Wednesday, November 30, 2011

Makan-makan sempena ke'besday'an

Assalamualaikum!!

Masih dalam mood bercerita pasal besday,so layankan jela.Hari sabtu lepas,en.asben kan dah janji nak bawak noora g makanmakan.Oleh kerana orang duludulu dah cakap,rezeki jangan ditolak maka tak baik la untuk ditolak.hahaha.

Bermula ekspedisi pemakanan hari tu dengan lunch kat sekinchan ikan bakar.Haaa ade ke patut lunch makan ikan bakar,tapi ado kitorang kisah?maka dengan itu kami pun memilih untuk membako ikan pari ngan sotong 2 ekor.Cukupla tu untuk dua orang makan kan.Tu pun jenuh nak meratah =,=".Dah kenyang,p bayor bil tengoktengok rm40.40,boleh tahan mahal gak sekinchan ikan bakor ni,rasa tak power mana.Power rangers jauh sekali.sekadar so-so sajaaa.


pilihpilihpilih!!!
limau ais n jus oren

pari bakor

udang bakor


Selepas tu kitorang pun gerakla g ou kekonon nak tengok happy feet.Tapi sebab mengenangkan bakal dapat tiket free tak jadikla nak g tengok.After shopping sket kat dalam JJ,kitorang terus memulakan ekspedisi mencari seoul garden yang sering digembar gemburkan dialam maya.

golap yo tapi nak gak letak

Mulamula masuk kena bayar dulu,sini kira macam buffet la.Macammacam ada!Leh main bakorbakor and masakmasak tomyam.naik pengsan tengok banyak sangat pilihan makanan.Harga opkos kene la pada gayanya rm50 lebih kurang satu kepala,siap campur dengan tax.


sila tengok pinggan2 yang berlonggok tu,anak sapa la yang makan banyak tu

Walaupun mahal,tapi amat sangat berpuas hati,en.asben memang suka sangatsangat.Macammacam benda dier telan.Kira berbaloibaloi la dan kenala dengan tekak orang melayu.Tomyam dier pun sedap.Tibatiba rasa mahu lagi dan lagi tapi kene tunggu besday tahun depan pulak la kot,bisa gemuk bagai dipampam oooo jadi harus kawal emosi.huhuhu

sampai dua round i tibai ini eksrem menajdikan jumlah keseluruhan 6 scoop penuh huhu

i will come again!!=D

2 comments:

Anonymous said...

Ni sekinchan mne eyk cik nora? taipan yer?

PutriesNoora said...

ni dekat bukit tinggi klang=)