Assalamualaikum!
Tajuk taknak kalah,dah macam tajuk berita.Noora sebenarnya dalam dilema,kerja noora buat sekarang memerlukan noora untuk bermain dengan asid-asid yang berbahaya (bukan seperti bermain pok amai-amai).
Walaupun dah menggunakan segala macam penutup,namun bagi orang yang antibodi selembut sutera ni mesti ada side-side effect yang tak best. Lagi-lagi ada tulis kat depan lab tu "Pregnant women not advise to enter this lab" (lebih kurang gini la ayat dia,yang breastfeed baby pun no,no,no). Dan noora yang memang sedang usaha untuk conceive ni pun sama sekali tidak dibenarkan masuk dalam lab ni.
Apa yang menjadi kerunsingan akal dan hempedu,noora dah deal untuk amik job ni dan akan dibayar elaun setara gaji sebulan yawww!SEBAB masa noora deal tu,noora tak tau pulak orang yang planning to conceive pun tak leh masuk lab ni.#_#
 |
Antara asid yang digunakan(HF acid,Nitric acid,sulfuric acid dan sebagainya)-sila google untuk tau efek2 dia |
 |
gambaran persekitaran(nama lab dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu=P) |
Nak dijadikan cerita,ada la 2-3 kali dah masuk lab ni,tak wat pa sangat pun lagi.Tapi habis ruam-ruam kat bahagian rahim dan perut dan peha (berapa banyak dan sebenarnya?).Noora syak mungkin noora kan tengah dok makan ubat-ubat doc (sebiji obimin,2biji asid folik dan sebiji habatussauda),ubat-ubat ni kan panas,bila kita masuk dalam tempat kimia,sedikit sebanyak leh bagi efek kat badan.Tapiiiiii,noora nak elaun tu!!!T_T
Tapi bila fikir-fikir balik,apa guna noora makan ubat macam-macam untuk conceive kalau noora still lagi wat kerja tu kan.Ye,noora memang nak elak.Tapi noora takut ada suara bunyi macam ni "ala kalau tak masuk lab tu pun macam dia leh ngandung cepat" atau "tak masuk lab pun bukan dia pregnant".Agagagaga sungguh bermain dengan emosi.
Lepas dah bincang-bincang dengan emak dan en.asben,noora rasa noora terpaksa pasrah dan berserah.Demi usaha untuk conceive,noora mungkin terpaksa tolak job tu dan mungkin terpaksa dengar kata-kata nista seperti yang diatas *pannnnnnggggg!*
Kalau dorang nak bagi job lain untuk ganti job ni,noora bersyukur sangat-sangat.Kalau tak,mungkin ada hikmah disebaliknya.Untuk orang yang try to conceive,setiap bulan adalah harapan,setiap bulan adalah kemungkinan.Walaupun rasa bersalah tu menebal sebab tak leh buat job ni,tapi noora harap sangat dorang faham dan still bagi noora job yang tak bahaya.Kalau tak leh,takpela,noora rela undur diri.
*sedih tapi kena kuat semangat demi usaha ini*