Wednesday, March 7, 2012

TTC:Kenapa?

Assalamualaikum...

Pagi rabu yang hening noora dah menangis tersedu-sedu dalam kereta,semua gara-gara topik pagi hotfm.Tak sepatutnya isu madu dibincangkan.Terlalu sentitif walau dorang suruh bukak minda untuk bincang topik ni.Entahla,noora rasa pihak hotfm patut mintak maaf.Pasti ramai perempuan yang terguris.

Para TTCians mesti yang paling sedih bila topik ni dibincangkan.Tak adil bagi kami yang perempuan terus diugut dengan tiada zuriat suami kahwin lain.Saat menaip entry ni,noora hanya mampu menahan sebak di dada,semalam hari kedua berurut.Makcik tu ada cerita pasal sorang perempuan ni.Dia berusaha untuk mendapatkan zuriat dengan sungguh-sungguh.5 tempat ditebuk kat perut dan rahim untuk pelbagai rawatan.Tabahnya dia melayan kesakitan,berusaha tak jemu untuk mendapatkan permata hati buat suami.Last dia buat IVF(mungkin),kos dia RM18000,habis kereta perempuan ni dijual semata-mata menanggung kos rawatan.Ada 4 persenyawaan,inject masuk.Tapi kasihan,muntah,loya dan morning sickness terlalu teruk.Bayi-bayi dalam kandungan tak dapat diselamatkan bila cecah usia 4bulan.Sebelum bayi-bayi dia pergi,dia datang berurut dengan makcik tu.Makcik tu kata xboleh buat apa pun,sebab kesian tengok perempuan tu.Sentuh sket pun dia dah sakit sangat-sangat.

Dan dengan takdir Allah yang berhikmah disebaliknya,bidadari-bidadara syurga dia telah kembali selamanya.Tapi yang paling menyayat hati noora,dikala dia sedang jatuh tersungkur manahan dugaan yang maha berat.Suami dia yang kejam,hina dan bodoh selamat berkahwin dengan perempuan lain.Biar isteri gantung tak bertali meratap sedih setiap hari.Ya Allah,gugur jantung noora,besarnya dugaanmu.Ya Allah,walaupun aku tak mengenali dia,kau kuatkanlah dia,kau temukan lah jodoh yang baru,yang baik buatnya,yang lebih hensem,kacak,kaya dan kau kurniakanlah zuriat-zuriat yang baik untuk dia.

Kadang-kadang dalam perjalanan TTC ni,noora terdetik benci dengan insan yang bernama lelaki.Kenapa mesti perempuan saja disalahkan dalam segala hal?Padahal yang bersusah-payah berusaha adalah perempuan?Akhirnya yang terluka juga perempuan.Sedangkan lelaki juga penyumbang besar masalah kesuburan.

Sebenarnya,lelaki kena tau.Ini semua dugaan Allah buat dorang.Allah beri isteri,belum diberi zuriat maknanya Allah sedang menguji sejauh mana dia sudi menemani isterinya itu,sejauh mana dia usaha,sejauh mana kesabaran dia.Allah beri isteri,ada perempuan lain bertandang dihati maknanya Allah sedang menguji,sejauh mana setia,sejauh mana cinta,sejauh mana dia menjaga hati isteri,sejauh mana dia memahami kesedihan isteri.Isteri dikahwini bukan kerana nafsu,isteri bukan produk hasilkan zuriat,bukan hamba yang perlu mengikut semua kehendak suami.

Setiap titik airmata isteri,ada perhitungannya.....

mode:sedih mungkin tanda miss p hampir tiba

10 comments:

~ i.n.a.z.d.a.u.d ~ said...

ya Allah, sedihnya kisah perempuan tu noora.. rasa nk menitik air mata.. nsb baik kat opis.. huhu..

PutriesNoora said...

memang sedih sangat..=(

Suwaibah YS said...

Bila baca ni, terkenangkan nasib diri.. camne la masa hadapan kan..buat masa ni, mmg suami n keluarga memberi sokongan..tapi akan datang...??
harap2 segala dugaan yang dilalui dpt dihadapi dgn tabah

PutriesNoora said...

sue:memang sue,selalu fikir mesti nangis..mohon Allah sentiasa melindungi kita..amin

sila1209 said...

sabar bayak2 ya kwn2 sume...pe yg jd sume tu ada hikmahnya...percaya je dgn janji Allah yg dia x kan uji hambaNya yg x mampu nak hadapi ujian...so yakinkan diri, kuatkan iman...insya'Allah pasti mampu tuk hanrungi pe je...

PutriesNoora said...

sila:insyaAllah..=)

Noa Hamrin said...

Alaaa..sedihnyer cerita tu, hrp² husband kita bersabar dan setia menunggu kita kan, Allahumma amiiiin..

Btw: nama kita dekat² nak sama lah..tukarkan huruf d awak jadi huruf z, itu nama saya :-) salam kenal Noora :-)

PutriesNoora said...

Noa:noorafizah ye??huhu...InsyaAllah..salam kenal=)

CikPuan Fara said...

sedihnya baca entry awk.. saya sgt paham. saya pernah lalui apa yg awk alami. ttc'an setahun 7bulan. org keliling mmg suka blame kat wife bila xpreggy. sabar ye dear.

saya doakan awk cepat2 dikurniakan zuriat yg soleh & solehah. Aminnn.

thanks drop komen kat entry saya ye :)

PutriesNoora said...

fara:tenkiu dear=)..insyaAllah..amin..