Friday, December 23, 2011

Trying to conceive part 5: keliru,buntu,sensitif,emosi tak stabil

Assalamualaikum!!

Makin banyak dibaca makin rasa pening,makin rasa keliru,makin rasa tak mahu.Noora rasa noora tak mau dah g klinik manamana,tak mau dah makan papa ubat.Bunyi macam orang putus asa kan?

Emmmm,sebenarnya emosi noora tak berapa stabil bulan ni dan noora sendiri tak tahu kenapa.Kejapkejap rasa nak kecik hati,kejapkejap rasa nak menangis,kejapkejap rasa nak marah.Noora ni bukan jenis yang mudah naik angin apetah lagi buang angin.hehehe.tapi tula,taktau la kenapa...konpius,sedih dan rasa nak g jauhjauh.ade sapa nak sponser percutian ke rom x?

Nak tanya,korang pernah berdepan tak dengan orang yang bagi nasihat macam ni "jangan pk sangat nak anak,buat tak tau je" dari awal kawen kot dapat nasihat ni.Tapi macam mana nak buat tak tau?adakah bermaksud tak boleh doa hari-hari?yela,bila solat opkos kita akan doa kan,pastu konfem akan pk kan?dan mengharap tu satu kesilapan besar ke?emmmm....konpius lagi...uuuuwaaaa.....tengoktengok kan dah kata emosi tak stabil!

Sekarang ni memang dah tak tau nak buat apa,just buat ikut kemampuan je.Buat masa ni,noora plan nak teruskan je berubat dengan makcik yang noora kenal tu,tapi tapi tapi,haruslah sangat bertabah berdepan dengan urutan yang boleh buat nangis bergulingguling.huhuhu.Takpa demi nak zuriat,noora tabahkan jela hati ni.Ikhtiar jela mana yang boleh.Ya Allah,tabahkanlah hati hambaMu.amin.

(Ya Allah,kurniakanlah zuriat yang ramai,sihat,cukup sifat dan soleh kepada Noorafidah binti Hussin dan suaminya.Datangkan rezeki itu kepada mereka dengan segera.amin)

3 comments:

adam said...

sabar. rezeki tu ada pada orang yang bersabar. banyakkan berdoa kak. huhu ^^" nnti dapat baby leh pinjam sehari dua kn? :D

PutriesNoora said...

sehari dua?kene pinjam mak bapak dia sekali..hehehe

BudaKamponGugup said...

amin....