Monday, November 14, 2011

Trying to Conceive Part 2 -HSG-

Assalamualaikum!!

Sangat ketinggalan entry ini,bukan xmau share tapi bulan ni agak busy dan boleh tahan stress yang noora hadapi,sket lagi nak murung tau tapi nasib baik banyak sokongan dan doadoa yang membuatkan noora kuatkan hati dan semangat untuk teruskan kehidupan.gaya orang putus cinta pulak.hehehe

Last week,hari khamis noora ada buat appoinment dengan KPJ shah alam untuk wat HSG.Malam sebelum hari khamis tu,noora bukan main lagi mengigau sampai 3-4 kali en.asben bangun untuk pujuk noora.Asik dok mimpi pasal HSG tu,sekejap mengigau nangis,sekejap marahmarah.hehehe.padahal tak fikir sangat pun tapi tak tau la kenapa dok masuk dalam mimpi.haiiish!
ni pun masuk dalam mimpi.huhu

kpj service.boleh tahan.boleh dibawak berbincang kalau nak beranak kat sini.hehe.insyaAllah=)

Esoknya pagipagi dah gerak g KPJ tu.Dalam perjalanan g sana en.asben tanya "sayang berdebar tak?" noora jawab "biasa je".Pastu en.asben cakap "Abang yang berdebar ni,risau kat sayang".huhuhu.Lepas dah register semua,tunggu dalam 20minit macam tu,dorang pun panggil masuk untuk wat HSG.Time ni baru datang debaran tapi boleh senyum snapsnap gambar lagi.
orang yang berdebar-debar

orang yang rileks kekonon

Bila masuk tu,kena salin baju semua pastu siap sedia untuk di"kerja"kan.Nasib semua perempuan dalam tu.Mulamula tenang je,zikir dalam hati banyakbanyak,dier cuci dulu X tu pastu start masukkan benda alah (xtau nama sila rujuk google atau youtube) tu dalam X.Start skru alat tu kat X,terasa macam skru kat motor ye masa tu.sakit+ngilu tapi kuatkan hati,banyakkan zikir pastu masukkan dye dalam X,perrrggghhhhh!noora dah start mengerang.rasa nak yak pun ada,rase ngilu,senak,sakit macammacam la.nasib nursenurse rajin memujuk.Tapi air mata dah nak mengalir,betul kata kawan my sis,rasa nak tendang je doktor time tu.sakit sangat,sapasapa yang nak buat HSG,noora bukan nak takutkan korang tapi better korang prepare mental and fizikal,sebab bukan semua orang sama.Bagi noora HSG memang sakit sampai hari ni masih fobia dan nangis bila ingat balik.=(
kemain siap tangkap gambo,pas dah siap HSG,camera pun dah xnak ingat katil kat uma je!

Selepas dah selesai amik xray semua,noora bangun nak salin baju.Time tu dengan sakit yang kuat tambah pulak dengan keadaan yang sejuk noora dah mengigil sangatsangat memang rasa nak pengsan sebab mata dah hampir terpejam,tapi cepatcepat kuatkan semangat salin baju cepatcepat pastu keluar.Terus menyandar pegang tangan en.asben.Cuak en.asben tengok noora,memang xberdaya.Syukur sangat ada en.asben yang sangat memahami dan jaga noora.Thanks mucuk!Ingat lagi katakata en.asben bila noora ngadu nape perempuan punya test je yang banyak dan sakit,lelaki senang je,en.asben jawab dengan lembut,ringkas dan padat "pasal tu la perempuan senang masuk syurga sayang"Terus terdiam dan bersyukur pada Allah.=)

Memang rasa lemah satu badan,seharian tu tido saje hari tu,jalan pun slowslow je.Esoknya masih cramp tapi dah leh senyum+sengeh+gelak.Spotting blood pulak keluar 3hari.Fobia masih ada dan selalu noora doa "Ya Allah biarlah sakitku selepas ini hanya sakit melahirkan cahaya mata,bukan sakit di"kerja"kan macam ni lagi."

Sekarang ni risau+takut untuk tau keputusan semua testtest.Doakan yang terbaik untuk noora dan en.asben ye.Terima Kasih kat family,jiranjiran,sedaramara,kawankawan dan group qariah my sis yang sudi doakan noora ngan en.asben supaya dapat zuriat cepat2,terharu sangatsangat!Terima Kasih ya Allah!Siap ada bagi petua yang sangat mudah.Kalau berjaya petua tu nanti noora share dengan semua orang ye=)


(Ya Allah,kurniakanlah zuriat yang ramai,sihat,cukup sifat dan soleh kepada Noorafidah binti Hussin dan suaminya.Datangkan rezeki itu kepada mereka dengan segera.amin)


9 comments:

puanstoberi said...

bleeding ker?? siannya Nora..
Akak retu Alhamdulilah oke HSG. Mebi sbb akak biasa senggugut kut. So, takde la sakit sgt. Mild2 je. Sbb tu siap leh singgah McD beli eskrem. Hikss.
Akak pun wat kat KPJ, tp KL ni lah.

Tkpe Nora, mebi ada rezki pasni.
Akak je duk hold2. Mls nak proceed IUI. Takot kena cucuk prut. Hihi.

p/s: result kan leh baca kat ketas skali ngan xray tu. Leh la google2 dlu. Akak dulu Alhamdulillah, takde seriyes sgt, cuma ada pelvic adhesion.

CIK PUAN TIPAH said...

Assalam..
sempat lg snap dlm x ray room. saya dah berdebar2..semua tinggal kat hubby. hehe. So far, ok jer kan..
Sudi follow blog saya..tq.

PutriesNoora said...

kekda:agaknyer sebab noora xtahan sakit kot,pastu sejuk sampai mengigil..tu yang tambah sakit agaknyer..huhu..result tu ade..tp xfaham sangat nanti noora google..thanks kak..insyaAllah rezeki kite cepat sampai=)

PutriesNoora said...

cik puan tipah:caiyok2!thanks sbb follow=)

Zana Adieyza said...

zana doakan ada berita baik yg menantu yer dear.. sama2 kita doa yg terbaik..

PutriesNoora said...

zana:insyaAllah,tq zana=)

Suwaibah YS said...

hee..saya hari tu spatutnya wat HSG jgak.. tup2 tak blh sbb "bersama" dgn suami sblum tu.. bangang tak bangang laa... hahah
tapi bila baca ni rase kecut perut plak............ huuuuuuu

PutriesNoora said...

hehehe..xpe pk sakit sbb nak dapat zuriat je..=)

Anonymous said...

Nora berapa kos buat hsg kat kpj?tq