Wednesday, November 30, 2011

Makan-makan sempena ke'besday'an

Assalamualaikum!!

Masih dalam mood bercerita pasal besday,so layankan jela.Hari sabtu lepas,en.asben kan dah janji nak bawak noora g makanmakan.Oleh kerana orang duludulu dah cakap,rezeki jangan ditolak maka tak baik la untuk ditolak.hahaha.

Bermula ekspedisi pemakanan hari tu dengan lunch kat sekinchan ikan bakar.Haaa ade ke patut lunch makan ikan bakar,tapi ado kitorang kisah?maka dengan itu kami pun memilih untuk membako ikan pari ngan sotong 2 ekor.Cukupla tu untuk dua orang makan kan.Tu pun jenuh nak meratah =,=".Dah kenyang,p bayor bil tengoktengok rm40.40,boleh tahan mahal gak sekinchan ikan bakor ni,rasa tak power mana.Power rangers jauh sekali.sekadar so-so sajaaa.


pilihpilihpilih!!!
limau ais n jus oren

pari bakor

udang bakor


Selepas tu kitorang pun gerakla g ou kekonon nak tengok happy feet.Tapi sebab mengenangkan bakal dapat tiket free tak jadikla nak g tengok.After shopping sket kat dalam JJ,kitorang terus memulakan ekspedisi mencari seoul garden yang sering digembar gemburkan dialam maya.

golap yo tapi nak gak letak

Mulamula masuk kena bayar dulu,sini kira macam buffet la.Macammacam ada!Leh main bakorbakor and masakmasak tomyam.naik pengsan tengok banyak sangat pilihan makanan.Harga opkos kene la pada gayanya rm50 lebih kurang satu kepala,siap campur dengan tax.


sila tengok pinggan2 yang berlonggok tu,anak sapa la yang makan banyak tu

Walaupun mahal,tapi amat sangat berpuas hati,en.asben memang suka sangatsangat.Macammacam benda dier telan.Kira berbaloibaloi la dan kenala dengan tekak orang melayu.Tomyam dier pun sedap.Tibatiba rasa mahu lagi dan lagi tapi kene tunggu besday tahun depan pulak la kot,bisa gemuk bagai dipampam oooo jadi harus kawal emosi.huhuhu

sampai dua round i tibai ini eksrem menajdikan jumlah keseluruhan 6 scoop penuh huhu

i will come again!!=D

Trying to conceive part 3: ivf a.k.a bayi tabung uji

Assalamualaikum!!

Korang sure tahu ape tu ivf kan?Sebenarnya noora tengah resah gelisah,murung,susah hati,macammacam ada.Tapi bagi menghilangkan gundah gulana ni,meh nak cerita pasal ivf.

Watakwatak: makcik F(dapat anak selepas 11tahun berkahwin),makcik S(anak berderet),makcik M(makcik yang ade anakanak paling berjaya,selalu menganggap dirinyer juga berjaya),makcik N(ada anak yang masih belum hamil setelah beberapa tahun berkahwin)

Suatu pagi yang dingin,dibawah pohon tempat suri rumah melepak sesama mereka.

Makcik S: Anak si X tu tak ngandung lagi ke?dier tak g wat rawatan apaapa ke?
Makcik N: Ntahla,tapi sekarang ni macammacam rawatan ada.Anak aku tu dah amik anak angkat,lega sket hati aku ni ha.bahagia dah dia.
Makcik F: yela,bagus jugak.Anak ni bukan kerja sesapa,sume ditangan Allah.Usaha macam mana pun kalau Allah cakap jadi,maka jadilah ia.
Makcik M: betulbetul.
Makcik S: anak si X tak nak wat bayi tabung uji ke?haaaa kak F mesti wat bayi tabung uji dulukan?kalau tak,takkan dapat anak masa umur 40tahun.
Makcik M: Hishhh,pepandai je ngko,kalau si F ni wat bayi tabung uji,kenapa muka anak dier sama sebiji macam laki dia.mana ada bayi tabung uji muka macam mak pak dia.
Makcik N dan S: owhhhh,ye tak ye jugak.
Makcik F: (berkata dalam hati: aku beranak awal 80an,masa tu mana tau pasal tabung uji bagai)

Fakta: Kita boleh usaha dan doa,Anak ni bukan kerja sesapa,sume ditangan Allah.Usaha macam mana pun kalau Allah cakap jadi,maka baru jadilah ia.

Auta: kak F mesti wat bayi tabung uji dulukan?kalau tak,takkan dapat anak masa umur 40tahun.

Konpiuskah Meraka: kalau si F ni wat bayi tabung uji,kenapa muka anak dier sama sebiji macam laki dia.mana ada bayi tabung uji muka macam mak pak dia.


P/s: Nak tergelak pun ada,haiiila makcikmakcik kalau nak bergosip pun g la study dulu deh.=D

Tuesday, November 29, 2011

Tiket free dari TGV!=D

Assalamualaikum!!

Bulan ni ngan disember banyak citer best kat wayang.Antara yang noora dok tunggu ialah Twilight,hari fes tayang noora dah p tengok,huhu.Sekarang dok menunggu nak tengok ombak rindu dan paling membahagiakan bila dapat tiket free dari nuffnang ngan TGV sempena besday hari tu.yeeessszzaaaa!!


Thanks TGV!!me likey=D
Harapharap ombak rindu tak mengecewakan la eh=)

Thursday, November 24, 2011

Thanks untuk semua yang wish besday!Entry ini untuk kamukamu=D

Assalamualaikum!!

Noora nak ucapkan terima kasih sangatsangat kat semua kawankawan,kakakkakak,adikadik,abangabang yang sudi wish besday noora.Rase nak nangis pun ada sebab ramai lagi yang masih ingat kat noora yang bukan sapasapa ni.=)



Thank gak kat blogger femes yang sudi wat entry tuk wish besday noora.Fza ni memang sangat kreatif,blog noora ni pun hasil tangan dier.Thanks dear,suke sangat entry tu.=)



 sayang korang semua ketatketat!!=D

Wednesday, November 23, 2011

momen bukan nama anak kucingku

Assalamualaikum!!

Panaaaas!!entry ni terpantas dari ladang.Noora baru pas balik dari lunch dengan en.asben.Tempat pilihan ktrg lunch hari ni adalah momen kat seksyen 7 shah alam.Ayuh kita bincangkan isu ini*pannng!*

momen shah alam

Sebenarnya ni dah masuk kali kedua kitorang g makan kat situ.Momen ni macammacam ada,ada arabic food,ade fastfood and latest menu is menu budget for lunch,kalau xsalah. Satu pinggan rm5,ada set ayam lepas,keli lemas ngan burung bebas.hehe.giler klaka nama menu dier kan?

keli lemas en.asben punyer

ayam lepas noora punya

Setakat ni,noora memang just cube menu budget tu saja.Xberani nak try lain sebab takut xsedap tapi tadi tengok ada org makan berger macam sedap je maybe lain kali leh try.Okey macam yang noora bitau tadi,ni kali kedua noora makan kat situ,pada pendapat noora rase dier so-so saja.Masa fes time g ayam goreng dier rasa sedap sangat.Tadi tak bape sangat,tapi en.asben kata hari ni punya lagi sedap dari hari tu.huhu.so konpius!hehehe.

Tapi ada harapan la untuk kitrg g lunch lagi kat situ sebab nak gak try menumenu dier yang lain=)

Owh sayang!

Assalamualaikum!!

Ce teka hari ni hari ape?ye ye,opkos rabu.Tapi ada ape dengan hari ni?*rasa nak lempang lajulaju x?*huhu peliss jangan lempang noora dikala besday noora yang ke 16tahun lagi 10tahun tu tambah diamdiam k.=D

Diam xdiam noora dah melepasi suku abad,wahhh terasa diri ni masih kosong dalam persiapan menghadap Allah,explorasi duniawi pulak masih buntu.Banyak benda lagi yang nak dibuat tapi xterbuat,nak dicapai tapi xtercapai.Noora harap sangat dengan peningkatan usia ni noora akan lebih berjaya dari segenap ronggarongga kehidupan.adakah diriku spesis serangga?
hint yang noora bagi=)

Kalau ada yang baca entry pasal contest putries,depa sure tau hari ni secara rasminyer contest tu ditutup.xdak sorang pun teka tepat setepatnyer tapiiiii ade 2 orang yang hampir tepat.Jadi noora decide nak bagi kedua-dua peserta tu sorang satu shawl.Anda akan dihubungi nanti,wait for my email ya!=)

Sebenarnyer en.asben hadiahkan noora kamera canon dslr 450d.Terharu sangatsangat,sebab ekceli en.asben ada tanya semenjak awalawal tahun dulu noora nak hadiah besday ape.noora jawab nak kamera,xkira la macammacam mane pun.Pastu masa raya tu en.asben tanya lagi noora suka dslr ke compact.konfem makcik jawab dslr dengan pantas dan tuntas,tapi xharap sangat pun en.asben belikan sebab taknak susahkan dier.Tapi dier sekejapsekejap tanya,nak dslr yang mane.Noora saje cakap kat dier,noora nak yang 450d sebab angka tu simbolik cinta kitrg yang dalam lingkungan 4 years and half november tahun ni.hehe

ehsan google

En.asben punya la dok pk and cakap,xnyesal ke..xnak 3100 or 1100.Jawapan noora sama sekali x,sebab bukan noora nak jadik photographer pun,pastu saja cakap kat dier nak 450d jugak kalau dier nak belikan dslr,kalau x,beli compact je.Bukan ape,angka 450 tu kene dengan timing untuk ingat relationship kitorang.huhu.Pastu tetiba last month,en.asben bawak balik kamera dslr 450d!dan yang wat noora rasa terharu sangat dengar en.asben bersungguh g mencari stock 450d yang susah dah nak dapat sekarang,padahal kalau belikan compact pun noora dah suka sangatsangat kot.Bila dapat ni lagila noora teruja sangatsangat,fes time dapat hadiah besday mahal mcm ni sepanjang 4 tahun setengah bersama.Tq en.asben,love u so mucchhhh lah=)
ni sy punyyeee.yeaaay!!^_^!!


Weekend ni en.asben nak bawak g makanmakan pulak,can't wait!leh snapsnap pic sampai pengsan=D

Tuesday, November 15, 2011

ice ice baby,emak masak kari,adik naik lori

Assalamualaikum!!!

Ha celah mana pulak emak masak kari,adik naik lori lagila jauh sekali.Nak habaq mai kat angpa,sabtu malam ahad yang hening lagi dingin akibat hujan membasahi bumi noora ngan en.asben telah selamat sampai di iceroom ,The Strand Kota Damansara.Dah lama sebenarnya dok aim nak g situ,dari minggu ke minggu sket lagi nak jadik pinggu lama dah tak tengok kartun pinggu,anda bagaimana?ngeee

Fisrt impression noora tengok building iceroom ni,terus jatuh cinta lalu berkata "wow!"*sila lempang lajulaju*
hijau tu yang wat sojuk yo mato den ni hah

Iceroom ni menu utama dia adalah icecream,macammacam icecream hadooo dan opkos sodap.Menumenu lain ada gak,harga pulak boleh tahan la.Tapi yang bestnya iceroom ni memang best kalau nak lepaklepak samada untuk study,jumpa kawankawan lama atau berdatingdatingan.bagi contoh macam jalanjalan cari makan pulak budak ni.
kartun tu kawaiii la!

suamiisteri=)
ice lemon tea ngan icecream sedap,ape berry ntah lupa
chicken spagetti blackpepper en.asben punyer,sedap sangatsangat!!
spagetti cream apentah noora punyer,xsedaaaaap!!!uwwwaaaaaa salah order cisss!

Memang syokla rileks je kat sini,santai habis.Cuma silap tak tanya sampai kul bape dier bukak,sebab memang layanlah kalau lepak malammalam.Cuma menu lain tu nasib korangla nak dapat sedap ke x.huhu.Tapi icecream dier memang sedap,spagetti en.asben tu pun best!Pas ni korang jangan tanya kenapa kalau noora selalu pergi iceroom.tu pun kalau nak tanyala.hehehe

p/s:join contest noora jom!masa dah nak time ni.hikss=P

Monday, November 14, 2011

Trying to Conceive Part 2 -HSG-

Assalamualaikum!!

Sangat ketinggalan entry ini,bukan xmau share tapi bulan ni agak busy dan boleh tahan stress yang noora hadapi,sket lagi nak murung tau tapi nasib baik banyak sokongan dan doadoa yang membuatkan noora kuatkan hati dan semangat untuk teruskan kehidupan.gaya orang putus cinta pulak.hehehe

Last week,hari khamis noora ada buat appoinment dengan KPJ shah alam untuk wat HSG.Malam sebelum hari khamis tu,noora bukan main lagi mengigau sampai 3-4 kali en.asben bangun untuk pujuk noora.Asik dok mimpi pasal HSG tu,sekejap mengigau nangis,sekejap marahmarah.hehehe.padahal tak fikir sangat pun tapi tak tau la kenapa dok masuk dalam mimpi.haiiish!
ni pun masuk dalam mimpi.huhu

kpj service.boleh tahan.boleh dibawak berbincang kalau nak beranak kat sini.hehe.insyaAllah=)

Esoknya pagipagi dah gerak g KPJ tu.Dalam perjalanan g sana en.asben tanya "sayang berdebar tak?" noora jawab "biasa je".Pastu en.asben cakap "Abang yang berdebar ni,risau kat sayang".huhuhu.Lepas dah register semua,tunggu dalam 20minit macam tu,dorang pun panggil masuk untuk wat HSG.Time ni baru datang debaran tapi boleh senyum snapsnap gambar lagi.
orang yang berdebar-debar

orang yang rileks kekonon

Bila masuk tu,kena salin baju semua pastu siap sedia untuk di"kerja"kan.Nasib semua perempuan dalam tu.Mulamula tenang je,zikir dalam hati banyakbanyak,dier cuci dulu X tu pastu start masukkan benda alah (xtau nama sila rujuk google atau youtube) tu dalam X.Start skru alat tu kat X,terasa macam skru kat motor ye masa tu.sakit+ngilu tapi kuatkan hati,banyakkan zikir pastu masukkan dye dalam X,perrrggghhhhh!noora dah start mengerang.rasa nak yak pun ada,rase ngilu,senak,sakit macammacam la.nasib nursenurse rajin memujuk.Tapi air mata dah nak mengalir,betul kata kawan my sis,rasa nak tendang je doktor time tu.sakit sangat,sapasapa yang nak buat HSG,noora bukan nak takutkan korang tapi better korang prepare mental and fizikal,sebab bukan semua orang sama.Bagi noora HSG memang sakit sampai hari ni masih fobia dan nangis bila ingat balik.=(
kemain siap tangkap gambo,pas dah siap HSG,camera pun dah xnak ingat katil kat uma je!

Selepas dah selesai amik xray semua,noora bangun nak salin baju.Time tu dengan sakit yang kuat tambah pulak dengan keadaan yang sejuk noora dah mengigil sangatsangat memang rasa nak pengsan sebab mata dah hampir terpejam,tapi cepatcepat kuatkan semangat salin baju cepatcepat pastu keluar.Terus menyandar pegang tangan en.asben.Cuak en.asben tengok noora,memang xberdaya.Syukur sangat ada en.asben yang sangat memahami dan jaga noora.Thanks mucuk!Ingat lagi katakata en.asben bila noora ngadu nape perempuan punya test je yang banyak dan sakit,lelaki senang je,en.asben jawab dengan lembut,ringkas dan padat "pasal tu la perempuan senang masuk syurga sayang"Terus terdiam dan bersyukur pada Allah.=)

Memang rasa lemah satu badan,seharian tu tido saje hari tu,jalan pun slowslow je.Esoknya masih cramp tapi dah leh senyum+sengeh+gelak.Spotting blood pulak keluar 3hari.Fobia masih ada dan selalu noora doa "Ya Allah biarlah sakitku selepas ini hanya sakit melahirkan cahaya mata,bukan sakit di"kerja"kan macam ni lagi."

Sekarang ni risau+takut untuk tau keputusan semua testtest.Doakan yang terbaik untuk noora dan en.asben ye.Terima Kasih kat family,jiranjiran,sedaramara,kawankawan dan group qariah my sis yang sudi doakan noora ngan en.asben supaya dapat zuriat cepat2,terharu sangatsangat!Terima Kasih ya Allah!Siap ada bagi petua yang sangat mudah.Kalau berjaya petua tu nanti noora share dengan semua orang ye=)


(Ya Allah,kurniakanlah zuriat yang ramai,sihat,cukup sifat dan soleh kepada Noorafidah binti Hussin dan suaminya.Datangkan rezeki itu kepada mereka dengan segera.amin)


Thursday, November 3, 2011

Retak menunggu belah,kurelakan kau pergi

Assalamualaikum!!

Noora dah xsanggup lagi.Xtau nak wat pe dah.mungkin ni jalan penyelesaian yang baik untuk en.asben dan si dia.Noora relakan=(





motif tayang kaki?





Giler,xyah saspen sangatlah!ni haaa setelah dekat setahun cermin kete en.asben retak baru skrg dier nak g ganti baru.padahal de insurans cover pun kemain liat nak tukar sampaikan pakcik dikejiranan sudah 187kali tegur.huhuhu.

bye cermin lama!jasamu dikenang
pesona kembali hensem+macho=P
 Pengajaran dari entry ni: Jangan wat cerita kalau xtahu hal sebenar=D

Trying to Conceive Part 1

Assalamualaikum!!

2/11/2011,hari ni noora dengan en.asben dah nekad nak g checkup dan memulakan rawatan kat LPPKN.Pagipagi lagi kitrg dah gerak g LPPKN Shah Alam.
LPPKN Shah Alam

Sesampai je kat situ,xsempat nak bernafas,nurse-nurse dah suh ktrg timbang dan ukur tinggi,nak check BMI.Pastu suh duduk check tekanan darah semua.segan toksah cakap,mane tak nye,dekat 5-6 org nurse kerumun kitorang.apekah nasibku ini,macam artis pulak rase.Dorang ni nurse praktikal tu yang semua dorang nak tgk.Tapi nasib baik,pas dah amik bacaan semua pegawai perubatan tu halau dorang semua keluar.huhuhu.Masa ni dier bagi consultation sket,dan bermula la episod ujianujian di bulan ini.
macam kad pinjam buku kat library=P


1.
Keputusan BMI noora:23-good,xkene komplen.
Keputusan BMI asben:28-terlebih sket ni(PP tu bitau macam ni)
Keputusan tekanan darah:good-alhamdulillah
Keputusan tekanan darah asben:tekanan darah rendah,PP tu kata patut umur 40tahun punya bacaan ni.huhuhu.apekah ini berkat noora selalu cakap en.asben orang tua?owh kesian pulak.hehehe.

Tapi ni semua xde pape,semuanya ok untuk stage ni.alhamdulillah=)
Cost**register+ consultation=rm50

2.
Pagi tu jugak terus g wat blood test noora untuk FSH/LSH (jangan tanya ape,sebab i pun xtau),result nanti terus pos ke LPPKN.Kebas gak la tgn sehari,almaklumlah,fes time kene amik darah.manja-manja ubi sket.ngeee=D
Cost**rm45.50

first time nehh!*_*

Next TTC schedule:

 5/11/2011-semen analysis(asben)
10/11/2011-HSG kat KPJ shah alam(paling takut)(noora)
19/11/2011-go n9(traditional treatment jap,sambil jalanjalan.hehhe)
23 or 24/11/2011-blood test lagi (noora)
1/12/2011-appt.with dr.ismail thamby

kad,semen test form,resit blood test1,hsg form,resit daftar and blood test2 form

Sekarang ni takut je nak hadap HSG tu,xsangka secepat ni.PP tu siap pesan jangan drive lepas wat HSG,sakit sket,tp tahan ye,proses makan masa 45minit-1jam,mungkin bleeding sket,perut akan cramp sket.rehat sehari dua,pastu usaha keras(okeh part usaha keras tu noora yang tambah,hehehe).

Cuak gak sampai xlalu makan semalam,en.asben siap menung bila tgk video kat youtube,pastu cakap "xyah wat la,abg risau kat syg",xpelah en.asben anggaplah ini pengorbanan sy untuk awak.sy nak jadi isteri yang sempurna untuk awak.awak ada dengan sy dah cukup bagi kekuatan kat sy.lagipun selain x-ray,HSG jugak membantu membersihkan kotoran kat rahim,ramai yang pregnant pas wat HSG.(motif:sedapkan hati sendiri)=)

K nanti noora cuba update lagi ye,doakan yang baikbaik saje ye=)

(Ya Allah,kurniakanlah zuriat yang ramai,sihat,cukup sifat dan soleh kepada Noorafidah binti Hussin dan suaminya.Datangkan rezeki itu kepada mereka dengan segera.amin)




Trying to Conceive Part 0

Assalamualaikum!!

Alhamdulillah,Allah bagi noora kekuatan untuk membuka satu slot untuk TTC.

Haaaaaaa,biar noora senaraikan dulu apa yang pernah noora usahakan selama setahun penantian ni.

1. Asid folic
2. kurma ajwa
3. Pearl kacip fatimah (feberet ni)
4. buah zuriat (bekalan dah habis,sape g mekah tolong belikan boleh?huhu)
5. air zamzam
6. 3kali mengurut

Semua dilakukan dengan doa yang xputusputus.En.asben ngan family sangat memberi sokongan.jiranjiran pun sama,tapi lumrahlah pasti ade juga yang mengata macammacam.airmata murah betul lepas kawen ni.setiap kali Miss P mau datang,mesti airmata bercurahan.En.asben la tukang pujuk yang paling setia.Tak pernah putus asa bagi semangat.Alhamdulillah=)

Noora harap,slot TTC noora ni sedikit sebanyak dapat meringankan kepala yang semakin berat dengan soalansoalan tentang zuriat.sesungguhnya Allah juga yang menentukan rezeki itu.InsyaAllah dengan izinNya kita semua dikurniakan zuriat yang baik.Noora yakin rezeki untuk noora akan sampai xlama lagi.InsyaAllah,amin=)

(Ya Allah,kurniakanlah zuriat yang ramai,sihat,cukup sifat dan soleh kepada Noorafidah dan suaminya.Datangkan rezeki itu kepada mereka dengan segera.amin)

Tuesday, November 1, 2011

laguku untukmu

Assalamualaikum!!

Nak tuju lagu boleh?tak de maknenyer.Macam mana cara korang menilai sesuatu lagu ye?adekah bile dengar muzik,lirik atau vokal bukan sekadar rupa?gile banyak soalan minah ni.

Noora ni suka menganalisis lirik lagu.kalau lirik lagu macam hampeh konfem noora akan rejectkan lagu dari feberet list,tapi konfem susunan muzik tu sendiri harus syok baru leh layan.perasan ajai jap.

Dan wat masa ni,rase lagu forteen ni mempunyai susunan muzik yang baik,lirik juga baik dan vokal bukan sekadar rupa yang baik.senang citer noora suka lagu ni.haaaaa kan senang terus terang dari td!

 sila hayati bait lagu ni:

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Lagu ni saya tujukan khas untuk en.asben dengan sedikit kata-kata:

Maafkan syg sebab masih belum mampu melengkapi cinta kita,masih belum dapat menjadi ummi untuk zuriat kita,masih selalu melakukan kesilapan yang menyakitkan hati abg.syg tau,syg banyak menyusahkan abg,dari first kita jumpa sampai skrg.tapi syg nak abg tau,syg sayang abg sangatsangat,harihari syg usaha jadi isteri yang baik dan syg usaha gak nak jadik ummi untuk zuriat kita.Allah sedang menguji kita, barangkali juga ada dosa kita yang Allah nak ampunkan dengan turunnya ujian ini.syg harap abg sabar dan kuat hadapi semua ini dengan syg.syg xda sapasapa melainkan Allah,abg sebagai suami dan emak.Setelah perginya arwah abah,abglah satusatunyer lelaki dalam hidup syg.syg perlukan abg sangatsangat sebagai mana syg perlukan jantung untuk bernyawa.Andai tiada lagi cinta untuk syg,biarlah syg pergi jauhjauh.

*
*

sedih lak tetiba ucapan ni,lepas en.asben bace ni,noora yakin dier tak terharu punyaaaaa tapi dalam hati dier xtau la kan,dan pasti dier akan cakap dengan nada mengediks "syg nak g mana jauhjauh tu,abg nak ikut.." =,=".