Tuesday, November 20, 2012

Ahh...Sedapnya!

Assalamualaikum,

Ketika entry ini sedang di taip,noora sedang mengalami tahap kemengantukkan yang agak serius.Yeaahhh!!!!

Ini semua akibat mata yang degil taknak lelap semalam tapi mengada-ngada najis kuda mahu terlelap di kala waktu berkerja.Sungguh tidak sopan kan?Binik sapa la ni?

Tajuk pulak seakan-akan cerita lucah.Rasa nak lempang diri sendiri kerana tajuk dan intro yang ntah pape.Maafkan saya wahai teman.

Berdirinya saya pada hari ini,padahal tengah duduk adalah untuk membongkar rahsia yang mungkin sesetengah dari kita terlepas pandang atau lupa atau memang taktau langsung.

Semenjak-menjak makan pelbagai ubat hormon,napsssu pun memuncak bagaikan juara lagu 2012.Perggghh!meremang bulusbulus nak cerita ni.saspen tak?saspen tak?

Sila jangan berfikir ke arah biru mahupun kekuning-kuningan durian crepe.KERANA ia berkenaan nafsu makan yang melampau batasbatas usus besar,bukan nafsu yang ehem uhuk ahak hikhik hohoho huhu.k bye!

Cenggini,i tell u.Semenjak rajin mem follow kak anis and the geng *bukan hanis zalikha ye* keluar lunch.Maka saya secara tak langsung telah mengetahui pelbagai tempat makanan yang best.SUPER BEST. Tolonglah percaya.Ini seriussss O_0''.

Mari kita lihat,mariiiiii!!

Tempat pertama TEA POT DELI SACC shah alam.Mula-mula noora g dengan aweks aweks ni,soknya noora g dengan en.asben pulak.Nampak tak di situ betapa terbukti nafsu itu membuak-buak.Apekahhhhh??jengjengjeng.....

tada!!noora,kak anis,ina n ayu.cuba teka sapa paling gemss?yeayyy xyah jawab dah.lalalalala

Taraaaaaa!!Perempuan itu sungguh traffic light bukan??

Kalau hangpa hangpa p makan kat teapot deli ni janganla lupa order side dish nama dia scone.Sedappppp,gulpss tiba-tiba rasa nak g makan sekarang.T_T.

Okeyyyy,tempat seterusnya yang super junior ohsem adalah BELANGA midvalley.Belanga tempat lain taktau,yang noora tau kat midvalley ni memang superrrr powerrrr!!!Menu yang power rangers adalah nasik kerabu,nasik lemak dan nasik kerabu dan nasik lemak.Bhahahaha.Dah itu je sempat makan hari tu.Tapi memang daaaappppp owhhhh dapppp.

Sedapppp...slurppppp....


Tetiba ada durian crepe,kedai dia betul2 depan Belanga tu.Maka merasalah saya akan durian crepe itu.Sungguh rasa doyannnn.yummeh!=)

Ohoiii penat makcik nakkkk.Panjang benor makcik naip.Hilang dah ngantok.@_@.Lain kali noora update lagi eh kalau ada tempat-tempat baru.Daaaaaaaaa!!!

Monday, November 5, 2012

TTC:Petua-petua untuk mendapatkan zuriat

Assalamualaikum,

Sapa pernah dengar TOP 5 kat Hotfm? Entri ni lebih kurang macam tula.Tapikan kadang-kadang kita ni TTC,sampai kalau orang kata makan racun A,mandi lombong B,daki gunung C pun kita sanggup buat demi mendapatkan zuriat dari benih kita sendiri.Kadang-kadang kita dah tak tau sama ada orang tu bodohkan kita,permainkan kita,kita ikutkan je.Baikkan kita?Semoga kita dapat rahmat Allah atas semua usaha kita.Aminnnn.

Hari ni noora nak share petua-petua yang pelik yang dah noora buat dan sudah tidak buat sebab memudaratkan.Kalau korang rasa nak buat,buatlah.Tapi fikir-fikirkan dulu dan selamat beramaaalllll.Eh eh eh macam kenal pulak.

Petua 1:
Minum air rebusan taugeh.Ramai rasanya yang dah try.Noora pernah buat,minum segelas laju-laju,kemudian rasa nak muntah,kemudian rasa teruk giler,pening,sakit perut dan kawasan yang sama waktu dengannya.Lepas minum tu dua hari still bau tu melekat kat tekak.=(

Petua 2:
Minum air paip fresh tanpa tapis.Petua ni ada makcik strangers bagi.Katanya,dia minum air paip satu gelas tiap pagi.Anak dia 10orang dah.Wahhhhhhh hebakkkk hebakkkk!Noora minum,3hari,sakit perut,sakit peruuut,dan sakiiitttt peruuuuttttt.Akhirnya dapat tau punca sakit perut adalah air paip tadi,sekian.=)

Petua 3:
Dukung baby.Bagi baby tu pijak perut kita.Baby yang umur dalam 3bulan mcm tu.Noora buat,sebab dah di suruh buat depan orang ramai.Nasib baby ringannnnn.Tapi macam tu la,biasa je.Dah 3bulan tempoh selepas dipijak masih tiada hasil.hehehehe.

Petua 4:
Petua dari blog yanie.Doktor dia yang bagi,letak mainan yang dimintak dari anak saudara untuk letak bawah tilam.Buat jugak,saja suka suki.Hehehehe.Sebenarnya lebih kepada nak try,anak buah noora tu nak ke tak bagi mainan dia kat maksu dia.hehehehe.sekali dia bagi daaaaa.Siap bagi extra lagi=)

Petua 5:
Usap perut orang mengandung,amik berkat katanya.Punnnnn sudahhhhh banyak perut ku usap.Oh bestnya,bila nak rasa usap perut sendiri yang boboyot sebab ngandung?=(

Petua Extra:
Usap janggut en.asben.Petua dari seorang TTC.Dia alhamdulillah berjaya.Noora???usap je asben buat muka geli a.k.a tak selesa.Acanerrrr tu?Last-last tarik-tarikan ajer.Terus jerit dia.hahahaha=D

Kadang-kadang geram pun ada dengan orang-orang yang bagi petua yang tak logik,seolah-olah permainkan kita,tapi tula kita cuba la apa yang termampukan.Tapi jangan yang tak boleh pun korang redah.Nanti jatuh hukum haram pulak.Ingat tu eh manja-manja semua.

Pssttt:sapa-sapa ada collection petua-petua tak logik lain meh la share.hahahaha=D

Wednesday, October 31, 2012

Fullhouse indah khabar dari rasa

Assalamualaikum,

Musim hujan,mood ikut lembab.Macam baju,kalau kita sidai kat luar musim hujan ni dia lembab je,jauh lebih baik kalau kita sidai je baju-baju tu kat dalam bilik.Apa kaitan baju,hujan dan blog?Biarlah rahsiaaaaaaa.......

Ok memang tak nak tau pun kalau itu bukan rahsia sekalipun,HEH. Citernya gini.Memang dalam otak tu pehhhh penuhla dengan idea yang hangat-hangat untuk update.Tapi bila start bukak je dashboard,hati berdetik "blogwalking la dulu".Lalu ber BW la ambe(sejak2 balik dari kelate je pandai ambe2 ni =P).Pastu bila dah selesai BW,hati berdetik lagi "eh,nak cari keje la".And finally,sekian wasalam la nak update blog ni.

By the way,noora nak cari keje ni,sesapa nak rekemen noora keje dipersilakan,sangat-sangat perlu ni.please sayang-sayang semua.=)

Okey,sudah cukup tersasar,mari kembali ke pangkal jalan.Ni nak habaq mai.Hari tu kan masa anibeseri adalah g fullhouse makan-makan.Si en.asben bertamak haloba,order sampai 2 chicken chop n 1 speggeti alfredo.Blergghhhh,sket lagi nak terkeluar.Manis giler kot blackpapper souce tu.Tobat taknak makan dah.Alfredo alhamdulillah sedap.Rugi duit binik sebab binik yang belanja,cisss bedebassss



Nak dijadikan cerita,hari ni noora g la lunch dengan geng-geng fakulti ni kat fullhouse.Ternyata memang chicken chop yang ape ke namanya tu memang blerrrrgghhh.......uweksss....dorang pun takleh telan.Memang patut puiii kan ajela.Noora cuba speggeti ape ntah nama,lupa.Tak sedap,sangat bersusu.Nyesal tak order abang alfredo.Maka kami stress.Lalu,kak anis cuba komplen kat waiter dengan penerangan secara berhemah supaya chef buat ikut citarasa malaysia bukan blerggghhh sebegitu,TAPI waiter tu tidak faham bahasa melayu mahupun inggeris.Maka agak ayam itik di situ.kasihan bukan??hahahahahaha.Nasib suasana kat situ memang cantik.

kak anis bertudung pink,ayu betudung biru grey.sayang mereka2 ni ketatketat=)

Pengajaran,tekak melayu,sila order alfredo,kalau nak g makan chicken chop ke ape,g tempat lain.Sini totally out!!Speggeti yang lain pun...uwekk sangat...nasib air ko sedap....O_0'

Entry pening memang bermakna tuan blog pening,sekian bye!

Wednesday, October 17, 2012

Aku isteri,Dia suami

Assalamualaikum,

Hai,lama gila tak jenguk blog kawan-kawan.Lama juga tidak mengupdate blog sendiri.Semenjak jadi artis memang busy,tengok tajuk kat atas pun dah tau.Macam tajuk filem kan?haaaaa,giler perasannnnnn!=P

Alkisahnya,en.asben dapat cuti 1week++ sebelum start kerja baru.Maka untuk mengisi masa kosong en.asben,terpaksalah noora sebagai isteri yang solehah menemankan en.asben.ngehngehngeh.Dia cuti,kita pun bantai ngular dengan dia.Dating puas-puas katanya.Alasaaaaaaannnnn sangatkan,padahal boring dok sorang-sorang cakap jela.Taknak mengaku pulak.huhuhu.

Bila dah habis satu KL dengan selangor kitorang merayap,maka noora telah membodek en.asben untuk g jalan-jalan kat kuantan.Budget minyak+tol+makan dalam RM150 je gitu,sebab kira macam travel je.Dok pun kat hotel budget je,RM 98 satu malam,sebab fikir nak tidur+mandi je kat situ.

Tapi rezekila kot,hotel tu cantik+bersih.Betul-betul kat bandar kuantan,wifi free dan lajuu,astro pun ada.Lepas je check in,terus keluar jalan-jalan kat bandar kuantan yang dirindui,sempat melawat kolej noora,masuk ECM,masuk megamall,masuk kuantan parade,sempat lepak,main-main air laut n shopping sket kat Telok Cempedak dan makan-makan kat tanjung lumpur yang super awesome tapi pelayannya hampeh.huh!


Mulanya kan just nak pergi jalan-jalan kat kuantan.Tapi terlajak sampai kuala terengganu.Tu dia....yang jadikan terlajak tu sebab ni:

En.asben:Jom baby,kita g terengganu.Alang-alang berjalan ni.Kita pun tak pernah sampai sana.
Noora:Ok,ada duit ke?ada joooommmmm.
En.asben:Ada,tapi kita takyah tido sana la,kita gerak pagipagi lepas breakfast dari kuantan,lepas tu kita round-round kat kuala terengganu.Nak buat apa lama-lama kat situ.
Noora:Ok je......^_______^

Pergghhhh subhanaAllah!!Maha suci Mu ya Allah....cantik!!!sangat-sangat cantik....@_@.Sepanjang jalan dari kuantan ke kuala terengganu,dalam 3jam++,memang akan lalu cherating dan rantau abang.Memang akan nampak laut yang sangat cantik warna birunya.Sepanjang tu jugak,ada orang jual jeli kelapa yang bekas dia lebih besar dari kat selangor ni,harga RM1.Memang sedap sangat,tahap pejam-pejam mata masa makan.perghhh.enak bangatt deh=D


Antara tempat yang sempat pergi masa tu,pasar payang(tempat shopping),pantai batu buruk,taman tamadun Islam,muzium terengganu (depan tu ada kedai kepok yang best gilak!sedap!air teh o ais free lak tu!serius sedap!-berapa banyak tanda seru daaa),masjid kristal,dataran syahbandar.Destinasi terakhir sebelum maghrib,kira-kira 6.40petang.Kitorang sampai kat Tasik kenyir.Aduhai,memang cantik,terengganu ni memang la super power bab alam semulajadi!Perfect!Allahuakhbar!!




Turun je dari Tasik kenyir,en.asben tanya:

En.asben:Best tak cuti-cuti kita ni sayang?
Noora:Besttttt!Tapikan,kalau kita dapat terus g kota bharu lagi best,terus strike pantai timur,terus complete kita travel satu semenanjung.Tapi takpela,kesian baby.Mesti penat.Lain kali jela k.=)
En.asben:Ok,jom kita g kota bharu,abang ok je,malam ni kita sampai kita tidur kat kota bharu,sok baru kita jalan-jalan pastu gerak balik.
Noora:Yahhooooooo!**cium laki laju-laju**hahahaha

Malam tu sampai kota bharu dalam pukul 10.30 malam,kira-kira 2jam setengah perjalanan dari kuala terengganu.Sampai-sampai je,dua-dua kagum.Kota bharu sangat cool okeh,bandar dia still hidup malam-malam,lebih baik dari bandar kuantan.Orang yang penakut macam noora memang suka bandar yang hidup malam-malam,means banyak lagi kedai yang bukak,ramai je orang buat macam-macam aktiviti,shopping mall pun masih beroperasi dengan jayanya.Tak macam langkawi,pukul 8 dah gelap T_T...Tak sangka kota bharu se cool ini.hohohoho.xla boring sangatkan...Lepas dah kagumkagum,terus je cari hotel laju-laju,sebab en.asben dah penat tahap gaban.Alhamdulillah,rezeki lagi.Kami dapat hotel budget yang cantik dan bersih dengan harga rm70!yela setakat nak masuk bilik terus tidur je kan,rugi kalau g hotel mahal-mahal.Tapi kalau mampu,apa salahnya=)Owh ye,hotel kat sini pun sangat banyak ye,jangan risau=)


Esoknya,sempat melawat dan shopping kemain lagi kat pasar siti khadijah.Dapat beli telekung vietnam yang dah lama diidamkan.Dapat beli gak untuk emak dan emak mentua=).Pastu,singgah KB mall yang glamer tu.Owh lupa,pagi tu kitorang breakfast kat kedai berhampiran dengan pantai cahaya seri bulan.Sedapnya ya Allah!roti kosong 2,roti telur 1,nasi dagang 1,teh tarik 2 = RM7.90.Pengsaaaaaaaaaaaaaaan.Bapak murahnyaaaa*_*...Dah habis meround bandar KB,kitorang pun gerak balik dalam pukul 1,dapatla merasa gulai kawah masa lunch.Sedap oiiii.


Haaa,balik tu ikut jalan kuala lipis.Singgah sekejap kat pekan lipis,ingat nak jumpa siti nurhaliza tapi beliau takde kat rumah.hahaha.Takla,kami singgah solat n makan.First time jumpa kedai mamak yang bukak 7pagi-7malam je kat situ.hehehee

Dalam pukul 8 malam dah masuk KL,takdela jauh dari KL ke KB..dalam 6-7jam.Lain kali nak pergi lagi la.yeayyyy!!Happening gila travel kitorang kali ni,sehari satu negeri.Balik terus lunyai.Huhuhu.Tapi super duper happy!Tq en.asben,i love u,saranghae,wo ai ni,aishiteru!!

Wednesday, October 3, 2012

TTC:bodoh ke kami?

Assalamualaikum,

Tak suka betul dengan dashboard baru.Untuk orang yang pemalas menaip entry panjang-panjang macam noora gerenti berbulu-bulu roma bila tengok 3/4 dari entry dah selamat ditayangkan kat dashboard.Sungguh kasihan.Kalau dulu yela,masa zaman sekolah menengah.Karangan noora paling tiptop *perasan sangatkan*.Boleh cecah 2-3 juta HURUF.Muntahla kalau nak kira hurufkan?Aduh *garugaru kepala* dah cukup panjang belum intro ni?hahaha.keji.

Sebenarnya mulamula rasa nak pendam je kejadian ni,tapi makin pendam makin teringat.Stendet ahhh,itula saya!!Bila luah kat blog baru rasa lega.

Alkisahnya,once upon a time,tetiba mummy chenta bagitau ada seorang bayi perempuan yang available untuk di adopt.**ohmyenglishhhh**.Dan dengan tak semena-mena,en.asben super excited nak adopt baby tu.Noora okey-okey saja,tak nak excited sangat sebab takut tak dapat nanti kecewa sakan pulak.Maklumla jiwa sensitif ni kita kena jaga.agagagaga.

Pastu dipendekkan cerita,tak dapat pun baby itu.Maka en.asben pun kecewa 3hari dok ngigau mata terbukak cakap pasal baby.Contoh ayat "baby napa taknak kat daddy,daddy dah excited ni".hohoho.ngada-ngada taik kuda bila tanya anak angkat hari-hari.Ingat anak arnab ke senang orang nak bagi-bagi?huhuhu.

Oh ya,lupa pulak noora ngan en.asben dah pun selamat meminta izin dari keluarga dua-dua pihak untuk adopt that baby girl.Tapi apa kan daya sudah suratan tertulis begitu.Ok habis story di situ.

Then disuatu pagi yang hening.....perbualan asben dengan ### dia...

en.asben: kalau tak abang dah dapat baby dah hari tu.

###: huh,dorang kata,ape ke BODOH nya nak amik anak angkat??!Baru 2tahun kahwin dah sibuk nak amik anak angkat,nanti dah dapat anak sendiri,terabai budak tu.(dengan nada yang tinggi okeh)-dia cerita kat kawankawan dia pasal kami,dah tu ni kira ayat mereka bersama la agaknya-

noora:*diam dan nangis dalam hati*

en.asben :artis tu belum kahwin dah amik anak angkat,tak kisah pun.....-baik punya jawapan,sebab dia yang eksaited kan?hehehe good job lakiku!good job!!

###: hmmm,macam mana dapat?anak dia ramai sangat ke?blablabla...-dah takleh pickup sebab bengang kena bodoh free*_*

noora la kan,kalau ada anak 10 pun,kalau berkemampuan nak je amik anak angkat,bukan sebab 1,2 tahun kahwin ke apa?plisss la apa mentaliti makcik-makcik ni eh..bela anak angkat tu pahala tahuuu!!Bukan semua orang Allah bagi chance tu,plisss la.Bukan semua orang yang ada anak angkat dera anak angkat bila dah anak sendiri.Ramai je sayang kat anak angkat melebihi anak sendiri kot!!!Kalau dapat bagi kenyang susu,terus anak tu jadi darah daging kot.Takda beza dah!

Lagi satu eh,kalau awak tu senang beranak.Tak semestinya anak cucu awak senang jugak.Tolonglahhhhh jangan berlagaknya punnnn.



Entry emosi ini di taja khas oleh hormon PMS.Sekian.Bila kau nak datang ni labuuuuuuu..>,<

Monday, October 1, 2012

Terima Kasih CInTa

Assalamualaikum,

Suatu ketika dulu,masa iklan samsung galaxy note fes time keluar.Perrgggghhhh!jantung berdegup kencang.Apakah tanda itu nampak dipandang?ehem!!!Tandanya dah jatuh cinta pandang pertama la.Tapi apakan daya,nak beli tak mampu,kasihan kan?

Pada satu hari yang panas dingin panas dingin,iaitu sempena anniversary ke2 kami,30/09/2012 en.asben telah pun membuat suprisenyaaaaaaa punnn.Ekceli tak suprise sangat sebab en.asben konfem la bawak noora time nak beli tu.ahahaha.Tapi,cukup buat noora terbang umpama rama-rama.*poyonosfera*

Pakej hadiah untuk noora mengandungi,jam,note dan handbag.Handbag tu hasil bodekan bermuka comel+rabaraba lengan+pujipuji ensem.Hehehe.

hadiah untuk en.asben turut di sponser oleh en.asben sendiri,sangat kejam kan?

tido dengan handbag ni malam tadi,itu habit!!

Kesian kat en.asben,tapi takpela isteri gaji kecik cinonet.Jadi isteri belanja makan dan tengok wayang pooonnn jadila kan?Sayang awak ketat-ketat,semoga hubungan kita kekal sampai syurga!aminnnn....=)
Thank you for this happiness Allah...I LOVE YOU...


Tuesday, September 25, 2012

TTC:Saya usaha,meh nak gosip girl meh=)

Assalamualaikum,

Motif nak tajuk macam tu?Hmmm,sebenarnya hati ni rasa down,sedih,sayu,pilu dan kawasan yang sewaktu dengan nya hari ni.Taktau la kenapa semua benda nak terasa.*pms la kot*.Bila bukak blog pagi ni,terbaca berita orang pregnant sana sini,ada yang dah masuk dua.noora satu pun belum.(mungkin akan dapat sekali dua,sapa tau=).)

Noora kan kekadang makan nasi berulam kacang botol cecah belacan la dengan orang yang selalu cakap noora ni tak usaha,kalau dah TTC konfem la noora usaha.Kata baca blog kita,tapi leh taktau kita usaha ke tak,g treatment ke tak.Aiyayaya,noora tak marah tapi tolongla jangan post dekat fb noora pasal ni.Noora pun ada maruah,ada family yang nak dijaga hatinya.Ada kawan-kawan yang ramai.Plissss la kalau rasa dah lama mengidam nak tanya soalan sensitif,soalan cepumas,soalan bodoh,soalan bangang sila la pm.Jangan tulis terang-terangan sampai menyakitkan hati atau mengaibkan noora.Noora merayu sangat=(

Hari ini noora nak bongkarkan TREATMENT TRADITIONAL yang noora dah buat *puashatiakudapatcapslock!* treatment moden dah penah citer banyak kali,sapa pernah baca bagus,anda memang best!

1. Noora dah berulang kali,sejak awal perkahwinan,berurut dengan mak yam yang dok kat kapar klang.Mak yam ni ala-ala mak lang yang femes kat TTC group tu,cuma mak yam ni xde le menjolok untuk TVS sebab dia leh scan guna mata je,erkkks,lebih kurang gitula.Tahap urutan memang power rangers,sakit ya ampunnnnnnnnn,sapa tak leh tahan baik tak yah.Sumpah sakit gila!Lelaki pun tak sanggup.Tapi konfem kedudukan rahim dan segala salur will be ok,alhamdulillah=) dan mak yam sangat baik!Ada gak ramai yang berjaya concieve dengan dia,depends la.Rezeki Allah kan=)

2. Bidan lupa nama,kat sungai udang klang.makcik ni main kalih-kalih telur and urut badan.Kawan noora TTC dua tahun,conceive lepas urut kat makcik ni.Dia yang bawak noora g sini.Makcik ni urut super slow,hampir tak berasa.huhuhu.3kali je g,pastu makcik tu kata noora ok dah,tak de pe dia nak betulkan,kalih telur pun hasil keluar hanya lemak.**giler stress,nampak sangat gemuk**

3. Pakcik Mat Zin,kat kuala pilah negeri sembilan.Rumahnya nun jauh dalam felda.Gila mencabar sebab kena datang malam-malam dan 3hari berturut-turut.Siang pakcik jaga kambing ngan lembu,tu yang tak leh berubat.Yang mencabarnya nak redah felda gelap gelita,pastu balik kerja terus rushing g,sampai klang balik kul 1pagi.3hari laki bini g kerja separuh sedar,huhuhu.Alhamdulillah,pakcik kata noora ok sihat.Check guna tapak kaki ikut kaedah perubatan Islam.Dia urut kan en.asben dan bukakan laluan *kot* untuk benih2 bergabung,meletop kebabom!Pakcik ni serius baik and klaka.=D

4. Abang zahar,meru klang.Kitorang ingat abang ni leh ubatkan suami isteri macam pakcik mat zin.Tapi rupanya lelaki sahaja.So en.asben la yang di massage satu badan dari kepala sampai kaki.En.asben kata,dasat giler,rasa nak menitis airmata dia kata.hohoho.Abang tu kata,kalau berurut memang la sakit,kalau nak sedap g spa ;p...hahaha...hambiikkkk!!

5. Rawatan batin,ni in progress.Takleh citer lebih,bukan sebab apa pun.jangan nak saspen sangat k.Noora xleh citer sebab tak pandai citer.Cuma nak bagitau,tempat jayfarhana berubat.Doa dan harapan noora kali ni cukup tinggi.Harap Allah berkati usaha noora dan en.asben kali ni.Tinggi harapan agar Allah makbulkan doa kami.=)




Dear my lovely children,

mummy ngan daddy dah usaha macam-macam untuk dapatkan kamu semua.mummy ngan daddy tau,kami tak sebaik malaikat yang sedang menjaga kamu diatas sana.tapi mummy ngan daddy nak kamu semua tahu yang mummy ngan daddy akan usaha bersungguh untuk menjaga dan mendidik kamu semua.Semoga Allah mengizinkan kita bersama.Mummy ngan daddy dah harung macam-macam keadaan demi kita.Mummy tau kamu semua tak baca blog mummy sekarang,mummy memang suka melawak tapi mummy tau kamu semua dengar suara hati mummy kan..kuatkan semangat kamu semua untuk bersama daddy ngan mummy k,sebab mummy ngan daddy dah lama kuat semangat untuk bersama kamu semua.kusss semangat=)

love from mummy and daddy.



Thursday, September 13, 2012

Apa ada dengan 21syawal?

Assalamualaikum!

Ingat lagi,21 syawal tahun 2010 noora dan en.asben telah dinikahkan dipejabat agama klang.Dengan pakaian yang sempoi tahap gaban,kami disatukan dengan sekali lafaz selepas waktu asar.Dalam keadaan yang agak tak best kerana time tu gak la kepala noora bagai nak pecah berdenyut.sakit kepala.Mungkin sebab satu hari tu sangatsangatla busy menguruskan hal-hal mahkamah dan pejabat agama.

Oiii bunyi macam kena tangkap basah je? 

Amboi pada yang anggap gitu,sila la sayang mulut tu.Noora kena naik turun mahkamah sebab arwah abah noora ni lone ranger.anak tunggal.adik-beradik tiada.Pokcik mokcik pun tak tau sapa yang berdarah sama,sebabnya masa perang dunia kedua,arwah abah terpaksa diserahkan pada orang,kemudian orang tu pulak serahkan dia pada orang lain.Ini terjadi sebab atok kita dulu tu orang pemes,orang penting.So,untuk menggelakkan anak-anak kena bunuh,abis dia pecah-pecahkan hak penjagaan sampai semua jadi samar.Tula orang zaman dulu kan.Buat arwah atok,kesian cucu mu ini.huhuhu.

Baiklah mari kita tinggalkan semua cerita sedih,nak bagitau 21syawal yang lepas.Adinda dengan kekandanya telah meroundkan diri selepas beraya dengan kawan-kawan kat padang shah alam,ber potluck.Canggih tak?Gambar takde pulak,harap maaf.Kekonon nak balik,tetiba kekandanya ajak adinda g KL,saja jalan-jalan tengok lampu padahal noora yang ajak

Setelah puas melihat lampu,jam pun sudah hampir 1 pagi.kekanda jadi buang tebiat ajak g makan berger kat That Little Gerai pujaan hati.Nak makan ringan-ringan katanya.ok,anggap kita sambut pre anniversary ye,kata adinda pula.*lempangkan penulis ni,lempangkan dia!!*

Okey dah sakit kena lempang,meh noora nak tunjuk menu=)

big ass burger-rm15-kekanda

chicken cordon bleu-rm26-adinda

Rasanya memang super awesome,tapi persoalannya,menu ringan kah ini?pada 1pagi??Apa-apa pun tenkiu tenkiu tenkiu sayang ku=D

Tuesday, September 11, 2012

Kenapa mak?kenapa?

Assalamualaikum,

Setiap orang yang lahir kat bumi ni,semua ada emak.Macam tu jugak dengan noora.Mak noora lahir pada tahun 1945.Sekarang umur dia dah 67tahun.Mak noora ni seorang yang sangat-sangat sayang dan selalu memenuhi keperluan anak-anaknya.Sangat pentingkan pelajaran.

Takde sorang pun dalam adik-beradik noora yang tak pernah tak tusyen.Tukar la berapa banyak tempat tusyen pun dia tak kisah.Asalkan anaknya nak belajar *itu saya la tu,tak suka cikgu tu je nangis-nangis mintak tukar,walaupun time tu duit deposit beratus dah burn,kalau anak saya perangai macam ni nanti,pengsanla en.asben..hohoho*.Mak jugak seorang yang terer matematik,toksah dok buat main ehhh.

Bab memasak pulak,tip top kuasa 18!!super duper sedap.Tak tipu punyaaaaaa.Pasal tu anak menantu cucu semua bambammmmmm.noora je yang selim melim **nampak sangat tipu eh** =B

TAPI,dalam pada semua hal di atas.Mak noora sering menyalahguna perkataan kantoi,sehingga menyebabkan anak cucu dok sengeh-sengeh je dengar.Mari saya tunjukkan contoh=P


Ayat mak:

1. hishhh mak tak leh la nak sembang lama-lam kat depan (mesyuarat makcik-makcik sebelah2 rumah),nanti semua kerja dapuq kantoi.**kantoi pada mak=tergendala**

2. duit ni sikit sebanyak kena simpan,nanti tak la kantoi bila nak pakai.**kantoi pada mak=takde**

3. awat dia buat tak bersungguh,nanti semua yang dia buat kantoi. **kantoi pada mak=tak menjadi**

See,betapa kreatifnya mak noora yang mempelbagaikan makna kantoi tu.Hahaha.Yang pasti perkataan kantoi tu memang feberet dia semenjak 4-5 tahun yang lepas,dengar dari anak cucu la tu agaknya.Tak pun pengaruh TV..oh my Emak!!

Dan di suatu malam yang dingin.....

Mak: Mak tengok tv depa bagitau,ada minuman yang ada kutu ka putu tu depa dok kaji nak haramkan.

Noora: pe?putu?kutu?

Mak: ha laaaaa..apa la nama dia.susu kutu ka putu....

Noora: Ade ke susu kutu?

Mak: ala...yang macam vitagen tu...

Noora: ya Allah...kultur la mak...kultur...hohoho

Mak: yela tu.(Muka slamber ber ber sangattttt)

Mak,memang la kiutkan.Kalau anak menantu ajak g jalanjalan.malas kemainnnn,sakit kaki la apela..Tapi bila paksa gak,g masuk dalam pasaraya ke apa.Sampai kita pulak yang sakit kaki layan dia jalan-jalan situ.hehehe.

Mak sorry ngumpat mak manja-manja kat sini.Saranghae mak!!=D

Friday, September 7, 2012

TTC:Remuk,retak,berkecai

Assalamualaikum,

Raya tu memang best,tapi untuk yang ber TTC,raya merupakan satu cabaran yang perlu ditempuh dengan penuh kesabaran.

Macam raya noora tahun ni,alhamdulillah,tiada soalan-soalan cepumas *setakat ni,sebab raya belum habis* dari saudara mara tentang zuriat.Tapi sebenarnya ada cabaran yang lagi besar yang noora redah tahun ni.

Cabaran 1: Ber potluck dengan geng-geng diploma+degree,lepas segala rindu dapat berjumpa,gosip,makan-makan dan lain-lain.Tapi,balik sebak+nangis bila dengar semua member yang kawen baru ni semua dah pregnant dan ada yang bersalin.Noora happy for them but sad for myself and husband.Hanya Allah yang tahu perasaan noora ngan asben.

Cabaran 2: Husband geng's meeting.Ada member dorang nak kawen wat open table.So kira beraya sekali la kat situ.Geng asben noora ni ada 8 orang.sorang yang open table,sorang lagi bakal kawen bulan 11,yang lain semua dah kawen.Timing kawen semua dekat-dekat antara satu sama lain.Memang sangat la close nya.Dalam berat hati dan langkah,kami pergi jugak.Guess what my dear?yang dah kawen 6 pasangan kan?sorang tak dtg,dia ada sorang baby boy.So,ada 5 pasangan yang dah kawen kan.3 darinya dah dukung baby,1 sedang pregnant 6months.Now,tinggal berapa?satu!!!ya tepat!!1 pasangan!!!

Pasangan itu adalah noora dan en.asben.

Boleh anda rasa apa yang saya rasa?Boleh anda rasa balik rumah apa keadaan saya dan suami?Boleh anda tahu betapa bengkaknya mata saya yang tido dalam pelukan erat suami yang tenangkan saya sedangkan dia pun sedih?Dorang semua tak salah,saya tak salah,asben saya pun tak salah.Bukan salah sesiapa.Saya dan suami cuma sedih,tak tertanggung rasa saya untuk menghadap situasi yang sama lagi.Ya Allah,pada Mu ku mengharap sinar,padaMu ku mengharap bahagia.Kau saja yang mampu menolongku ya Allah,pulihkan aku dari sakit ini ya Allah.Kurniakan kami zuriat agar kami turut merasa bahagia itu ya Allah.Sesungguhnya Kau Maha mendengar,lagi Maha mengasihani.Ampuniku yaAllah.

Cabaran 3,bakal noora lalui sabtu malam ahad ni.Perjumpaan raya dengan rakan sekolah.Harap,hati tidak remuk lagi.=(

TTC: Kelapa muda dan asben kesayangan

Assalamualaikum,

Wut wut,nak mengambil masa mengupdate umpama menunggu bulan jatuh ke riba.Punya la malas kemain.Nak tunggu galaxy note la baru rajin.**uhuk uhuk!harap en.asben faham!hahaha**

Kelmarin iaitu pada hari isnin baru ni,noora telah pun selamat didatangi oleh si dia yang kaler merah tu.Alhamdulillah,awal sket dari bulan lepas.Maknanya hormon berkelakuan baik.hohoho.Nak dijadikan cerita,balik dari kerja hari berkenaan,noora ngan en.asben pun menyinggah ke giant nak beli barang dapur sket.Cer teka apa yang noora jumpa???







KELAPA MUDA yang sangat fresh!!!!




Dan dengan rakusnya terus letak dalam troli,en.asben ikutkan saja kemahuan isteri dia yang ntah pape ni.hehehe.Balik rumah terus nom nom nom nom.Hasilnya,esok pagi bangun...perut cramp kaw-kaw punya!!huwaaaa....tapi gagahkan diri g kerja.Tapi hazabedah sungguh.Sakit macam orang gugur tu.Tepat kul 5,noora dah tak leh blah.Siap nak pitam-pitam.Balik je rumah memang dah tak leh jalan langsung.En.asben yang cuak tengok bini dia terus picit-picit satu badan,siapkan makan,semua la.Soooooo sweeetkannnn.Barula rasa disayangi *owh tetiba*...hahaha...Opss ni bukan lawak okeh...sakit tu memangla sangatsangat power rangers.

Memang noora pernah tau yang minum kelapa muda bagus time period,tapi maybe not on first day period.Oh my English!@_@ 2hari berturut-turut cramp memang menyedihkan.So,ingat ni sampai kapan pun yaaa noora!



Psssssst tenkiu en.asben,kalau awak picit-picit konfem elok lepas tu..saya dah agak dah awak ada sakti untuk rawat saya,awak je xcaya......ngeeeeeee=D


Thursday, August 30, 2012

renovate dapur=)

Assalamualaikum,

Hai,dalam kesibukkan nak raya hari tu,kitorang telah pun buat keputusan last minute untuk renovate dapur.Asalnya kekonon nak repair sinki je sebab sebelum tu dah penat mengecat rumah.Alih-alih habis satu dapur kitorang renovate.Nasib baik tokey tu memang baik nak terima permintaan kitorang yang super duper last minute.Lebih kurang 12 hari sebelum raya!!Tokey tu cakap "saya belani janji boleh siap sebelum laya punyaaa".Ahaksss=D

Maka bermula episod renovate,tukar tiles lantai,dinding,table top,sinki,kabinet,tingkap+grill (dapur+bilik atas),awning dapur.Serius cuak!Siap fikir nak raya kat mana kalau tak siap.Untuk pengetahuan semua,noora tinggal dengan mak noora.Rumah ni isyaAllah,diwariskan pada noora.Demi masa depan,kena gagahkan jugak poket beli barang-barang baru dan renovate ikut kemahuan hati sanubari.

Alhamdulillah,raya kali ni boleh tahan serba baru rumah ni,langsir,tv lcd,astro,dapur gas,dapur,barang2 dapur yang baru,mesin basuh,almari kasut besar (padahal kasut sikit je,hahahaha).Inilah hasil doa mak yang selalu doakan rezeki untuk anak menantu nya kan.sayang mak=)

Meh noora nak tayang gambar dapur.Gambar lain takyah tayang.Gambar dapur je penting sebab hasil keperahan kepala otak (search kat internet je pun =p).

dapur yang berjasa selama 20tahun++ sedang dipecahkan oleh abg indon



Taraaaaa!!!sorry bersepah baru sudah masak.huhuhu

Last picture!



ada orang dipaksa enteprem lepas keluar toilet=P


Kalau perasan pintu kaler merah tu macam comot sikit,tak sempat cat!!lepas raya sambung cat pintu tu.Kasik chance tuan rumah beraya dulu.hehehehe.

Monday, August 27, 2012

mata bengkak di pagi raya

assalamualaikum,

noora rasa dah berkurun tak update blog.bz tu dah melampaui batas batas norma kehidupan.hohoho

firstly nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kat semua yang sudi membaca,menyinggah,mengutuk,mengkritik blog kesayangan hamba ni.

raya tahun ni giliran en.asben,first time noora beraya jauh dari keluarga.hilang cun sebab mata bengkak kaw2 punyaaa.bukan sebab nangis,sebab tak cukup tido.tido noora di ganggu nyamuk durjana.noora ni memang super sensitif sebab nyamuk.

alkisahnya makcik ni baru fes time beraya kat kampung nakkk.memangla kekwat sket part nyamuk tu.sangatla menguji kesabaran.len kali nak bawak kelambu sendiri xpun lumur lotion satu badan.pasgrahh!T_T











ni pulak gambar berjimba dengan family kesayangan kat bukit tinggi n genting..tp dalam hp ni ada satu je gambar,jadila labuuuu....:D








raya kali ni memang berjalan sakan..sampai sakit abis kaki-kaki,dari raya pertama sampaila ke ahad semalam...ada sesapa nak rekemen tukang urut tak?huhuhu..bye!

posted from Bloggeroid

Tuesday, July 31, 2012

maaf sahabat...

Assalamualaikum~

Noora taktau nak mula macam mana,tapi dah lama nak menulis tentang hal ni tapi asyik tak berkesempatan.Noora nak mintak maaf sangat-sangat kat sahabat-sahabat en.asben.Maaf kerana kitorang dah semakin menjauh.

Dulu,kerap jugak jumpa,lepak sama-sama,keluar makan sama-sama,tapi semenjak ramai dah kahwin ni jarang sangat-sangat nak berjumpa.Noora perasan en.asben selalu mengelak kalau kawan-kawan ajak jumpa,kadang-kadang bila dah terlepas tarikh dorang ajak keluar baru en.asben inform kat noora.

Sebenarnya noora rasa en.asben bukan sengaja tak mahu jumpa,cuma mungkin dia terasa hati sebab kitorang yang kahwin awal ni masih takde anak sedangkan kawan-kawan yang kahwin kemudian dari kami semua dah dukung baby.Memang dia selalu cakap bukan pasal tu,tapi noora faham.Dari air muka dia,noora boleh agak.Setiap kali terima berita wife kawan-kawan dia pregnant en.asben cuba buat cool,tapi muka dia ada berubah sket.Kalau nak ajak melawat baby kawan-kawan dia,en.asben terus buat liat.Nak jumpa pun dia takmau.

Kalau nak tau,bulan 10-11 tahun lepas ada salah sorang wife kawan dia yang bersalin.Baby boy.(yang kenal pasti tahu sapa=) ).Noora dah siap-siap beli hadiah dari bulan 10 lagi.Tapi hadiah tu masih terperuk dalam almari sebab en.asben macam tak mau g melawat.Ada je alasan dia.huhuhu.
 
Walaupun en.asben tak pernah cakap,tapi noora faham sangat.Hari tu ada sorang kawan dia tak sihat(wife dia yang sangat baik dan comey sedang pregnant),noora paksa jugak g melawat.huhu.Balik tu dia cakap "bila kita pulak ye?" dengan nada yang sangat lembut dan menjaga hati noora.Noora hanya mampu menangis dalam hati tapi bibir senyum dan cakap "InsyaAllah,tahun ni gak,amin.Suruh sperm abg rajin berusaha"(buat lawak sikit).Huhuhuhu.

Tapi noora faham sangat perasaan dia.Sapa la yang keras hati tak terasa langsungkan?kawankawan yang tido,belajar,makan ,merayap,nakal dan macam-macam lagi bersama.Rapat macam belangkas.Sikit sebanyak mesti hati dia terusik kan.Kalau kawan-kawan noora dapat baby en.asben boleh rileks lagi sebab tak rapatkan.Walaupun dia cuba sembunyikan,tapi noora boleh tengok dan rasa.Belum rezeki kita sayang.Doa dan terus berdoa ye.

Noora harap kalau ada kawan-kawan en.asben baca,diorang faham situasi ni dan doakan kitorang dipermudahkan mendapat zuriat ye=).

Walaupun jauh disudut hati,rasa rindu sangat nak jumpa wife kawan-kawan en.asben tapi noora terpaksa tahan sebab takmau hati en.asben sedih.Maaf sahabat....

Tapi insyaAllah,raya ni noora akan cuba pujuk en.asben melawat semua baby-baby bestfriend dia.Walaupun bukan berkumpul macam dulu,insyaAllah akan cuba melawat sorang demi sorang.Satu je noora harap,agar kekuatan kami ada untuk buat semua tu. Harap-harap masa tu noora pun tengah pregnant,sejukla sikit hati budak apis kesayangan hamba tu kan=)amin.

Thursday, July 26, 2012

Update SOLD-TQ!!-THEPOPLOOK dress for sale!RM65 only=)

Assalamualaikum!!

Hai kawan-kawan,noora nak bagitau satu berita baik.Noora ada terbeli dress dari THEPOPLOOK,konon-konon nak pakai time raya.Tapi alkisahnya,asben noora pun rupanya dah belikan dress lain kat poplook secara seprais cekonon.Tapi pe kes noora nak pakai dua kaler yang lebih kurang sama kan?

So di bulan yang mulia ni,meh la nak jual dress tu dengan harga RM65 including pos (Harga asal RM69).Dress ni dah selamat sold out pun kat thepoplook.Kaler dress yang noora nak let go ni warna navy blue!cantik,menarik,tertarik.huhu.Meh nak share picture.Sapa nak email noora cecepat ke yellowz_Putries@yahoo.com


DESIGN dress tu mcm ni=)


TAPIII kaler dia ni,NAVY BLUE



Ni saiz dia:

size M
Length:137cm (Tinggi noora 160cm,memang labuh terus kat buku lali)
Bust:43cm
Waist:30-44cm
Hips:65cm
Fits UK size:8/10

Wednesday, July 25, 2012

TTC: Rabu kurang berkata-kata

Assalamualaikum,

Hari ni,tiba-tiba hati terdetik,kalau pregnancy dulu menjadi,mesti dah cukup 8bulan++ kan,mesti dapat baby syawal*mesti hensem macam awal or cun macam scha* 







Tapi,satu je yang menguatkan hati "kun fa ya kun",kalau Allah kata jadi maka jadila ia.Maknanya mesti ada hikmahkan?

Hati tersentuh,ya Allah,PadaMu ku bermohon di ramadhan yang mulia ini,perkenankanlah,kurniakanlah zuriat buat kami.amin ya Allah.

Tuesday, July 24, 2012

Ber drama queen part finale =P

Assalamualaikum,

Rentetan dari entry ini, seperti yang dah dijangka-jangka kan.Half day la sangat en.asben tu kaaannn.Sebagai isteri yang selalu mendapat sentuhan kolbu,noora dah boleh agak dia akan kerja gak petang tu.

kredit gugel

Hari tu cekonon-konon nya noora nak ikut dia pergi kerja.Plan nak tunggu je dalam kereta,tapi ape ke boring nak tunggu tepi jalan dari pukul 7.30pagi-12.30tgh hari.So,noora pun terus drive masuk uitm,terus kerja gak.Kira cancel kan jugak cuti.Masa lunch tu la tengok en.asben buat muka 5sen 5sen lagi ceria sebab kena gak attend meeting petang tu.

So,nak tak nak disabarkan jugak sanubari ini.Cepat-cepat fikir,noora tak patut tambahkan stress dia yang memang tengah stress tahap nak nangis sebab kena "belasah" dengan big bos dia yang poyonosfera.Lantas sebagai isteri yang bajet cute padahal tak cute langsung,noora pun pujuk dia (sebab masa ni dia dah rasa bersalah gila-gila).Noora pujuk+ajak dia p tengok Batman pukul 12.15 malam tu pastu ajak stay up terus g sahur untuk hilangkan stress dia.Lantas beliau pun setuju dan muka ada sikit senyum dan berjanji akan ganti cuti hari isnin iaitu semalam.*pehal ayat skema mintak penampar ni T_T.puasaaa puasaaaa*


Dalam keadaan mata nak taknak bukak dikau tetap nampak cool.hehehe


Balik dari sahur tu,dalam pukul 5 pagi macam tu baru melelapkan mata.Nasib gagahkan juga bangun solat subuh.Pastu tido balik.Sedarsedar pukul 1 petang!!hohoho!!O_o''

Friday, July 20, 2012

Ber drama queen

Assalamualaikum,

Dear readers,pernah tak tengok dalam movie ke sinetron ke dalam drama ke..part si suami busy,selalu takda masa nak bercuti.Pastu bila dapat cuti,dan rancang nak jalan happyhappy.Tetiba si suami dapat call bagitau dia perlu gak g kerja pada hari yang dia dengan wife dia dah planning nak cuti tu.And then,wife mesti so saaaadddd.

Its happen to me yawww.Malam tadi ber drama queen jap.Sakitnya hati ini,rasa nak humban henpon en.asben dalam longkang.**tapi tak boleh sebab henpon baru,demmmm!**.Salahkan ku jua sebab membengkak kan mata dengan jayanya akibat menangis.huhuhu.Nasibla tak book mana-mana hotel ke ape ke.Kalau tak mau 10x meraung.Selama ni kan tengok dalam drama.Bila dah jadi kat diri sendiri,pehhhh memang boleh tahan sakitnya.Rasa nak cili-cilikan semua yang sibuk suruh en.asben g keje gak hari ni.Takpe,hari ni hari korang,sok lusa bila family korang kena,barulah merasa kan?

Hermm,sambung pasal drama queen tadi,noora rasa okey sket bila en.asben bitau yang dia half day je,he promise me,dan bagitau isnin ni dia cuti demi nak ganti cuti hari ni(padahal takde makna nak cuti hari isnin,kan dah puasa.huhuhu),dan juga demi menghentikan isteri manja dia dari menangis sampai buta.hohoho.Malam tadi gak beliau bawak noora g makan satay hut,nun jauh di tanjung karang.(rosak diet i cisss!).

Sebenarnya noora bukan tak faham betapa urgent nya bendalah tu.Tapi,noora memang dari kecik sangat pantang larang bila orang tu dah promise nak bawak g sana sini,dan noora dah sangat behave tunggu dengan penuh kesabaraaaaaannnn,tetiba cancel.Last-last minute pulak tu.(lagi-lagi tengah dok bersiap-siap).Oh my english betul la.=( 


Tapi takpe,nasib baik en.asben terer memujuk walaupun asik kena perli je.huh!**bila noora ok,dia suka ajuk balik macam mana noora merajuk,pastu gelak-gelakkan.sungguh cheese berger kan perangai dia?Nasib muka tu comel dihati ini.=P **

Sekarang tengah menunggu dia,kalau halfday tak balik.I will run away!!Da sapa-sapa nak kasik tumpang rumah tak?hahahaha=D





Tuesday, July 17, 2012

malu nak cakap.....

Assalamualaikum...

noora tengah susah hati.....





malu...takut kalau bagitau..orang kata tak mempunyai kesedaran diri...



padahal dah cukup sedar....



tapi tak sedarsedar *silatamparbergantiganti*



nak bagitau...




jangan muntah...janji!!




noora kan......macam kan....minatkan....
















maluuuu!sembunyi belakang laptop..patut tak baya2 noora minat kat budak tu...(ini serius...tolong percaya)...maluuuuu tapi sukaaaaa..sukaaaa biasa mcm artis la...kang ada yg majuk pulak..ehem ehem:D

posted from Bloggeroid

Monday, July 9, 2012

LakiBini

Assalamualaikum!!

Rasanya ramai yang dah tau pasal seoul garden kan?Hari tu noora ada jumpa klon seoul garden,tapi taklah sehebat seoul garden namun masih ditahap memuaskan perut dan tekak.(dah tapi,namun pulak minah ni yoyo ooo jek!)

Tempat klon berkenaan terletak di MBO harbour place kat klang.Namanya steamboat antarabangsa.Satu kepala RM23(makan banyak mana suka hati,air banyak mana pun sukati,tiada tax,100% bumiputera,heh!).Kedainya kat first floor.Ada steamboat dan boleh main bakar-bakar ala korea juga.


tempat baru kan,tu yang kita tolong promote (poyonosfera)

Janganla hangpa pi compare dia dengan seoul garden sangat,seoul garden 2person gedebak gedebuk dah rm100,kalau sini baru rm46.So sendiri kena fahamla.Tapikan disebabkan murah dan boleh tahan memuaskan,lakiku itu sudah ajak pergi lagi sekali this weekend.Aiyak!!apakah??tapi nak tolak rasa mau juga.agagagaga=D

*sila rujuk tajuk kat atas* (p/s:instagram pic boleh jadikan anda kehilangan jerawat serta merta!)

K tu je nak cerita.ringkas gila kan?ok la tu dari takde,kang ada yang demam rindu kat blog ni pulak.ngehngehngeh=P(sila maafkan patik tuanku)


Tapikan.takde langsung gambar makanan kan?Mungkin penulis tidak mahu menunjukkan aktiviti pemakanan beliau.ye ye,itu pastiiii.Tatatatatata=)

Thursday, July 5, 2012

TTC:clomid cycle2 yang gagal menuju ke puncak

Assalamualaikum,

Tengok tajuk pun dah boleh tahu,ada tekanan emosi berlaku disitu.Tapi tak mengapa kerana hati gembira sebab elaun projek 3bulan sudah masuk.yahuuuuuu!Alhamdulillah....rezeki ramadhan dangan syawal barangkali..(kali tu macam darab la,adik beradik.HEHHH SANGAT!)

Okey berbalik kepada cerita clomid,memang ia men delay kan period noora ye.Terima kasih.bye!huhuhu.lama kot,dekat 36-37 hari jugakla.Maka dengan itu,noora decide tak mau makan dah.Dan nak stop semua ubat hormon termasuk asid folik sebab berat naik pada tahap yang melampaui norma-norma kehidupan (bukan makcik norma jiran mak dulu,bukaannnnnn!)

So,noora sedang fokus menurunkan berat badan supaya dapat menjadi isteri yang anggun,comel,berseri-seri,bergaya,mutu dan keunggulan dihari raya nanti.Boleh ke tu???ngehngehngeh=D.ye,noora tengah cuba untuk kuruskan badan dan mencantikkan kulitkulit yang sudah tak lewat remaja ni.(nak ngaku remaja jugak,tak kira!).Sila la beri semangat yang jitu dan padu kepada noora yang dah dua hari start nak diet,tapi selamat je melantak dengan jayanya.


Okey nak bagitau tu je,janji update kaaannnnnn........sudah dipastikannya punnnn ^_^

UiTM engkau laksana bulan

Assalamualaikum!

Kemain malasnya nak update blog,tahap mintak penampar dah ni.Blog walking kemain rajin.hohoho.Tajuk di atas di petik (bukan gitar..itu pasti) sempena lagu feberet noora ketika mood nyanyi lagu p.ramlee datang mencurah-curah ke ladang gandum.Sesuai pula dinyanyikan pada waktu malam ketika en.asben merajinkan diri membawa isterinya yang comel lagi macho ni berjalanjalan menaiki kereta.

"Engkau laksana bulan,tinggi di atas kayangan...hatiku dah kau tawan....bla..bla..bla.." (lupa lirik,padahal tadi kata lagu feberet.boooooo booooo boooo dia!!)T__T.sorry tertipu korang sket.=P

Okey,jangan marahmarah,meh nak bagitau hal sebenar!!!tegas sangat kononkonon.

Hari ni rasa kembang kuncup kembang kuncup sebab ada student fyp degree belanja makan pizza dan paling membuat hati tersentuh,dia hadiahkan noora tudung bawal sulam 3tone,kaler kuninggg uolllsss!

sedapppp yawww!

dalam pic xnampak kuning pulaaaanya punnnn..hoho

Sepanjang hampir setahun setengah berkhidmat di uitm (ayat xnak kalah please!=p),asal final je konfem dapat cenderamata gini.Padahal noora bukan apa pun,just tolong ajar dorang guna equipment je.Serius terharu.

Kalau ikut kontrak keje macam bibik indon,sampai bulan 12 ni.Tapi hati noora berat sangat nak tinggalkan lab ni.Berat hati nak tinggalkan uitm.Hatiku dah kau tawan uitm.=')

Padahal hari tu masa final semester,siap cakap "nak muntah dah tengok uitm,taknak dah dok kat uitm" puuuuiiii!!!sesungguhnya katakata memakan diri sendiri.Sekarang dah jatuh cinta dengan uitm,sendiri terhegehhegeh nak kerja kat sini selamanya.Haaa,sapa nak jawab tu?

Justeru itu,noora harap sangat ada rezeki noora untuk terus kerja kat sini lagi.Doakan noora ye kawankawan!!(dalam nada paksaan!hahahaha)


Sesungguhnya banyak benda nak cerita,tapi tahap kemalasan memang tak dapat disorok-sorokkan lagi.Tapi,saya pasti bukan janji (sudah tukar ka?) yang saya akan update serajin mungkin.muahahahaha.=D



Kejap noora kejap saya..apakahnya punnnnn...


Wednesday, June 27, 2012

TTC: Lumiglow untuk di jual

Assalamualaikum,

Hai semua!!noora nak jual lumiglow.Ada sesapa nak beli tak?Noora baru guna suku,tapi sayang sama sekali kulit noora ni alergik pulak dengan lumiglow.Noora ingat nak jual,nak buang sayang sebab noora je yang tak sesuai,orang lain ramai je yang ok pakai ni.huhu

Kalau ada yang nak beli email noora eh (yellowz_Putries@yahoo.com).Noora tolak rm55 je termasuk postage=)

Friday, June 22, 2012

TTC:nak ke tak nak?

Assalamualaikum,

Noora rasa bila-bila masa dari sekarang,cik bulan jepun akan menjengah.Itu bermakna apa?harapan clomid cycle ke2 berderai-derai.Takpe,rileks je.Buat apa nak sedih-sedih.Pergggghh,kalau lah boleh gitu kan.Hati di dalam sapa yang taunya punnnn *versi johan*.

Sedih hati ini,bagai ditusuk sembilu,sesak nafas ini bila ku mendapat tau.*_________*


*Tapi syukur sangat kalau cik bulan jepun merah berkelakuan baik.Kalau kita pregnant,cik bulan jepun jangan datang tau.hohoho.*


Tengah konfius nak teruskan clomid ke3 ke tak?boleh tolong noora jawab tak?T_______T


Rasa dah penat,rasa nak rehat,rasa nak kurus*tetiba*


Dan sebenarnya,memang tengah sedih sangat,perit rasa hati ni...ya Allah berikan ku kekuatan...aminnn...

Tuesday, June 19, 2012

TTC: opk vs ewcm

Assalamualaikum,

Noora sebenarnya ada banyak benda nak cerita,tapikan gambar tak boleh di transfer pulak,aiyakkk!benci sangat.So,disebabkan kejadian yang tidak diingini terbabit,meh noora nak update sket pasal TTC punya progress (ingat bina rumah ke apa?)=P

Cenggini,kan noora masa peod hari tu dah on clomid cycle 2 dan sesungguhnya noora lupa noora cd berapa sekarang dan sebenarnya noora malas nak kira.hohoho.

Pastu cycle kali noora bersungguh guna opk,hari-hari try asikla negatif sebab 2-3bulan sebelum ni selalu jumpa ecwm time cd12-cd13 -cd14 (tapi tak pernah wat opk).Tetiba ada satu hari tu,tak salah dalam cd16-cd17 cenggitu,opk positif!!line terang sangat-sangat dan takda pulak ewcm nya,agagagaga.Tapi konfem la noora sengeh meleret-leret,dalam hati ada taman maklumla first time.hehehe.

Tunjukla dengan bangganya kat en.asben.Tau dia jawab apa "sayang pregnant ke?".Oitt,apekahhhh?nasib suami sendiri kalau tak dah lama kena tumbuk.Geram betul,terus tarik muka,hilang mood kejap.Pastu en.asben cakap "abang tau la sayang,hari suburkan"sengeh-sengeh macam kerang tak cukup masak.Nasib comel *muntahcepat* wahahaha.

Disebabkan hari tu noora ovulate,maka kitorang pun bergegas ke goldcoast morib petang tu jugak untuk honeymoon.Eh,tipu je.Ekceli hari tu kebetulan kitorang memang dah booking untuk beromantikan berdua kat goldcoast morib.Saja noora wat test sebelum pergi,tetiba positif.Jadi perasaan tu makin berbunga-bunga la.ngehhhhh.=D

Tapi,ntahla noora berserah semua pada Allah s.w.t.Ada rezeki alhamdulillah,belum ada rezeki,doa dan terus berdoa,usaha dan terus usaha.(usaha tu bergantung kat mood,muak weehhh kadang-kadang T_T)




psssttt: Semoga noora dan semua TTCian akan selalu dimurahkan rezeki dan diberi zuriat-zuriat yang baik dan soleh.InsyaAllah,kita semua akan cepat-cepat hamil,melahirkan dan membesarkan zuriat-zuriat kita dengan baik dan sempurna.aminnnn=)

Tuesday, June 12, 2012

cuti sekolah yang tak cool

Assalamualaikum!

Semalam dengan liat balak,semua kanak-kanak ribena telah kembali ke sekolah.Cuti dua minggu ada yang terasa macam heaven gilak,tapi ada gak yang tak cool langsung.

Kejadian tak cool langsung tu terjadi kat dua orang budak kecik yang mama dia pos dari ipoh ke klang untuk berjimba-jimba bersama-sama dengan sepupu dorang kat uma wan nya yang tercinta.

Nak dijadikan tak cool,jumaat first week cuti tu,mama nya beriya datang nak bawak budak dua orang ni bercuti kat bukit merah.

Tapi apa nak di kata,malang tidak berbau wangi mahupun busuk.Si abang kena demam campak dan dibawa ke klinik dan perlu dikuarantin 2minggu dan nak dijadikan tak cool kuasa dua,si adik yang terkinja-kinja main jatuh kedebuk sampai retak dua bahagian kat siku.*ngeri seh kalau ingatkan,sedangkan terhantuk sket kat siku dah sakit gila,ni kan retak!*.

Kejadian berlaku selepas abg dia pulang dari klinik untuk dapatkan ubat demam campak.Tak memasal rushing g hantar si adik kat hospital pulak.hohoho



emmed (mangsa demam campak) bersama maksunya
dak ammar yang retak siku

Apa yang boleh disimpulkan disini ialah "cuti sekolah tak semestinya cool".hohoho

Thursday, June 7, 2012

TTC: Terendam suatu perasaan

Assalamualaikum,

Ehem,tengok tajuk dah macam title lagu.Tapi bukan sama sekali.Dua kali pun bukan apetah tiga kali.Sebenarnya dah lama noora simpan benda ni dalam hati.Tapi rasa selagi tak luah kat sini,selagi tu akan ingat dan sedih.=(

Ceritanya masa kenduri beberapa bulan sudah,seperti biasa bila saudara-mara berkumpul,maka tertimbul lah episod soklan cepumas yang berjaya menggores dan menang perasaan noora.Makcik pakcik en.asben sungguh ramai ye,jadi sila bayangkan berapa kali noora berdepan dengan soklan cepumas.

Paling mengharukan soklan dari makcik A (nama sebenar rahsia),time tu noora tengah dok mengagah cucu dia sambil potong sayur,dalam dapur yang penuh dengan sedara-mara sedang rewang.Dia tunduk tengok muka noora pastu cakap "eh,kamu bila ni?tak terhinggin ke?lama dah kan kamu kawin...rasanya anak si B yang kawen baru ni dah ada dah isinya" dengan nada yang kuat,agak tegas,muka serius+garang.Bayangkan noora yang sememangnya manusia sensitif berdepan dengan situasi tu depan semua makcik-makcik yang dah start pandang noora macam pesalah.*tunduksambiltahansebak*.SPEECHLESS*

Dalam bilik,masa nak ambil barang pun kena lagi.Kali ni dengan sepupu en.asben yang dah beranak-pinak,pakej dengan mak dia sekali dok interview noora napa takde isi lagi,tak g mengurut ke,apa ke.walaweh.T__T

Dah selesai kenduri,dok sedap nomnomnom,datang pakcik en.asben tanya "kamu berdua ni bila lagi?".Noora faham soklan tu,tapi en.asben yang masa tu ada dengan noora leh g jawab "bila apa?".Muka noora dah berubah,tahap makan tak masuk mulut dah.Dalam hati doa,jangan la pakcik ni sebut soklan tu.Nasib pakcik tu sengih pastu g tempat lain,kalau tak mahu daku makan lagi tiga pinggan *tanda stress melampau* (>.<)

Sedih.Pedih.Sabtu ni anak makcik A nak bertunang,should i go??MUST.no option.titik.

Berserah padaMu ya Allah.

Kadang-kadang orang sekeliling sibuk dok salahkan kita tak usaha la,apela,takkan la tiap kali nak usaha nak kena update kat dorang?telan asid folik berbakul-bakul depan dorang?telan clomid depan dorang?g berurut bawak dorang?g klinik bawak dorang?test opk tayang kat dorang?sembahyang dan berdoa depan dorang?apekaaahhhhhhh??(gila emo!)

Nak tahu usaha ke tak,baca la blog ni.Lain kali kalau ada orang sibuk tanya,taknak jawab tapi nak terus bagi link blog pastu suh dia baca!ngeeehhhh

Sekian luahan rasa dari manusia yang dah macam tak boleh pandang asid folik langsung.bye!

Wednesday, June 6, 2012

nikmat ya Allah...syukrannnn!

Assalamualaikum,

Nak tau,setelah berpantang lebih dari setahun.Akhirnyaaaaa












Dengan penat lelah en.asben beratur panjanggggg











klebang coconut shake!nikmat Allah...sedaaaappppp!



Tq en.asben mucuk baciinnnnn,saranghae!


pssttt...Pinjam pic kat google,tetiba bluetooth hp wat hal,mencikkk ahhh.

Wednesday, May 30, 2012

TTC: polik tapi bisa bonar jang

Assalamualaikum,

Dear friend,tq sangat sebab ramai yang bagi kata-kata semangat dalam entry lepas.Noora dah selamat terpeot pada cd36 cenggitu.Lewat seminggu gak,pelik tapi benar.Ramai kata makan clomid period ontime or cepat,emosi pulak akan terganggu,moody je tapi noora happy sangat pulak(bila rasa sengugut is coming hati tak gembira dah),period lak delay.T_____T

Ermm..masa first day period tu,noora menghadap dugaan maha berat.Remuk hati ni,rasa kecewa,duka sangat-sangat.Tentang apa,biarlah rahsia,yang penting terima kasih sangatsangat kat en.asben yang memahami dan Allah yang menguatkan hati ni.

Ok lari topik lak,ni dah start clomid+asid folik untuk cycle 2.Mood?memang sangat teruk!!sikit-sikit rasa nak marah dan nak nangis,kecik hati semua cukup.Malam tadi rasa marah je dengan kakak,tapi sebagai adik kita memang takleh marah kakak ye kawan-kawan,jadi diam dan marah dalam hati je pastu fikir pehal nak geram,bukan apa pun.hahaha ngek sungguh perasaaan terbabit.Tadi en.asben tertinggi suara sket je pun dah nak nangis,mujur dia memujuk dengan pantas dan perfect10 bila tengok noora dah start diam dan air mata nak bergenang.Padahal takde benda pun,agagaga,gilak sensitip!!Kena isghtifar banyak-banyak ni .hohoho.Hari tu macam tak caya ubat-ubat hormon ni boleh pengaruh emosi,sekarang dah percaya.ngeeeeee.Harapharap mampu kawal emosi sebaiknya.aminnn.

Selain dari clomid,noora dah start minum pati delima dan betul rasa kulit tambah cerah (pentipu sebab baru minum 4-5hari macam tu =P).Pastu nak makan habatussauda from minsyam lepas haid kering.Ada lagi la menda-menda lain yang noora telan (termasuk seketul berger mekdi tadi).

Maybe cycle 2 clomid will be last cycle for me.Entahlah.Tengokla nanti macam mana.Anyway tadi berjaya gak minum seteguk dua air coke untuk mengelakkan tercekik berger mekdi.Nak tau dua cerita lagi x?Ada budak tu g makan clomid start cd3 (sepatutnya cd2),pastu ada budak tu kekonon melepaskan kesedihan,dia g minum air sprite kat mekdi pastu 2hari perut dia cramp.padanla muka kan.hmmm.baru perasan,ahad hari tu makan mekdi,hari ni mekdi lagi.Hentamm sajalah labiii.

Nampak sangat emosi tingtong,entri pun macam hampeh.Padan muka kau blog!

Friday, May 25, 2012

TTC:Clomid owh clomid

Assalamualaikum!!

Orang melayu dulu-dulu ada buat pepatah,kalau takut dilambung ombak,jangan berumah di tepi pantai.Noora pulak nak buat pepatah baru untuk TTC yang amik clomid macam noora.Kalau takut kecewa,jangan sesuka nak amik clomid.

Uwaaa,kisahnya noora kan diberi bekalan 3 cycles clomid (2biji) daripada klinik Hamid Arshad,dan noora dah selamat makan untuk first cycle.Sekarang sudah cd35 kot,lewat 5hari la lebih kurang.Sakit sengugut sudah kunjung tiba dan paling tak menahan,kesedihan bertambah 5x ganda dari bulan-bulan sebelum ni.Hati ni lemah sangat,rasa nak meraung jer(memang dah meraung kat bahu en.asben tempohari).

Bukan apa,noora letakkan harapan yang sangat tinggi pada clomid.:'( Noora harap sangat clomid membantu. Siap berangan kaw-kaw-kaw bulan ni dan menambah kepiluan hati rupanya bukan noora saja yang letakkan harapan tinggi,mak noora,en.asben,kakak2 noora ngan kawan-kawan lain pun doakan dan selalu update keadaan noora bulan ni.

Tapi dalam ramai-ramai ni,paling noora tak sanggup nak berdepan ialah wajah sedih mak.Mak teringin sangat nak cucu dari noora dengan en.asben.Tak putus-putus doa dari dia dan noora faham sangat dalam usia dia 67tahun ni,memang harapan dia cukup menggunung nak jaga noora dan anak noora bila dalam pantang nanti.Masa kat langkawi,mak siap beli 5-6 helai kain batik.Tau dia cakap pe?"untuk noora bila pantang nanti,pilih mana suka,mak bayar".Ohhhhooiii remuk hati,berkecai-kecai :'(

Ya Allah,memang dugaan tahap gaban betul amik clomid ni.Padahal clomid ni kira fasa pertama kot dalam rawatan kesuburan.Kalau iui,ivf?Pehhh...erm,memang noora tabik sangat kat rakan-rakan TTC yang berjuang untuk iui dan keatas.Noora ni,dah hilang semangat nak teruskan clomid,rasa sedih tu menusuk.

Nak tanya,memang period delay ye kalau makan clomid?ke sebab noora aktif berjalan-jalan bulan ni.emm,balik ni nak cari pati delima ngan susu kambing.Dah bosan minum ducthlady cekelat,nak kembali le susu kambing semula.huhu.

Owh hati,kuatla!amin