Wednesday, March 21, 2012

TTC:cd1 pada cd49,kelewatan yang menyedihkan

Assalamualaikum,

Dalam keadaan yang sangat sibuk sekarang ni,noora cuba meluangkan masa sekejap untuk meluahkan perasaan kerana noora percaya satu hari nanti ruangan ni akan bagi kenangan,rujukan dan muhasabah diri yang baik untuk noora dan TTCians yang lain.

Seperti mana entri sebelum ni,noora ada bercerita tentang betapa runsingnya hati dan naluri ni tentang keadaan diri yang tak menentu.Meh noora ceritakan dalam bentuk point,almaklumlah skill karangan dah kelaut memandangkan otak yang tengah serabut dengan pelbagai benda.

Lets start..

1. Biasanya (3-4 bulan selepas HSG) period noora datang ontime yakni pada cd30,masa anak dara pun dia sangat berdisplin.Lepas kahwin kalau lewat mesti naik dalam 2-4 hari.Rekod paling lewat adalah cd39 tu pun sebab bulan puasa(memang selalu macam tu).

2.Last period 2 feb 2012 dan hari ni cd49 baru period.

3.Sebelum ni UPT dah 6kali test (-ve),scan rahim kosong,blood test pun -ve (sapa xperasan hamil kalau lewat kan?)tapi yang di detect adalah cyst 2cm++ (semalam check hampir 2.8++rupanya =( ) dan bengkak sket(mungkin sebab bulan ni noora sangat2 banyak buat kerja berat) nothing to worries,tapi sapa tak risau!hohoho.

4.Mak dan kakak noora yang sulong sangatsangat amik berat.Hari-hari dorang update noora,kat tempat keja pun dorang kol selalu sebab nak tau keadaan noora hari-hari.Kakak noora berusaha tanya kawan-kawan dia,try bertanyakan rawatan traditional dan macam-macam lagi.Hari-hari dia kol bagi support.Mak lagila,siap suruh noora g check dengan Dr.Hamid Arshad.Tadi pagi en.asben kol buat appt.untuk kali ketiga dan InsyaAllah kali ni kami betul-betul akan g sana!(setelah 2 kali buat appt.tapi xpergi sebab kurang rajin)

5.Terjumpa ada yang sama kes dengan noora,lepas first time makan epo,terus period lewat 2weeks then dia terus stop.Noora pun rasa nak stop gakla mcm ni.huhuhu.Dah stop pun lepas ovulate hari tu sebab orang Dr.kata lepas ovulate jangan makan.Tapi ni dah rasa xmau makan epo langsung(mungkin akan makan esok,sape tau=P )

6.Lupa pulak,period segan-segan plak nak keluar.Malam nanti nak minum air kunyit+air asam jawa,blogger jayfarhana bitau leh rawat cyst minum benda tu(beliau sangat rajin,aktif dan berani!tabik dia!)

7.Sebenarnya rasa down sangat-sangat bila tau ada cyst.Dan noora dapat rasa yang noora da pcos jugak.Tapi terima kasih kat en.asben n family n blogger2 n kawan2 yang selalu bagi semangat.*terharu*

8.Pesan pada diri sendiri berkali-kali,ini ujian Allah.Tanda sayang pada kita.Dan hidup ni,ibadah kita bukan semata-mata sebab mahukan zuriat atau keperluan lain,ibadah kita untuk tunjuk kasih sayang dan terima kasih kita pada Allah.Jadi walau apa pun,jangan putus asa dengan Allah.DIA sayang kita,DIA maha mengetahui=)

9.Apa nak tulis kat point ni?blurrrrr.Oh ya!sedang cuba guna lumiglow,elok untuk sengugut,cyst,period,mahu coinceive dan kuatkan rahim.Beli pada harga rm120 je.Murahkan?Baru seminggu pakai,harap berkesan.Dan tetiba nak try noni biodex tu (terpengaruh dengan jayfarhana lagi).hehehe.Tapi tunggguuuuu gaji en.asben dulu.hauhauhau=P

10.Ada benda nak citer lagi,tapi nanti dulu.Kalau rajin noora cerita.Ada luahan rasa hati yang mengigit sanubari.eceeeeeeh!



Doakan noorafidah dan suami cepat-cepat dikurniakan zuriat ye.Amin.

8 comments:

Sizuka said...

bila appointment noora ngan dr hamid? mine 13 april....

PutriesNoora said...

sizuka:noora 26/3 ni..tapi bukan jumpa doktor terus,kena join program ape ntah,pastu baru jumpa dr.tu pun menantu dia kot...=)

Suwaibah YS said...

nora~lumiglow tu nora beli katne? ade org penah suggest, tapi x gitau kebaikan smua camne..huhu

PutriesNoora said...

sue:nanti noora cuba wat entry pasal lumiglow tu eh=)

ain.ya.nun. said...

Ramai sekarang ni yg kena cyst.

Untuk Noora, Alhamdulillah, dapat kesan cyst awal. Moga segalanya dipermudahkan lah nnt ya.

PutriesNoora said...

ain:doc kata yang tu bukan cyst..kira salah faham.huhu...syukur sangat=)

Putri Amanda said...

sis nora, minum air kunyit untuk ape?lawas period kah?

PutriesNoora said...

untuk lawaskan period?hehehe...boleh2...untuk cyst boleh...dan mcm2 lagi...=)