Thursday, May 19, 2016

Rumah Ipoh Kami

Assalamualaikum,

Rumah.

Apa first impression yang orang akan bagi kalau kita bercerita pasal rumah, lagi-lagi rumah dekat area Selangor yang harganya bagai nak pitam.

Actually, perkara pertama yang patut korang fikir sebelum beli rumah adalah:

rumah impian ke yang di cari?

rumah untuk masa depan atau sekarang saja?

rumah untuk aset anak-anak?

Macam saya dan suami, memandangkan rumah kat selangor ni rumah pusaka yang insyaAllah akan diwariskan kepada saya, maka saya dan suami decide untuk mencari rumah yang menjadi idaman kami. Rumah pusaka ni two storeyhouse, sweet-sweet je saiz..rumah teres rakyat biasa-biasa ja awak,tapi cukup selesa dan mententeramkan hati dan sanubari.

Memandang setelah riki-riki dengan bank, loan kami boleh lepas dalam RM350K sahaja (gaji tak banyak masa tu) dan berbekalkan duit epf dan sedikit personal loan sebagai tambahan untuk duit muka dan duit persiapan rumah,kami pun plan sehabis baik untuk dapatkan rumah idaman kami.

So,  rumah yang diidamkan adalah yang mempunyai ciri-ciri di bawah:


  • kawasan luas,senang cakap ada tanah. Nak bina rumah sendiri, takda tanah pulak. Kalau ada pun nuuuu tanah RM3 sepeket.hahahaha
  • nak rumah yang siap dibina
  • dekat dengan pelbagai kemudahan macam shopping mall, kedai 24hrs (Sebab saya tak suka sunyi, saya takut, penakut, dan kawasan yang sama waktu dengannya)


saya letak rumput karpet tumbuhnya jua rumput betul,tips nya sila sembur racun rumput dulu

Kami dah pusing abis satu selangor ni dok cari rumah (mak ayah kami dok selangor, saya klang, asben sungai buloh) dan hampir 2-3 kali kena tipu dan hampir burn RM10,000.00, kami pun naik give up.

Tetiba tercetus idea nak cari rumah kat Ipoh! 

Dengan berbekalkan tekad dan azam yang kuat macam iklan MILO kami pun meredah highway selama 2 jam untuk g cari rumah. Pergi dari pagi, usha punya usha punya usha, kami pun terkenan kat sebuah rumah berkembar yang berkeluasan 48x80 dengan binaan 35x70 yang dah siap bina, lengkap dengan kemudahan pagar auto dan grill untuk semua pintu dah tingkap. Kebanyakkan rumah kat Ipoh memang siap build in macam ni ye, jauh beza dengan rumah kat Selangor yang togel-togel je semua.huhuhu.

DAN

Paling penting rumah tu belakang AEON Klebang, berhampiran dengan klinik 24hrs, kedai makan 24hrs, mcD dan macam-macam lagi. Masjid pun besar dan dekat dengan rumah. Klebang ni kawasan yang baru naik. Mungkin dalam 4-5 tahun lagi akan pesat membangun macam bandar bukit tinggi la kot....kot la...tu pun kot la eh, kita hanya mampu berangan.hahahaha

Dengan harga yang menghampiri RM400K kami pun ayo mat get set go! setuju membeli rumah tu, lepas loan lulus dalam tempoh sebulan....dapatla kunci kejayaan. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Buat masa ni kami hanya menyewakan rumah tu sebab banyak tanggungjawab dan hati yang perlu kami jaga sebelum decide untuk berpindah ke Ipoh, mungkin 5-10 years lagi kot....rumah rehat untuk hari tua bersama anak dan cucu kalau panjang umur....angan-angan tak salahkan?hehehehe.

rumput karpet tiruan je, tak lalu nak jaga yang original.hehehe


Ramai juga yang kecam (amboi ayat) yang tanya-tanya kenapa beli rumah jauh sangat. Luar dari Selangor kira jauh la tu dengan family kami. Hanya kami yang tau kenapa kami buat keputusan macam tu. Sebelum beli banyak benda yang kami dah review, baca, buat kaji selidik,harga pasaran akan datang dan macam-macam lagi. Segala bank kami p jelajah korek rahsia rumah,tanah dan pasaran andai kata satu hari nanti kami bercadang nak jual pulak rumah tu. So biar jela persoalan-persoalan yang timbul dengan labi-labi nya. Hanya kami yang tau apa yang kami nak, apa yang kami idamkan. 


penat je aku buh tv, penyewa siap bawak tv 6o'. Nak bawak balik kang kate buruk siku.ceit. awat lampu nampak buruk dalam gambar taktau la.hehehehe.

ruang tengah a.k.a ruang makan. Brader tu tengah cucirumah. Kene RM350 oi. Nangis bayar, nasib pregnant time ni, kalau tak gigih aku cuci sendiri kot, mahalkan. Ke memang macam tu harga dia?ek?ek?

Apa-apa pun, segala yang ada di dunia ni hanya pinjaman sementara dari Allah. Kita hanya mampu merancang, jadi rancanglah sebaik mungkin. Berdoalah supaya impian yang indah...Allah makbulkan sementara kita hidup di dunia. Harta dunia semua tak bawak ke akhirat kan.

Sekian ustazah mintak diri dulu, anak ustazah ni dok sibuk ammmakkkk, ammmmmakkkkkk dari tadi sambil menjilat tapak kaki ustazah, tau la syurga mu nak, tapi xyah la jilat...ommi xmandi lagi ni.bahahahaha.k bye!


anyway ni citer hujung tahun 2014 bhaiii, dah dekat setahun lebih pun orang sewa. hehehehe. Saya memang suka terokbek, saya kan sweet. Thanks!hahaha

Monday, May 16, 2016

Menu Sahur a.k.a Menu Berpantang

Assalamualaikum,





Melihat kepada gambar yang segan-segan pilu berserta tajuk konterbesi korang mesti rasa terdetik dalam hati, 

gila apa ni...mana ada orang pantang makan telur?

Ha..rileks dulu kakak-kakak,adik-adik meh saya nak cerita.

Nama dia Telur Masak Asam, tapi kalau yang tengah berpantang tu,hangpa tukaq sket jadi ikan tenggiri masak asam ka..ikan apa-apa yang hangpa rasa syiok nak makan pun boleh takdak kena saman. Cuma hangpa goreng sket la ikan tu kasi enak lazat berkrim. 

Okeh Bahan-Bahan yang nak kena bahan adalah seperti di bawah:

Bawang merah
Bawang putih
cili kering/cili merah (ikut suka hangpa,biasa kalau berpantang buh cili kering)
asam jawa
garam
penyedap rasa (saya guna haji naik motor superbike,skeeeet saja)
Ikan bilis 3-4 ekoq (ikut hangpa la sebenaqnya nak buh banyak mana)
Telur goreng dadar dipotong mengikut kreativiti anda


Cara-cara:
Kalau tak pantang,hangpa boleh tumis,kalau berpantang jangan tumis
Hangpa masuk ja semua bahan (takkan la bawang dan cili tu xpotong...potong dulu na jangan dok buat bendul sangat)
Masuk Ayaq
Ejas garam,perisa,asam jawa setulus rasa tekak hangpa
buh telur dadar



Tadaaaa siap! Maka sambil pejam mata pun tekak hangpa boleh lalu nak terima time dok sahur. Kalau yang had rajin hangpa buat la sambal ikan ka, ikan bilis goreng ka...lagi laju la makan.

Okey saya dah rasa macam rancangan ALONG yang segmen masak tu,resepi senang gila pun nak share...bhahahahaha...

tau ahh kite sweet awak..xyah puji k...bye!!hahahaha

Friday, May 13, 2016

Hei Awak!

Assalamualaikum,

Perlukah saya kenalkan diri semula?Ok.

Nama saya Noora. Suami ada sorang, anak ada dua ketul dah. Sorang dah 2tahun 6bulan, sorang dah 7bulan. Oh my Allah, lamanya tak update blog. Malas tahap bukan main-main tau, tahap dewa dah malas dia. Kalau la blog ni boleh bercakap,dia akan cakap "apa yang kamu buat pada saya ini..jahat" Macam tau tak dialog ni. Ada apa dengan cinta dong...kok kamu enggak tau sihhh....waduh gawat ni....Hahahahaha.

Macam pelik, tetapi benar tiba-tiba angin nak menulis datang. Siap rajin buat baru nak bagi nampak fresh walau hakikatnya fresh ke??bahahahahahaha.Masih dalam construction lagi,jangan kecam sangat k dan kalau korang ada idea nak curahkan bagi lawa sket ke nak komen kaler sakit mata ke,sila la komen ye, saya akan cuba baik pulih blog saya yang suam suam sirap ni.

Saya gak nak buang post-post yang kurang enak di masa yang lalu (belum sempat tapis dah terbuang banyak tadi. Choiii betul!).

Okeh harap hormon malas update akan go go away. Tunggu next post eh,kalau nak tunggu la...kalau xnak kite xpaksa...kite sweet orangnya.miahahahaha.bye!