Monday, April 9, 2012

TTC:berdepan dengan risiko

Assalamualaikum!

Tajuk taknak kalah,dah macam tajuk berita.Noora sebenarnya dalam dilema,kerja noora buat sekarang memerlukan noora untuk bermain dengan asid-asid yang berbahaya (bukan seperti bermain pok amai-amai).

Walaupun dah menggunakan segala macam penutup,namun bagi orang yang antibodi selembut sutera ni mesti ada side-side effect yang tak best. Lagi-lagi ada tulis kat depan lab tu "Pregnant women not advise to enter this lab" (lebih kurang gini la ayat dia,yang breastfeed baby pun no,no,no). Dan noora yang memang sedang usaha untuk conceive ni pun sama sekali tidak dibenarkan masuk dalam lab ni.

Apa yang menjadi kerunsingan akal dan hempedu,noora dah deal untuk amik job ni dan akan dibayar elaun setara gaji sebulan yawww!SEBAB masa noora deal tu,noora tak tau pulak orang yang planning to conceive pun tak leh masuk lab ni.#_#

Antara asid yang digunakan(HF acid,Nitric acid,sulfuric acid dan sebagainya)-sila google untuk tau efek2 dia

gambaran persekitaran(nama lab dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu=P)

Nak dijadikan cerita,ada la 2-3 kali dah masuk lab ni,tak wat pa sangat pun lagi.Tapi habis ruam-ruam kat bahagian rahim dan perut dan peha (berapa banyak dan sebenarnya?).Noora syak mungkin noora kan tengah dok makan ubat-ubat doc (sebiji obimin,2biji asid folik dan sebiji habatussauda),ubat-ubat ni kan panas,bila kita masuk dalam tempat kimia,sedikit sebanyak leh bagi efek kat badan.Tapiiiiii,noora nak elaun tu!!!T_T

Tapi bila fikir-fikir balik,apa guna noora makan ubat macam-macam untuk conceive kalau noora still lagi wat kerja tu kan.Ye,noora memang nak elak.Tapi noora takut ada suara bunyi macam ni "ala kalau tak masuk lab tu pun macam dia leh ngandung cepat" atau "tak masuk lab pun bukan dia pregnant".Agagagaga sungguh bermain dengan emosi.

Lepas dah bincang-bincang dengan emak dan en.asben,noora rasa noora terpaksa pasrah dan berserah.Demi usaha untuk conceive,noora mungkin terpaksa tolak job tu dan mungkin terpaksa dengar kata-kata nista seperti yang diatas *pannnnnnggggg!*

Kalau dorang nak bagi job lain untuk ganti job ni,noora bersyukur sangat-sangat.Kalau tak,mungkin ada hikmah disebaliknya.Untuk orang yang try to conceive,setiap bulan adalah harapan,setiap bulan adalah kemungkinan.Walaupun rasa bersalah tu menebal sebab tak leh buat job ni,tapi noora harap sangat dorang faham dan still bagi noora job yang tak bahaya.Kalau tak leh,takpela,noora rela undur diri.


*sedih tapi kena kuat semangat demi usaha ini*

17 comments:

Sizuka said...

InsyaAllah ade hikmah semua ni. Rezeki dtg dgn pelbagai cara... =)

PutriesNoora said...

insyaAllah..amin=)

Carmello said...

Hai Noora.. Kalau saya pun taknak ambil risiko,wpun bulan ni bukan rezeki kita lagi. Atleast kita dah berusaha utk conceive. Yg lain berserah je pd Allah. Pasal apa org nak kata tu,biarkan jer Noora... Insyhaallah,Mana tahu memang rezeki Noora kalini.

eKa said...

sebaiknya elakkan la..kita dulu pun patutnya keje bhg radiation. tp mmg tak sesuai la utk kita2 yg ttc ni...so....quit. dan sampai skang lom dpt bb lagi...hehehe... insyallh satu masa nanti, bila diizinkanNYA

dahliasayang said...

ermm..samalah.
dulu aida pun bekerja kat tempat yang berisiko.

hari-hari kene pergi site yang jalan dia ya allah, tuhan je tahu betapa teruknya. terhentak-hentak dalam pajero. masuk kilang..keluar kilang. kalau sape yg mengandung kat office tu kene annouce awal-awal. nanti takot bos tak tahu suruh pi site,balik dah gugur =)

PutriesNoora said...

carmello:tu yang nebes ni...bukan senang nak wat orang faham kemahuan kita kan..insyaAllah...amin..untuk doa tu=)

PutriesNoora said...

eka:wow..keje tu pun bahaya...tapi tgk skrg eka dapat keje yg bestkan?..noora rasa tu semua hikmah dari Allah...insyaAllah..ada rezeki dapat anak untuk kita semua...amin...=)

PutriesNoora said...

dahlia a.k.a cikjah:hehehe..betul la dear...tapi kan..kalau ngadu kat orang2 tua..dia kata sebab rahim kita yang xkuat...aggghhh...semua nak salahkan kita je kan..xpe..skrg dah jadi suri rumah..mesti best..suka tengok kebun awak tu..rajin betul!=)

Suwaibah YS said...

takpe Nora..insyaAllah ade la peluang keje kat tmpt lain tu.. :)

Little world said...

salam..noora
Dgr citer noora keje kat Lab ..Sue pun keje kat LAb...Lab yang dulu lagi banyak bahan kimia yang membawa padah ...TAPI alhamdulillah dah berpindah tempat keje.. n .. hanya deal ngan bhn kimia ringan2.. tapi memang ada risiko jugak-nak buat cam na dah keje SUE...Tapi yang Penting KIta amik langkah keselamatan yang sepatotnya...tapi kalu bleh elak-better elakkan...apa2 pon chaiyOkk Noora--usaha untuk Zuriat perlukn pengorbanan....

PutriesNoora said...

sue@suwaibah:tq dear..insyaAllah..aminnn=)

PutriesNoora said...

sue:tu la...lain org lain efek dia kan..noora start risau bila ruam tu penuh kat perut rahim ngan peha..besar2 plak tu...tu yang terus xmau dah...

Zana Adieyza said...

noora, insyaAllah ada rezeki yg lebih baik..

yunk, zana nangis la baca entry ni.. sedih baca 1 baris tu..

"Untuk orang yang try to conceive,setiap bulan adalah harapan,setiap bulan adalah kemungkinan."

zana nak mintak izin utk pinjam ayat ni yer dear.. ntah kenapa rasa touching pulak..

PutriesNoora said...

zana:meh nangis sama2..huhuhu...pinjam2..boleh je=)

Anonymous said...

Appreciation to my father who informed me about this web site, this webpage is genuinely awesome.



My homepage :: Tennis

Anonymous said...

Hey vеry intereѕting blog!

Alsο visit my page :: devis fenetres

Anonymous said...

I simply could not leave your site before suggesting that I
extremely enjoyed the standard information an individual provide on your visitors?
Is gonna be back continuously to investigate cross-check new posts

Also visit my web site; voyance Gratuite