Wednesday, February 29, 2012

feb3:Final seprais untuk mucuk macin

Assalamualaikum!!

Wooah,walaupun mood agak kelautan api tapi noora tetap melawan onak duri untuk mengupdate entry ni supaya ia tidak basi dan ditelan masa.*pannnggggg*lempang lajulaju cepat!

Begini alkisahnya,bagi melengkap bulan febuari dengan edisi sepraiskan en.asben,noora dengan bersungguh-sungguh sepenuh hati dan perasaan berserta airmata memohon en.asben amik cuti pada 24/02 baru ni.Tapi memandangkan en.asben memang busy mengalahkan obama dengan projek baru dia tu dan dalam masa yang sama kesian kat isteri yang sudah menangis beriya dan merajuk bertempat telah pun berjaya mencutikan diri selamaaaa 1/2 hari tu pun henpon tak lekang kat telinga dan mulut xbenti bercakap pasal kerja.Isteri disebelah umpama patungT_T

Noora bitau noora just nak belanja dia makan-makan tapi sebelum tu kena singgah uma "tokey perfume" kat TTDI kl.So,lepas solat jumaat kami pun g la mencari rumah "tokey perfume" tu.Dalam keadaan hujan lebat kemain,bibik "tokey perfume" keluar hantarkan "perfume" yang noora order.

Ni "perfume"nya...
happy 28th my sayang!
dalam dia mcm ni,rainbow cake hehe..pic cake en.asben yang dah potong da kat camera anak buah,lupa nak amik+_+
Memang sangat best+sedap+besar+puas hati.Noora order kat kak Nurhuda samsudin.Sila la tengok kat fb dia,rasa nak tempah semua.huhuhu.Ehem!!maka ter seprais la en.asben tengok "perfume" ni.=D

Pastu kitorang g makan-makan kat syamille steak house kat usj21.Sesapa yang minat steak bolehla layan steak kat sini.Sedap plus daging-daging semua fresh,takdak frozen-frozen.

stirlion steak rm39-sedap,fresh,enak,jenuh nak habis-noora punya=D

lamb steak rm28-sedap,enak,en.asben berjaya habiskan dgn noora punya sekali,dia kata noora nya steak lagi sedap=P
Jus epal yg sgt3 sedap!!perfect 10!tak pernah rasa sesedap ni^_^ -rm2.50 je!masyukkk sangat wehhh

Malam tu pulak kami pakat layan adnan sempit 2 yang memang kelakar dan sangat best.







To en.asben,

Ini saja yang mampu sy bagi kat awak.Segala seprais,aturcara bulan febuari ni sy dah rancang sejak dari januari.Bertungkus lumus perah otak dan mengumpul gaji yang tak seberapa ni untuk mengembirakan hati awak.Satu je sy mintak,please don't break my heart.Kejujuran,kesetiaan adalah kunci dalam ikatan perkahwinan.Sy tau sy belum cukup sempurna sebagai isteri,sy masih banyak kekurangan tapi sy nak awak tau yang sy tak pernah jemu untuk membahagiakan awak.Sy selalu doa jodoh dan kebahagiaan kita kekal dunia akhirat.Awakla satu-satunya lelaki dalam hidup sy sekarang,sy dah takda sesapa wak...sy merayu...tolong jangan buat sy menyesal dan jangan buat sy rasa sia-sia setia dan sayang kat awak.Harap awak betul-betul-betul-betul-betul tak menyakitkan hati sy lagi dan sy beri awak peluang sebab sy percaya manusia boleh berubah jika diberi peluang.Tapi,awak kena tau yang peluang tak datang selalu.Sy manusia biasa,ada hati dan perasaan.Hargailah dan sayangi sy sebagai isteri,sebagaimana sy sentiasa hargai dan sayangi awak sebagai suami.Setiap titik airmata isteri,ada perhitungannya..Sy selalu harap dan berdoa,agar tempat sy dalam hati awak selalu ada dan tak pernah goyah sedikit pun....selamat ulangtahun sayang...

TTC:Mood Ke Laut

Assalamualaikum..

Noora takda banyak nak cerita,cuma nak bitau.

TTCians Group dimana-mana saja adalah bermaruah,kami meluahkan segala perasaan,pendapat,pengalaman pahit dan manis dalam satu blog atau slot yang dinamakan TTC (trying to conceive).Kalau anda rasa anda TAK SUKA,BENCI,MELUAT nak baca pasal hal-hal TTC sila jangan baca.Senang je nak tau,bila ada tertera tajuk or slot TTC jangan gatal tangan klik.Anda juga sama sekali tidak digalakkan buka blog atau slot TTC jika hanya sekadar ingin menyakitkan hati,menyumpah seranah,mengutuk mahupun mengata.SEKIAN.

P/s: Mood betul-betul takda.bye!

Tuesday, February 21, 2012

TTC:Alkisah EWCM monitoring

Assalamualaikum!

Hai puanpuan gojes sekalian,2-3 hari tak BW rupa-rupanya banyak berita gembira dari rakanrakan TTC.Tahniah ye.=)

Noora nak story sket pasal ewcm ni,disebabkan bbt menemui jalan buntu akibat malas,noora dok la perhatikan ewcm.Itu pun baru-baru je tau,sejak bulan 12.Setelah 3 bulan dok perati tanpa jemu,noora dapati memang dia akan muncul pada CD15 menuju puncak ke CD16.eh eh macam akedemi fantasia pula=P

Jadik sempatla berBD hari tu *blushing*,selebihnya Allah yang menentukan.Kalau ada rezeki Allah nak beri,alhamdulillah.Noora gak dapat kesan yang CD17 dan selanjutnya ewcm memang tak keluar la.Memang tempohnya 24-36jam sekaligus hari subur noora memang jatuh pada 14hari sebelum next cycle.Alhamdulillah=)

Tapi yang menjadi kerunsingan dan ketakutan ialah selepas bersama,ada lendir coklat keluar.Tak banyak,tapi ada (1 PL jugakla).Bulan-bulan sebelum ni tak pernah pulak macam tu.Kenapa ye,efek makan madu+habatussauda ke?atau epo?risau risau risau.Patut ke noora buat ujian pap smear?risau kuasa dua disini.

Hari ni dah CD20 dan pagi tadi en.asben berjaya langgar lubang kat shah alam ni dengan kuat dan jayanya.Puasla nasihat,tapiiiiii alasannya tak sengaja.Noora taktau nak buat apa dah,hanya tawakal.Kalau ada rezeki buat kami ya Allah,Kau peliharalah ia,kuatkan ia,jadikan ia zuriat yang sempurna dan baik.Ya Allah,padaMu ku berserah.amin.

p/s:patut x noora g check pasal lendir coklat tu?=(


Friday, February 17, 2012

BluesDay!2:Bukit Cerakah-Taman Haiwan+abang-abang kecik

Assalamualaikum!!

Mari kita sambung lawatan ke taman haiwan.Sebenarnya objektif kitorang nak masuk rumah 4musim hancus sebab rumah itu ditutup untuk persediaan musim bunga.Memang dasar dengkikan.Rasanya sebanyak2 kali pergi situ,ada la 2kali je kot dapat g time musim salji dan musim paling teruk ialah musim luruh,sila jangan pergi sebab bila masuk memang sakit hati.Buang duit je.huhuhu.

Ok,kat sini taman haiwannya takla macam zoo negara nun.Sketsket je binatang yang ada pun.Meh tengok 2-3 spesies binatang yang sempat noora snap,yang lain tak sempat g sebab dah pancit gilos.Rajin benar jalan kaki sapa suruhkan.huhu.

kuat ngorat ini bebird
landak
kuda yg budget hensem
Lepas je keluar dari taman haiwan,kitorang pun berjalan terus ke main entrance,tak larat sangatsangat.Rasa dah turun 3kg kot.Sebaik saja nampak kedai makan kat pintu masuk tu,kitorang pun selamat menjamu selera dengan lahapnya dan berjaya tambah 3kg yang hilang tu.hehehe.

Masa tu baru pukul 11 pagi.Call en.asben tanya dah sudah ke belum.Dia kata belum,pukul 2 baru betul-betul habis.Oh my Allah!3 jam lagi tu.Maka terpaksala kami berdua ni jadik penunggu setia kat tempat orang menunggu bas dan secara tak langsung jadik kaunter pertanyaan dan pusat jagaan bayi.hehehe.Mari kita lihat calon-calonnya=P

fatin bersama adik angkat baru,ayong nama diberi=D
si hensem tapi garang,hadziq,sempat bagi dia makan roti cekelat,garang2 tapi ngap laju!hehe
baby amy sibotak,anak angkat 2-3jam.baru 7bulan++.besar sok nak jadik amy search eh sayang;)
I wish one day,i will hold my own child like this.=)
Dan keputusan yang ditunggu-tunggu......

muka pengkalah=P

muka pemenang,yela korang xbawak perut lagi.boleh la kayuh beskal lajulaju*backup en.asben*hehe

Last Picture








baby amy pun pakai biru yawwww!

Psstt..tau tak apa en.asben komen tengok picture noora dengan baby amy ni.Dia cakap "Abg tengok baby ni dgn syg dah sama besar"T________________T

BluesDay!1:Bukit Cerakah/Taman Botani/Bukit Cahaya Seri Alam

Assalamualaikum!!

Ini bukan entry blue eh,jangan salah faham.huhu.Noora nak update pasal sesi lawatan sambil belajar ke BC.Sedari kecik noora memang dah biasa g sini,almaklumlah noora ni kan anak jati selangor.eceh saja nak inform sebab baru2 ni kan selangor menang bola.hiks=D.
 
Ekceli masa maulidur rasul yang lepas,company en.asben boleh plak g wat Treasure hunt!apakah itu company.Hmmm tapi nak tak nak kena gak la pergi sebab en.asben dah kemain eksaited siap belikan tshirt biru sebab suruh sokong team dia.Noora sebenarnya malas nak ikut tapi mengenangkan boleh gak tengok2 salji kat rumah 4musim noora pun setujula.

Dalam pukul 8.00pagi kitorang dah terpacak depan tu menunggu BC bukak.Plan nya,en.asben dengan anak buah noora yang kerja dengan en.asben akan g Treasure hunt dan noora ngan anak buah noora yang perempuan akan g merayap dalam tu sampaila dorang settle game.

en.asben pregnant twin with no due date=P

my anak buah with his red team,semua baru lepas SPM=)

Bila BC dah bukak,kitorang pun separate.Sedih,apa barang jalanjalan tanpa en.asben=(.Tapi nak buat macam mana,pasrah jela.Mulamula kitorang naik bas sampai kat empangan hujung sekali.Kat sini disediakan makanan ikan percuma,kita tolong bagi makan je kat ikan-ikan tu.=)

si fatin,kemain berani g sampai tengah tu..kalau jatuh maksu tolong tengok je.hehe
 Lepas dah puas bagi ikan makan,kitorang start berjalan kaki kebawah.Penat ya ampun!

kekasihku dijalanan yang berliku...owhhh~
mcm bentuk love sket anak sungai ni=)
pucat lesi,penat gilos dah berjalan
segar mata memandang=) Next entry:Taman haiwan^_^





Thursday, February 16, 2012

TTC: Alkisah susu kambing+kurma

Assalamualaikum!

Ahhaaa!Rasanya ramai dah tau pasal tips yang ustaz bagi untuk para ttcian sekalian iaitu susu kambing+kurma.The story is en.asben yang mucuk lagi macin itu sangatla tidak suka minum susu.Payah kemain nak pujuk dia minum susu apa-apa.Noora ada gak belikan pil susu kambing untuk dia.Tapi pil tu hanya tinggal kenangan,adala dalam seminggu je kot dia telan pastu up up away!noora gak yang telan sebab tak mahu bazir.hmmmppppphhhhh!

Maka disebabkan nak jugak mintak en.asben minum susu kambing+kurma ni sekali ni je,noora puas la memujuk dia,bulan lepas rasanya.Tapi semalam pagi baru noora buatkan,noora blendkan pastu letak ais sket then ajak en.asben minum.Dia tanya,"air apa ni sayang?".Noora sebagai isteri yang baik terpaksala bohong sket,noora kata "air biasa je,sedap..coklat+kurma".En.asben buat muka pelik,pastu dia amik gelas lain isi air kosong penuh-penuh.Lepas je dia baca doa dan minum susu kambing+kurma tu,terus dia teguk air kosong lajulaju.hehehe

Dalam 15minit lepas tu,baru noora bitau tu air susu kambing+kurma,sorry sebab kelepet dia.hehehe.Tapi dia kata dia dah tahu dah.Mustahil la air coklat macam tu lagipun dia ingat noora penah pujuk dia pasal suh minum air tu.hahaha.sorry en.asben,sayang awak kuatkuat.Thanks a lot!

En.asben ni memang sangatla liat balak+ngada nak makan suppliment or susu or apaapa ubat.Pernah dulu masa minum air buah zuriat,dia termuntah terus.T_T.Noora gak yang telan je segala jenis ubat demi anakanak ku sayang *mummy mahu kamu sayang..pleaseee!*


(Ya Allah,kurniakanlah zuriat yang ramai,sihat,cukup sifat dan soleh kepada Noorafidah binti Hussin dan suaminya.Datangkan rezeki itu kepada mereka dengan segera.amin)

Wednesday, February 15, 2012

feb2:Seprais untuk kekasih dunia akhirat

Assalamualaikum!!

Rentetan dari feb1,mari noora sambung feb2 punya story pulak sebagai kenangan untuk anak-anak kami dimasa hadapan. Dimana bila dorang baca nanti dorang akan kata "baiknya mommy kita kan,selalu bagi seprais kat daddy" eceh merancang masa hadapan nampak!


Okeh back to line,sebenarnya noora taktau lagi nak bagi hadiah apa kat en.asben.Dalam otak ada gak la rasa nak bagi hard disk saja untuk dia sebab gaji diriku yang tak sebanyak dirinya lalu terbatasla pengumpulan wang ituuuuw.

Nak dijadikan cerita,hari sabtu lepas,anak buah noora beli henpon baru dan noora tetiba rasa nak belikan mak henpon,henpon murah je pun,bagi mak training dulu sebab ni fes time dia pakai henpon.hehehe.Sambil dok servey henpon mak,kitorang pun saja dok servey harga xperia10 ngan neo v.Noora pasrah tapi dalam hati doa janganla en.asben mintak hp xperia10 ngan neo v sebab noora xkenan.Siap cakap,"baby kita beli cikai2 dulu xyah beli hp tu,t baby dah dapat bonus ke dapat kumpul duit ke baru kita beli yang memahal k?".En.asben pun cakap "ish,abg bukan nak beli hari ni pun,saja tanya-tanya".

bentuk sama mcm vivaz pro,tahun lepas beli vivaz 1000++,skrg dah 400++ je T_T

Jalan punya jalan,sampai la kat satu kedai apeks ni, tanyatanya dia cakap "u angkat ini iphone la,lagi banyak bagus dari xperia10 sama neo,tambah sket saja maaa".Dalam hati rasa nak tepuk je kepala apeks ni,tapi tanya gak itu ini.Dan noora jadi nak sangat beli bila apeks tu sanggup turunkan harga hampir 300lebih dan sanggup amik henpon lama yang dah rosak speaker tu dengan harga tinggi gak.Memangla Centrepoint Klang tempat terbaik untuk beli henpon.Dari zaman henpon baling anjing lagi kot kitorang satu family jadi pelanggan setia kat sini.Umpama aur dengan tebing.

Walaupun noora terpaksa meningkatkan budget hadiah besday en.asben kepada 2xganda (termasuk belanja makanmakan spesel bulan ni,jadi 3xganda kot.huhuhu.) tapi takpe,asal en.asben gembira dan memang sangatla mengejutnya hadiah itu sebab dia ingat noora acahacah je tanyatanya kat kedai tu,sekali terus deal nak beli!Jangan cakap en.asben seprais,noora sendiri pun seprais sebab boleh selamba beli.Apeks banyak pandai maaaaaaa.kayola ko apeks oiii.

anak2ku ini ipongggg daddy tapi bukan the latest one,kalauye,mencungap mommy ko nak oii

Tuesday, February 14, 2012

feb1:bulan ini bulan dia-Big S Burger at That Little Gerai

Assalamualaikum!!

Macam title lagu dangdut pulak dah kan,hehehe ekceli bulan ni noora sangatla meraikan en.asben.Memandangkan bulan ni en.asben menyambut besday yang ke-28.Kalau diikutkan tahun memang kami selang setahun je,tapi kalau ikut bulan..en.asben tua 22bulan dari noora.Wah nampak tak makna disebalik penerangan diatas?itu la motif untuk memberitahu en.asben semakin tua,eh eh  dewasa =P


Alkisahnya sebagai isteri yang memang tak pandai nak buat seprais,maka noora pun bercadang untuk meraikan besday en.asben setiap hujung minggu dalam bulan febuari ni bermula dari minggu lepas.Walaupun en.asben sangatla busy sebab minggu lepas orang cuti 4hari tapi dia kerja,noora tetap gak nak dia happy lalu dengan pantas dan tuntas ajak berjimba kejap lepas kerja^_^


Feb1: Makanmakan di That Little Gerai  dekat AU5 taman melawati,betul belakang Giant.Tempat ni pernah masuk dalam rancangan Best In The World.Kedainya bukan main kecik.Tapi serve dia tiptop!Paling best memangla makanan dia.Kitorang order Big S burger,harga rm 14 sebab add mushroom and blackpepper.Memang sangat SEDAP,setiap gigitan en.asben cakap "ermmm..sedap betul ni!".."Perghh memang sedap sangat!".Hehehe misi pertama berjaya!Thanks Best In The World sebab rekemen tempat ni dan yang penting en.asben sangatsangat suka=D

daging tu chef buat sendiri dan sangat gemuks+sedap!

pinjam pic kat google sebab sy lupa bawak kameraT_T

Untuk pengetahuan korang,sila la jangan datang hujung minggu kalau tak buat booking,sebab memang penuh nanti.Kalau nak kena dtg seawal lepas magrib or booking je kat That Little Gerai dalam FB dia.=)

Happy birthday en.asben!Entry kedua feb2: i punya phone=)

Monday, February 13, 2012

TTC: Umar Umaira!!!

Assalamualaikum!!

Ha nak tanya sket,pernah dengar tak produk ni?selalu ada kat WHI slot dia yang noora tau hari selasa(kalau tak salah).Ada sesapa pernah try?

ehsan google


Owner dia kan agak memaksa orang beli gak la.Cekonon tak preganant sebab tak makan ubat ni.Hurmmm kadangkadang sedih bila peniaga macam ni cuba buat kita rasa bersalah kalau tak beli.

Noora cuba cari testimoni tapi tak hado pun.Selalu beno dia iklan kat WHI,dah la makcik a.k.a owner dia suara binggit gila kot.Pastu suka perliperli tak mengandung sebab tak makan produk dia.Dia kata cuba paling kurang 3kotak,kalau tak dapat gak dia kata tu semua ketentuan Allah.Owh tahu pulak kan.Tapi part dia salahkan orang tak pregnant sebab tak makan produk dia takpe la pulak.huhuhu.Dah la mahal kot,sekotak rm250,kalau husband sekali dah rm500 sebulan.Kalau elok ok takpe gak.Ni yang nak tau ada sesapa pernah try atau pernah dengar tak?*________*

mari cuci mata=)

Assalamualaikum!!

Haiiii lama tak update blog,mood ber blogging sangatla kelaut,padahal banyak benda nak story.Hari ni disebabkan monday blues,meh la cuci mata tengok perfume noora,sapa yang berkenan boleh email detail kat yellowz_Putries@yahoo.com....RM70 include postage!98% to original=)



lady million

lancome miracle
DKNY delicious

gucci flora
D&G women

tresor lancome

Incanto bloom

nina ricci


P/s: ada banyak lagi,tak larat upload,kalau korang ada request nak perfume selain dari pic diatas sila emailkan kat noora berserta gambar sekali,noora boleh tolong carikan=)

Thursday, February 9, 2012

Menyesal kemudian tidak berguna

Assalamualaikum!!

Bnayak perkara yang noora kesalkan minggu lepas dan minggu ni,rasa down dan bersalah sangat.Nak tau apa?

1.Tetiba jadi addicted dengan nescafe ais,sebelum ni tak pernah pun.Sejak dari minggu lepas,talk to myself hari ni last tapi soknya beli jugak.Ni pun ada secawan nescafe ais atas meja.T_T

2.I'm on diet,makan sket sejak minggu lepas,turunla sket dalam 0.5kg.Tapi yang ohsemnya boleh lak g makan maggi sebagai supper.Adalah 2-3 malam dan paling best semalam lepas dah makan nasi siap bertambah sebab lapar giler dari siang tak makan,noora boleh g mintak en.asben belikan berger ayam spesel kat kedai dekat uma kitorang tu.owhhhh mennnn!

3.Pagi ni kekonon takmau makan banyak,tapi noora ter ter ter amik kuey tiaw setengah tupperware,hotdog dan karipap sebiji.*__* sketla sangat tu kan.Tupperware tu besau tau.hermmm.

4.Dan kemenyesalan paling xmunahsarawak,lepas noora dah ngap karipap sebijik,noora menyesal napa tak beli karipap 3-4 biji,sedap tu.>,<! 

Setakat turun 0.5kg wat macam turun 5kg,memang payah la.So jangan berangan la nak kurus time adik ipar noora kawen nanti.uuuuwwwwwwwwwwwaaaaaaT____________________________T

Friday, February 3, 2012

CNY Final: Putrajaya ku sayang

Assalamualaikum!!

Haaa nampak bukan,seperti tak haddo keja lain hari ni dok update sepanjang waktu hari ni?letih menunggu kekonon ada team nak melawat lab tapi tak sampaisampai.Dorang ni kadangkadang memang macam ni,dalam program kata nak melawat lab,pastu tak kunjung tiba sebab lab bukan ada 2-3,ada banyak kot.Tapi disebabkan dorang kata nak melawat lab,maka semua lab harusla bersiap sedia.Penat pakai cantik-cantik hari ni.eh eh eh.hahaha

Okeh mari sambung cerita,hari tu balik dari pedas,kitrg menyinggah pulak ke putrajaya=)

anak buah dgn mak buah yang nmpk sebaya=P
zaid je tak peluk tiangT_T

motif abg ipar noora berdiri tegak??
tengok...berdiri tegak je...tapi nak bergambar jugak tu...hehehe
gelap abis kaki tangan muka akibat penjemuran hebat di wetworld,sabas bettttiii!
dah macam kombar dah dua budak ni@_@
kemain sengeh kakak noora ye,iklan colgate katanya.hehehe

en.asben xnak duduk sebab cover perut...hehehe
final picca: best ke amik pic macam ni bb..how dare u darling!=P
 Sebelum balik singgah solat kat masjid besi,first time masuk sini,wahhhhhh cantik maaaaaa.Tapi kan tapi...boleh lak bateri kamera kong!aiyaaaakkkk T___T