi-cable car kus semangat=P

Wednesday, May 16, 2012

2:Langkawi day one yawww;mahsuri+beras terbakar+cekelat

Assalamualaikum!

Mari sambung pasal entry Langkawi,disebabkan gambar terlalu banyak,biarkan ia berbicara.hakhakhak =D


Sesampai je jeti kuala kedah lebih kurang kul 7.40 pagi,kami pun g bersarapan pagi kat warung betul-betul tepi jeti,memang sangat walaweh!sedap sangatsangat rasanya,mungkin jugak kami ni stok bandar sket,jadik bila dapat masakan kampung pagi-pagi,memasing rasa nak nangis.sedap uuuuools!


best sangat!!








Yeayyyy dah sampai,kami naik feri pukul 9.30pagi,sampai lebih kurang pukul 11.15pagi,separuh dari family noora mabuk laut termasuk noora.k bye!malu sebab berlagak.hohoho

Bermula sesi hari pertama di langkawi,lalalala (mode:senang hati)

sabotaj dari sang isteri maka pic ini digelapkan*tipu je*
 
helang batu

Mak buah yang tak senonoh.tahutahutahu*_*


hantu kuning buat apa ntah,mencurigakan=.=


muka kepoyoran kami

mak buah yang tak senonoh kuasa 8



makanmakan time,sodappppp!kakak sapa yang ayu sleeping brother bear sangat tu 0_o
hajat nak shopping tapi kedai tutup sudaaaah

Malam tu pulak kitorang menghabiskan masa kat Pandak Mayah,kedai Haji Ismail yang jual cekelat.Akibat terlalu asyik memborong,maka gambar nan hadooo.Balik je homestay masing-masing senyum sampai telinga sebab berjaya menghabiskan duit beli cekelat melambaklambak.Misteri bukan??terlajak bot bolehla undur,terlajak belanja,g atm machine kita cucuk duit lagi...agagagaga=D

Okeh nanti noora sambung lagi untuk hari kedua kat langkawi-Taman Buaya+Island Hoping+uptown

Tuesday, May 15, 2012

Kenyataan Abang Nara menghiriskan hati dan sanubari

Assalamualaikum..


"Ucapan tahniah harus juga diberikan kepada Jejai kerana tidak berlengah-lengah lagi menambahkan umat Islam." Abang Nara from Beautifulnara

Noora memang peminat abang nara,setia bukak beautifulnara harihari.Tapi hari ni betul-betul terguris dan terluka.Adakah kami ni Umat Islam yang melengah-lengahkan pertambahan umat islam?

Rezeki tu belum sampai bukan melengahkan..............

Terlajak kata memang makan dalam bro.Anak tu rezeki Allah,tak timbul isu lengah tak lengah dapat anak cepat atau lambat.Statement tu terlalu terbuka sampai menyebab terluka.=(

Friday, May 11, 2012

1:Cuti-cuti langkawi with love

Assalamualaikum!!

Noora sekeluarga telah selamat sampai ke rumah masing-masing setelah bercuti secara besar-besaran di langkawi.Best sangat kot,balik terus en.asben demam,ni noora pulak berjangkit.Syabass sangat.=p

Memandangkan noora tengah weng-weng,noora just nak update details berkaitan dengan budget homestay,pengangkutan dan tempat-tempat menarik yang kitorang masuk sebagai rujukan korang atau noora sendiri dimasa akan datang.Disebabkan noora yang jadi projek leader,maka semuanya noora yang handle.=)

Feri(kuala kedah-langkawi/langkawi-kuala kedah)


Rm23-dewasa (P/B=Rm46)
Rm17-kanak-kanak (P/B=Rm34)

P/s:tiket balik beli kat jeti langkawi je sebab mana tau kot-kot nak extend sejam dua or sehari dua.hehehe=)

Homestay


Sue Homestay-apartment seri lagenda kuah-3bilik,2bilik air,sila google ye^_^
Rm350 (3hari2malam)
2.5 bintang sebab tandas tak berapa best (Tapi family noora kata ok je,ye saya seorang cerewat bab tandas dan kebersihan!)

Kenderaan


Urvan (15seat)-kitorang ada 12 orang semuanya
owner: Paklang-012-4257856
Rm300-3hari 2malam
Tiptop!Paklang sangat cool (sila bitau noora yang sewa urvan rekomen eh..hahaha..tu pun kalau dia ingatla=D)
Minyak isi Rm80 je untuk 3hari 2malam,kitorang kuat berjalan ooo..nasib minyak dia diesel,so jimat la disitu=)

Aktiviti:


Makam Mahsuri
Rm5 per adult
Rm2.50 per child

Island Hoping
Rm320 untuk boat besar muat 14 orang,book satu boat terus=)
017-2808735
Best dan sangat tiptop!=D

Taman buaya
Rm15 per adult
Rm10 per child

Cable car
Rm15 per adult
Rm10 per child

Selebihnya aktiviti shopping mopping kat pekan kuah:


Coklat:Haji Ismail Group (Pandak Mayah)
Pingan Mangkuk:Haji Ismail Group kat jeti
Gamat:Gamat Ashaari (Pandak Mayah)
Batik,baju,cenderamata:Area Beras terbakar,Uptown kat pandak mayah

Beli la banyak mana pun,asal stay kat langkawi tak lebih dari 3 hari penuh tak kena tax (Pastikan tiket feri or flight masa pergi tu anda simpan=)

Nanti noora tulis lagi eh,picture tak save lagi dalam lappy ni.Tunggguuuu k=)

Thursday, May 3, 2012

susu kambing vs susu coklat dutchlady

Assalamualaikum!!

Halloha!ingat tak satu masa dalu noora ada update pasal susu kambing?Tak ingat?Takpe tak dosa pun.hehehe.Dulu noora kemain excited dok minum susu kambing hari-hari.Akan tetapi,memang betul kata Tun M,melayu mudah lupa mahupun buat-buat lupa sekarang noora dah tak minum susu kambing lagi.Bukan apa,cuma kebosanan sudah melanda tekak pada tahap yang membimbangkan.Justeru itu,noora pun telah menukar pelan penyusuan,eh? dengan meminum susu ducth lady yang berperisa coklat.*gila skema*







Pada noora,susu coklat ni ada kelebihan dan kekurangannya 
1.mengemukkan
2.melawaskan 

so kesimpulannya korang pepandai la simpulkan sendiri.hehehe.

Tapikan taktau la sampai bila noora mampu bertahan,sok-sok kalau jemu tukar susu kambing balik.Takpun try susu kucing,leh beranak kembar macam kucing.haiiihhh.melalutnya,mungkin sebab clomid kot ni.*kesian clomid,gurau je clomid,jangan marah.*jentik kepala noora,sila,sila,sila!*

Wednesday, May 2, 2012

cukup sampai di sini saja

Assalamualaikum!

Sila jangan pelik sekiranya anda selalu melihat putrieslifechapitare selalu di update pada hari rabu.Entah kenapa tuan punya blog selalu ada mood menaip pada hari orang wordless.Tapi lantak p la,like i care?(cuba buat muka ala-ala ifa radziah=P)

Noora baru sahaja menutup akaun fb noora,tapiiii kita lihat berapa lama putries noora ni mampu bertahan.agagaga.Bukan apa,saja nak buat kawan-kawan rindu.(Macam takleh mesej or call kan?)huhuhu.Nak cari kedamaian dan ketenangan pun ada gak sebenarnya,emm..rakan-rakan TTC konfem faham kenapa.hehehe.^_^


Berada di tahap,nampak baby je rasa nak terkam,apekah ini penangan clomid?*ceh salahkan clomid pulak perempuan ni!*T_T


Anyway,tolong doakan noora ya=)

Tahun melawat langkawi atau tahun melawat perak?

Assalamualaikum!

Hai manusia-manusia comel,anda sekarang sedang berada di dalam zon kecelaruan minda.Agagaga sebenarnya minda noora yang tengah celaru,lama tak update blog akibat tahap kebizian kebodian yang melampaui batas-batas kehidupan.Tapi alhamdulillah,kecerian dan kegembiraan selalu dekat dihatiiiiii.(gaya iklan tibi9).*sapa rasa entry ni annoying sila segera tekan pangkah!*

Berbalik pada tajuk di atas,noora rasa tahun ni patut digelar tahun melawat langkawi bukan tahun melawat perak.Ini disebabkan oleh ramai yang g bercuti di langkawi pada tahun ini.(apesal macam berita da ayat ku ini *_*)

Noora n family noora pun insyaAllah akan kesana hujung minggu ni dan insyaAllah balik nanti noora wat satu review aktiviti kat sana supaya boleh menjadi rujukan di hari muka O_o.*Pannnnng!!lempang laju-laju pelis*
Tapi kan...disebabkan kerajaan dah declare tahun ni tahun melawat perak,jadi kitorang terpaksa rela extend percutian kitorang kat ipoh,selepas pulang dari langkawi kitorang akan berjimba pula di ipoh selama 2hari 1malam.(ini semua alasan kami!=p)

Maafkan noora sebab entry ni macam ntah apa-apa,mungkin terhasil dari otak keras yang membeku umpama ais atlas dalam peti sejuk kat rumah.**demmm!ape kau merepek ni mak jeemmmahhh!T_T.** 

Sebelum noora melalut lebih teruk,bye bye friend!