Friday, July 29, 2011

Jim mim ain ta- baru tauuuuuuuu....ahhhhh!!!

Assalamualaikum!!

Salam jumaat ebelibadi.Tadi de dgr ceramah sket.peh.xsangka.xduga.ruperupenyerrrr.ahhhh!
*
*
*


Saspender x? k fine,xsaspenkan. 

Disebabkan korang xsaspen,maka noora direct,straight no kona kona tu da point.Seperti yang kt tau,ramadhan dah nak dekat.td ustaz kat tv wat ceramah pun pasal ramadhan.mungkin ramai dah tau.bagus! tapi noora baru tau.so noora nak bitau pe yang noora baru tau.ape da konpius ayatku ini.

soklan 1: Ape beza solat terawih 8rakaat ngan 20rakaat?mane lebih afdal?

Ustaz jawab: 8rakaat ke 20rakaat same sahaja.khusyuk itu yang afdal,kalau wat 20rakaat lebih khusyuk,wat la 20,kalau 8 lebih khusyuk,watla 8.

Monolog Noora: ooooooo.ingat wat 8 pahala sket.rupe2nye sama,yang penting khusyuk!!ok note=)

soklan 2: Boleh ke bawak anakanak kecik ke masjid,walau dier xberibadah dgn betul?

Ustaz jawab: BOLEH!kalau xmainmain bukan kanakkanak,tu pelik tu.hehe.ustaz gelak pun nak tulis.bawak je anak2 dari kecil ke masjid,walaupun xreti dok diam,ajar dan biasakan dier dgn masjid.

Monolog Noora: oooooo.mak bapak kene AJAR dier dok diam n hormat.jgnla dah bawak.pastu wat dek je kat anak tu.kan?kan?barula dier tau respek n biasa dgn masjid.ok check!

Soklan 3: Ape perkara yang boleh kita wat untuk dapat pahala di bulan puasa?

Ustaz jawab: mcm biase,banyakkan zikir,jgn mengumpat,mengata.paling mudah,cepatkan berbuka bila masuk waktu.de org ckp dgn sy(ustaz) boleh ke kite korek hidung untuk berbuka.hehehe.ustaz gelak lagi.untuk pengetahuan kiter,korek hidung memBATALkan puasa bukan BERBUKA puasa,lain konsepnyer ye.pasal tu la sediakan air atau tamar dalam kereta.kalau tersekat dlm jem,tetap boleh berbuka segera.dan dapat pahala.
Monolog Noora: oooooo.selalu dgr kawankawan cakap pasal korek hidung untuk berbuka,salah konsep tu.nasib xpenah wat mcm tu.ngehngehngeh.

soklan 4:...................................................................

xdo,dapat dengar sket je.huhu.jadila kan dari xde.huhu.g tandas.pas kuar dari tandas.dah abis.dier pasang lagu ni.

~ku berharapkan ramadhan kali ini penuh makna,agar dapat ku lalui dengan sempurna.selangkah-demi selangkah.setahun sudah pun berlalu.~

abis lagu pun takat situ.pastu dah iklan nak sambung siaran lain.eh eh itu pun nak citer.

p/s: xsabar nak ramadhan!!!ya Allah,izinkan ku dapat bertemu dengan ramadhan kali ini dan menjalani ibadah dengan sempurna.Ampunkan dosadosa hambaMu ini.amin!!
ya Allah,berkatilah suami isteri ini.amin=)
***to en.asben,sengeh lebey nmpk dlm pic ni.huhu.isterimu tetap cun.sekian.hahaha.***








Thursday, July 28, 2011

burung marah yang wat kepala haku pusing macam gasing daaa

Assalamualaikum!!

Tadi mase lunch,makan goreng pisang jek sebab laki i g tanjung malim sepam. So dalam keadaan yang ngantok gler,tetibe teringat game angry bird.en.asben baru download semalam.huhu.orang lain dah lame khatam kot.


oooemmgeee!!mane telur kiter??

Noora pun memulakan permainan dengan bacaan bismillah.ok tipu.tengok mcm kacang goreng,sekali hambik.nasik goreng pun sodap.asik lastik kebelakang je.pe cer.agaknyer kalau angry bird tu leh komen,mesti dier ckp "woit,bengap!lastik ke depan la dol!" erks.hahaha.kemain lagik noora gelakkan diri sendiri.kuatkuat pulak tu sebab xde org mase rehat td.siap kol en.asben ngadu kenapa asik lastik kebelakang.huhu.lepas en.asben ajar,baru ok.ngeeee.

Tapi baru pas main sampai level 1-15,pale dah pening!arrggghh,xmau main dah.huhu.tu la kelemahan noora,xleh men game kat lappy,paling kuat pun 1/2jam,kalau x,siap leh bawak mimpi.ni pun dari tadi kepala pening sgt2.huhu.

Eh!korang suke angry bird yang mane?noora suke yang kuning.hehehe.nape xde bird kaler pink.=)


suke kuning sebab leh hantuk kuat2.hehehe

Wednesday, July 27, 2011

wordless wednesday-pasport bersama

Assalamualaikum!!

Dikala malam yang sunyi,mahupun dalam hotel,hanya pasport ini mampu menyelamatkan kami!

nape muke i lagi besar.aiiiggoo!

p/s: Kalau bawak sinaran pasport kegemilangan konfem kene tangkap ye!

------wordless la sangat---------

Monday, July 25, 2011

marah+geram+nangis

Assalamualaikum!!

Hari ni noora xbrape sihat.demam.sakit kepale.sakit tekak.dari semalam sakit  kepale yang xberbelah bagi.huuuwwwa.2x en.asben picitpicit,tariktarik rambut,telinga,sume de la.tapi sakit xkurang.*__*

Pagi ni terus rase mcm demam.aiiiigggooo.

Dalam keadaan xstabil ni tetap ade mood nak update.sebab rase marah+geram+nangis.motif taip balik title??malam tadi rase geram sgt dengan anak buah noora yang sekor ni.dier baru darjah 5.memg slalu suke sakatsakat dier.dier ni jenis kepala angin.cepat marah n merajuk.tapi sekejap je.tp time dier marah n majuk tu memang menguji kesabaran semua orang.huhu.
aksi kononkonon ceria dari Masitah n Ku Emmed Harraz

Malam semalam,dalam lebih kurang kul 10malam,masitah ni,baru dok sibuk nak wat homework.nak cari gambar pasal perayaan la,baju kebangsaan la,makanan la.kononkonon dier dah carik dalam sume buku tapi xjumpa.hellloooo budak kecik.maksu awak pun skolah okeh.konfem de dalam buku.kajian tempatan de,buku bahasa melayu ade.owh sgt geram!!dah la tengah sakit pale.so mak dier a.k.a kakak sulong noora suh noora carik dalam internet.banyak lemak ini budak.dahla maksu tengah sakit kepala kuat yang amat.dier lak buat perangai.lalu maksu geram.marah.dan membebel.memandangkan maksu dah naik angin n sakit kepale,maka uncle apis yang menjadik sasaran si budak kecik.uncle yang baik hati n rajin itu la yang khusyuk dok cari bendabenda tu kat internet.

Noora yang tengah geram terus naik bilik n nangis.huhu.ni habit yang xboleh dibendung.noora yang marah noora yang nangis balik.budak yang kene marah tu.rileks jek.aduhai.kelemahan ini memang xdapat diatasi.sejak dulu sampai sekarang.huhu.pasal tu la noora xsuke kene marah atau marah orang.sebab nanti noora yang nangis.

Pagi ni elok je budak kecik tersengehsengeh kerang busuk.kan dah kate dier rileks je.sape yang kene marah ni,aku ke dier.konpius 18 saat.

Secara jujurnyer memang noora maksu yang garang.kot??sebab mak noora suke ckp macam ni kat anak buah yang wat perangai "hang jangan wat perangai..sat ni wan bagitau kat maksu hang,baru tau!".erks.dari kecik mak noora dah praktikkan ayat tu.so dakdak tu pun dah anggap maksu dier garang.so kene dgr ckp maksu.hahaha.anakanak buah noora sume takut kat maksu dier ni.kononkonon marah,pastu maksu yang nangis dulu.apekah??standet pas marah mesti terus masuk toilet or bilik.sebab nak nangis!!!poyo macho setenet depan dorang.belakang meraung.huhu.jangan la anakanak buah aku bace entry ni.

Nur Fatin a.k.a P.A wan(19tahun)Zaid al walid(17tahun)
Shazrin yang dah beso same mcm chicken tu.

Tapi anakanak buah noora semua rapat dgn noora.sebab maksu paling sporting yaaww.paling memahami kehendak muda mudi dorang.paling leh bawak berbincang.bawak jalanjalan.paling gojes.paling backup dorang.tapi dengan dak kecik diatas.memang maksu suke sakat.hehehe.sebab dier poyopoyo sket.paling suke cakap kat dier "mak(wan) jom kt buang masitah mak,dier tido kang kiter g buang dier kat tong,mcm baby yang orang dok buang tu.'' xpun ayat ni."masitah kan anak ah cai,anak cina.kitorg kutip pastu bela".hahaha.giler jahat x?pas dier dengar ayat2 ni konfem majuk+marah.huhuhu.

So apekah kesimpulan entry ini.sile pk kan sendiri.wat sume anakanak buah noora yang de 10 orang.raya tahun ni mintak duit raya kat uncle ok.duit uncle duit maksu gak.so kire pakej sudah.hehehe=D
Shazrul's Team,dua2 ni sangat pemalu dan sopansantun kalau bercakap
cucu kesayangan arwah abah a.k.a atuk (Ku Ammar Haikal),pantang dier nangis konfem orang sekeliling dier atuk marah.huhu
P/s:lagi 2 orang (Khusairi ngan Khusaini) xdo pic la dalam lappy ni.Pape pun collect duit raya kat uncle eh!!ngggeeeee=D




Friday, July 22, 2011

Jim min ain ta-melayu vs melayu

Assalamualaikum!!

Lamenyer xupdate blog padahal baru tiga hari,bukan gapogapo.frust sebab xleh upload gambar.ruperupenyer salah internet explorer.aiiiigggooo.sy memang buta IT sket.banyak sebenarnyer!

Okeh.hari ni jumaatkan.so nak citer satu benda yang boleh kita same2 renungkan.renungkan sedalamdalam lautan atlantik.

Seperti yang kiter semua sedia maklum.majoriti dari kiter rakyat malaysia ni terdiri dari bangsa melayu.walaupun da macammacam kacuk.tapi darah yang kuat mengalir adalah darah melayu.melayu mudah lupa.oh!tibetibe pule.rasenyer dah ramai orang yang berdepan dengan melayu pasif yang hanya tau menjatuhkan sesama melayu.kalau dah name melayu kat malaysia ni.99% tu Islam.jadi tidak kita bersatu.saling menaikkan antara satu sama lain.bukan saling menjatuhkan.

Sebagai seorang yang mempunyai surat beranak yang tertulis bangsa melayu.noora nak menceritakan beberapa situasi busuk melayu menjatuhkan melayu.

Situasi 1:

Further study.ramai dah orangorang melayu yang ada kesedaran untuk sambung study.xkirala ke peringkat diploma,degree,master,phd. tapi ramai gak melayu pasif akan meluahkan pendapat xbernas macam "wat pe blajar tgi2,susah nak dapat keje gak","wat pe g blajar kat u ke kolej ke,bazir!nanti hutang sepah2",dan paling xbermoral "prpn blajar tinggi2 wat pe,xde faedahnye"

Mak haaaiiii.hangpa tengok.lagu mana ni.Nabi Muhammad s.a.w pun pernah bitau "tuntutlah ilmu hingga ke negera Cina".pastu melayumelayu pasif.anda ni belajar agama x.tau x menuntut ilmu tu fardhu kifayah.dan tau x Saidatina Aisyah tu taraf professor,Saidatina Khadijah tu plak bussiness women.dorang pun bertungkus lumus cari ilmu.bergadai harta benda.nyawa.melayumelayu pasif sekalian.kalau rase nanti anakanak anda kene bayar hutang banyak.nape anda xsediakan wang untuk dorang melanjutkan pelajaran.

Itu tanggungjawab sebagai ibu bapa.xmampu.ok fine.macammacam pinjaman ada.ape yang perlu hanya sokongan dan kemahuan.kalau anakanak melayu pasif ni xmau sambung.XPE.TAPI janganlah anda melayu yang pasif ni cube menjatuhkan anakanak melayu yang mahu belajar dengan katakata nista anda.noora ni malas sambung master tapi at least noora ngan en.asben de degree eh! rezeki masingmasing tu ada.yang melayu yang dah belajar tinggi pulak jangan nak belagak best.lempang sampai terpusing kang.istiqamah.makin tunduk makin berisi.bukan makin makan makin gemuk.

Situasi 2:

Berniaga cetak rompak.opppppss ini bukan pasal cd cetak rompak.tapi pasal melayu yang suke bersaing tapi dengan cara yang xsihat.contohnyer,si melayu A bukak bisnes nasik lemak.laku giler.sebulan lepas tu si melayu B baik punyer bukak kedai nasik lemak jugak kurang 300 meter dari si melayu A.pastu.wat ubat pelaris.pelaku.eh ade ke?
nasik lemak buah bidara

Ape kes sistasista!xbaik woohh.ape kate si melayu B ni bukak kedai nasik ayam penyet ke.nasik kerabu ke.leh gak noora makan bile teringin.ape ke kalau dah sederet tu jual nasik lemak.berlemaklemak la mcm ni.tetibe skali lagik.

Situasi 3:

Berkerjasama berganding bahu.tolong menolong bantu membantu.yeaaahhh!lagu zaman tadika.okeh.kalau mase zaman tadika pun cicecice dah ajar kite suh bantu membantu nape xwat.lagilagi sesama melayu.contoh paling simple.kerja.si melayu C berkerja kat sebuah syarikat yang best.si melayu D pun nak mintak bantuan." C tolong rekemen aku kerja, aku xde keje ni".Si melayu C."okeh,no hal lah.t aku bitau".TAPI katakata si C hanya mimpi disiang hari,kemarau panjang,sebab si melayu C hanya pk "baik aku ajak nenek aku je keje sini",xpun "gile aku nak rekemen D,kang dier naik pangkat,aku naik lori je,nyesal xsudah plak kang"

Ape ni bro.xrock ar.Rezeki tu di tangan Allah.tolong la member tu cari rezeki.kan pahala tu.tp kalau dak D tu perangai mcm jin afrika selatan.better pk 90 minit dulu ah.baik biar berpada pada.jahat jangan sekali.wat banyak kali.dosa tu tanggung sendirik.
Situasi 4:

Situasi ni banyak terjadik.tapi better noora kias sket.contohnyer eh.makcik peah dari malaysia lawan main dam ngan makcik hilton dari paris.makcik hilton ni memang gojes gaban.ramai peminat dier diseluruh dunia.kalau nak compare.makcik paris dah 18 keturunan dari 500 tahun dulu main dam.makcik peah pulak baru 100tahun keturunan dier berkecimpung dalam dunia dam.tapi dengan ketekunan dan semangat ke dam man yang tinggi,makcik peah nak lawan makcik hilton.k fine.xde keajaiban mcm slalu drama tv tunjuk.makcik peah tumpas.tapi leh bangga la dengan semangat makcik peah tu,kalah pun sipi2.kalau ikut logik pun dgn kegebuan tangan makcik hilton vs kegebuan tangan makcik peah.jauh makcik peah ketinggalan.tapi makcik peah dah usaha nak harumkan name MELAYU a.k.a MALAYSIA.
tugu khas untuk makcik peah,patut perwiri sebab prpn.enh yeke?

Tapi tau pe yang dier dapat dari melayu pasif."giler lembik!!main dam mcm orang BDH!"."itu pun xtau..buat busuk name malaysia jek".blah la.men mcm pondey"erks.kesian makcik peah.at least dier usaha untuk buat sesuatu untuk negara dan mewakili orang melayu.malayu pasif ni tau marah n komplen.suh main sendiri kang jadik jaguh kampung pun xlepas.ppiiiiiraaaaah!xpe makcik peah.sy tetap sokong anda.dan saya bukan melayu pasif.

Panjangnye tazkirah minggu ni.pape pun noora nak habaq.hangpa sebagai melayu a.k.a Islam.jangan la dok jatuhkan sesama sendiri.ko melayu.dier pun melayu.xde beza derrr.sorang melayu berjaya.semua melayu patut bangga.sorang melayu jatuh.semua patut sedih.noora selalu pesan ni.UMAT ISLAM JANGAN PECAH BELAH.salam jumaat yaaawwww!!=)







Monday, July 18, 2011

klakar kerr?

Assalamualaikum!

Amaran: anda yang kuat muntahmuntah di sarankan agar tidak teruskan pembacaan!

Pepagi yang permai,damai lagi indah.sambilsambil wat keje.sambilsambil main fesbuk.sambilsambil men mesej dgn en.asben.

Tibetibe

mysayang
Rase rindu yang amat kat en.asben walaupun hanya beberapa jam terpisah.tu pun dier kat seberang jalan nun je.poyo setenet please.tolong muntah kalau nak.disebabkan rindu.maka mesej juga harus manje dan ade unsurunsur kerinduan.

Tibetibe lagi

Tersengeh depan mephone yang terangterang bukan iphone.tersengeh bukan sebab giler.sebab teringat lawaklawak en.asben yang membuatkan hati ni rase geligeli lalu gelak berdekahdekah dalam hati.kang gelak kat luar hati ade yang cakap noora buang tebiat lak.

Klakar kerr 1:-situasi:sengugut; lokasi: sms via mephone

Noora: b...sakit perut...kuatnyer..xtahan..sakitnyerrrrr!
En.asben: syg rehat k...jgn bnyk gerak..bnyk kan kaku.

Respon dalam hati.nak marah ke nak gelak ni.banyakkan kaku.cube bayangkan dier suh kiter kaku kan diri time sakit.macam ne tu.

Klakar kerr 2:-situasi:ujung minggu; lokasi:bilik gosok baju

Noora: abg!!(dier kat bilik tidur)
En.asben: ye syg!!(datang kat bilik gosok baju)
Noora: cube la jadik lelaki sket,g wat keje kat luar,jgn memerap je..rimas la tgk..(dengki sebenarnyer)
En.asben: erk..keje pe yang sebagai lelaki tu..ce bitau meh abg wat..
Noora: aduhai..sume nak bitau..g la repair kete ke,cuci kete ke..
En.asben: ok.abg nak tunjukkan kelakian abg dgn mencuci kete syg.
Noora: eh..xpayah!!baru kul 5 kang itam lak berjemur.
En.asben: sape kate abg nak cuci sendiri.abg nak g cuci kat tempat yang 3ringgit tu.

Respon serta merta.letak iron lalu kejar dier.lantas smack down.huh.

Klakar kerr 3:- situasi:petang yang panas; lokasi:bilik

Noora: abg ni...g la mandi ke pe ke..busuk dah..g mandi g..pastu solat..
En.asben: abg dah solat awalawal td syg..xnmpk ke..ingat abg wat show ke?
Noora: oh yeke.hehehe.okeh..g mandi eh..pastu pakai bedak banyakbanyak kasik comel.
En.asben:okey syg..
Pas mandi n pakai bedak
Noora: mak aiiii...ni betulbetul tepuk gomak.
En.asben: comey kan??

Respon terkejut.nasib siang.kalau malam mungkin dah susah nak pastikan manusia ke hantu.huhu

Klakar kerr 4:- situasi:malam; lokasi:bilik

Noora naik tangga untuk ke bilik.xkan nak terbang pulak.

Noora: cuk!wat pe tu??
En.asben: wooohhhhh!!!terkejut abg.bile syg naik? xdengar pun!!betul ke ni syg?cube mengucap!!
Noora: ish dier ni...*mengucap*
En.asben: name awak sape?sape name suami awak?cube berdiri nak tengok kaki pijak lantai ke x.

Respon bengang sampai rase nak geget perut dier.sabau jela.

Semalam saja kacaukacau dier sebelum dier nak solat.tau dier wat pe.dier g azan kuatkuat kat tepi telinga noora.dier kate nak halau syaitan yang de dlm noora.kuang asam jawa punya suami.nasib sungguh comel.

P/s: kalau rase klakar sile gelak,kalau rase x.sile wat bodo.kalau rase nak muntah sile muntah.kang bulan poser muntah batal pule puase anda.=)

Just wanna share my beautiful moment.jatuh cinta harihari dengan en.asben.sekian.chilllllllll=)

Friday, July 15, 2011

Ibu,omma,mummy,mak,mama,ummi,dan kaw.yang sama waktu dgnnyer=)

Assalamualaikum!!

Hari ni hari jumaat.nak wat tazkirah jumaat mcm biase.topik hari ni,sile bace title.hehehe

Perkenalkan!!Tada!!!!

sayangsangat=)
This is my mother.Her name is Faridha.she is housewife.she is 66 years old.she is my heart,my soul,my yummy sebab paling hebat memasak,my other half and my everything.i love my mother much much.okey sebelum english noora jadik makin teruk,baik tulis bahasa melayu saje.

Walaupun mak xbace blog ni,noora nak bitau satu dunia,noora syg mak sgtsgt.dari awal kandungan sampai sekarang mak xpenah jemu mendidik dan menjage anak mak yang comel ini.hakikat kan?kan?kan?

How i wish,i can make u smile and happy everyday.please don't cry.please don't sad.mak terlalu baik.hanya Allah yang mampu balas jasa mak.xterhitung jari jemari ni nak membalas segala jasa mak.mak slalu wat noora menangis terharu.lagilagi pas kawen ni.mak still masakkan makanan sedapsedap.bagi noora tempat teduh.siap tolong bayarkan pinjaman MARA.kepada kakakkakak sy yang bace ni.sila jgn jeles.nak wat mcm ne adikmu hutang sekeliling pinggang.ptptn lagi i kene bayor.huh.kang korang sebagai penjamin kene blacklist pulak.so baik diam jek.huhuhu.


Mak.noora akan usaha wat mak gembira n xsusah hati pasal noora lagi.kiter samasama doa noora dapat anak cepatcepat ye,nanti mak xrisau dah dan doa noora di murahkan rezeki,sihat.noora pun doakan mak sihat dan dimurahkan rezeki.tahun depan leh g haji.InsyaAllah!=)

Apepun Terima Kasih sebab xdengar ckp doktor yang suh gugurkan noora mase awal2 mak ngandungkan noora.Terima Kasih sebab bersungguh2 jage noora dari fes day mak tau mak ngandungkan noora.walaupun abah kecewa sket pas scan noora ni perempuan.huh sampai ati.TAPI mak ngan abah still jage noora dgn rapi dan jayanyer.kalau de kesilapan pun.tu salah noora.bukan salah mak abah.

Cakap pepanjang penat,pe yang penting!! I love u mum!!^__^

haaaiiipppp!nanti.ni nak kenalkan lagi sorang mak.ni mak mentua noora.

Taadddddaaaaaa!!!

sayangsangat=)

Owh mak mentua noora memang nampak mcm kakakkakak saje kan.huhu.mak mentua noora ni memang muda la.tua beberapa tahun je dari kakak sulong noora.dalam erti kate lain mak mentua noora masih cun sebab da yang ckp dier kakak en.asben.ke en.asben yang nmpk tua?hahaha

Mak mentua noora sgt baik hati.tiaptiap tahun kasik baju raya free.dalam hati pk tahun ni dapat lagi ke x.hehehe.

Eh lupe pulak.name mak mentua noora ialah fatimah.sila nyanyikan lagu oh fatimah untuk membuatkan beliau senyum lebar.hehehe.Puan fatimah ni sgtla up to date pasal kain.korang jgn mainmain.siap tahu harga ngan kat mana beli lagi kalau korang tunjuk kain tu kat dier.haaa hebatkan?jangan kate korang,noora pun kagum.

Mak ni sangat sporting dengan anakanaknyer.dah mcm rakan sebaya.layan novel.layan citer korea sume boleh.ha best kan.pasal tula mak nampak muda kot.kene amik petua ni.

Pa yang paling noora kagum pasal mak ialah kulit dier,masyaAllah cantik!!kulit muka,tangan,kaki.peh sampai malu nak dok sebelah dier tau.slalu doa nanti anakanak noora dapat kulit cantik mcm neneknyer ni.mcm xlayak panggil nenek je+_+!!

Noora bersyukur sebab dapat mak dan mak mentua yang baikbaik.Alhamdulillah.Kalau de antara korang yang de mak yang baik2 bersyukurlah,kalau xde xpe.korang training diri korang jadik mak yang baik untuk anak2 korang.

Teringat pesanan ustazah."kadangkadang mak atau mak mentua yang wat perangai xelok,mcm mane anakanak nak respek.ada yang sombong.pilih kasih.dan suka kutuk atau maki hamun anak menantu.macam mane tu?ni bukan kes anakanak hantu,tapi kes makmak hantu."hehehe.nasib baik mak mak noora manusia.jadik noora pun kene jadik manusia gak.xmo jadik hantu.sekian.

p/s:Gembira sebab esok hari sabtu dan xde perhimpunan pape.boleh kuar berjalan2 dengan aman sejahtera.Alhamdullillah!!





Tuesday, July 12, 2011

keputusan misi penurunan berat badan..jengjengjeng!!!

Assalamualaikum!!

Seperti yang dijanjikan,walaupun sebenarnyer xjanji..selepas 30 hari menjalani rawatan tersendiri terhadap pengurusan badan..hasilnyeerrrrrr!!!!!



TURUN 2kg je..uuuwwwaaaaaaa.....apekahhhhh????


Kenapa misi ini gagal gaya report yang dibuat oleh kanak2 tadika:

1. Pada minggu pertama sy berjaya mengamalkan gaya pemakanan dan excercise seperti banyak naik turun tangga dan skipping(ni sy wat mase awal period).

2. Pada minggu yang kedua,sy telah pergi berurut..menurut hasil kajian makcik terbabit:

    i-rahim sy dah normal selepas 3 kali dtg berurut-alhamdulillah=)
    ii-urat peranakkan sy dah tegang!!patut dah de baby,tp dier check xde denyut(dan sebenarnyer sy baru sudah period time tu)
   iii-makcik terbabit menyoal selidik tentang fenomenafenomena yang sy dan en.asben alami
   iv-makcik tersebut membuat dua kesimpulan:
         a. mungkin keguguran peringkat awal telah berlaku melalui kajian terhadap period sy oleh makcik tu=(
         b. InsyaAllah boleh lekat ni,Allah bagi rezeki tu..tempat dah ade ni..doa bnyk2(dier kate mcm ni)=)
   v-makcik tu berkate"awak bnyk naik turun tgga ye?de makan benda tajam,nenas,air kelapa..?"..ade...jawab dalam hati dengan sangatsangat perlahan sampai semut xdgr
   vi-lepas ni jage tau...jgn naik turun tangga..kalau kat uma pun slowslow je..benda2 tajam jangan makan...blablabla...(nasihatnasihat yang sgt baik=))

3. Akibat dari peristiwa di atas,mummy menghalang keras naik turun tgga dengan kerap dirumah apetah lagi di fac mahupun skipping dannnnn siap tambah suh minum susu!!ahhhhhhhhh..siap monitor lak tu..bile hari mummy xmonitor..sy skip minum...sila rahsiakan!

Maka...terpaksela menerima misi ini gagal serta merta...xpela..rase bersalah dan serik jugak...tp harapharap..kesimpulan kedua makcik tu betul dan Allah perkenankan...semua di tangan DIA..sy hanya mampu usaha dan berdoa..kawankawan doakan noora eh..InsyaAllah..amin!=)

p/s:jap noora jap sy..boleh pening jika sudi..hiks..bye!


Tempat makanmakan yang murah dan sedap sampai termimpi mimpi

Assalamualaikum!!

Sebagai pencinta makanan yang tegar...opkos la noora suke makan...setiap minggu ni ligat dok perah otak pikir kat ne nak makan...time gaji tgh menimbun atau dalam kate lainnyer ujung bulan or awal bulan..leh la g ngadap makanan mahal sket...tapi..kalau time tengah bulan...time duit dah surut..harusla mencari tempat makan yang mengikut kesesuaian budget.

Justeru itu,eceh! noora nak kasik review tempat makan yang menjadik feveret ketika poket sedang mengering.

Nasi kukus kak Nora...secara realiti mahupun fantasi,kedai ni xde kaitan pun dengan noora..sy noora...dier kak nora..lihat perbezaan "o" disitu ye anakanak sekalian.

Kedai kak nora ni terletak di sebelah unisel shah alam,yang macam ade bangunan food court buruk tu...cadangan waktu makan adelah pukul 12-1 ptg untuk lunch,dan kul 6.30-7.30mlm untuk dinner..selain timing ni..sile la merelakan diri untuk beratur panjangpanjang atau berebut-rebut tempat makan..huhu..noora suke g hari sabtu...aman damai sket..kalau xsuke makan kat sini,korang tapau la..g makan kat tepi tasik ke..syok...memang tangkap ngigau la nasik kukus ngan air kat situ..xcaye cer try k=)


strawberry blended rm3.50..sumpah nak nangis..sedap sgtsgt rezeki Allah ni!
dia memang bagi style mcm ni..en.asben punyer apple juice..sedap gak tp noora nyer lagi syiookk!
tu dia..ciss terliur sudah...rm5 sebungkus..ayam dier besor n sedap..+_+!!!
Pastu kalau rase nak makan dalam suasana kampung pulak..korang leh cube g Kedai Asam Pedas Claypot Andak...lokasinyer kat kampung kuantan Klang,nak tau map..sile GPS mahupun Google sendiri..Asam pedas dier memang sodap dan terharu la bila makan..pastu nasik goreng konfem bnyk giler...gelas air jus plak besar gabak...kalau datang time bulan puase siap da pakejpakej lagi..yang penting murah n puas hati....suasana kedai kampung yang terselit ciriciri moden..siap de wifi..hehehe


suasana kedai=)
sotong goreng kunyit...sedappp!
jus epal yang gabak
nasik goreng rastaman(nasik goreng sardin) rm4..kalau nak pedas mintak pedas..dalam ni da sotong,udang,ayam..banyak sampai xlarat makan

nasik goreng hati panas rm4 juagak rasenyer..ni jgn mintak pedas..sebab memg dah pedas gler..nasik goreng hati ayam..pun banyakkkk sgt!

Hari yang noora g makan ni,kitorang xorder asam pedas..sebab masingmasing xsedap perut..takut cherry berry...tapi kitorang memang slalu makan sini..sup sup dier pun sedap,asam pedas terbaik..satu claypot leh makan 2 orang..satu claypot tu rm5 je..tapi de jugak menu yang out..iaitu tomyam n laksa..yang lain ok sajaaa...range harga sume dalam rm2.50-rm6...kalau wat family dinner kat sini best..tapi sini xde ikan ikan bakar ke ape ye...k selamat mencube!!

p/s:kepada makcik or pakcik kedai2 di atas...sile cam kan muke sy...t sy dtg sile bagi diskaun..bagi free lagi sy suke..hahahaha gelak kuatkuat dalam hati=D

Monday, July 11, 2011

Perihal laki bini di ujung minggu

Assalamualaikum!!

Seperti sume orang tahu..semalam hari ahad dannnn sudah menjadi kewajipan bagi noora ngan en.asben untuk kemas2 bilik n wat kejekeje uma yang tertangguh selama 5hari...yela..kami duedue kan keje. Tapi kebiasaannyer,en.asben ni amatla liat balak sket..stendetla kalau dah name lelaki...dier bukan xtolong...tolong je..tp...japjap mesti g ngadap laptop..download la apela...so keje akan jadik lambat...bile lambat..noora la yang akan wat 3/4 dari kejekeje tu....

So,minggu ni noora terpikir satu plan...iaitu...menyorokkan laptop subuhsubuh...time en.asben g toilet...noora pun cepatcepat sorok laptop..dengan niat..supaya en.asben xmemerap depan laptop jek...pastu terus tido balik kate hari ahad..tido lame sket eh..=)

...jengjengjeng....

En.asben: Eh!mane laptop...Eh!...ala.....syg......mane syg sorok ni....

Noora: Syg tido ni..xleh ckp..tido..tido..

En.asben: Ala....syg.....syg xbagi laptop..abg wat bising...abg xleh tido ni...nak bace komik..lame xbace...padahal harihari bace...tapi xboleh semalam baru update..bla..bla...bla...(sambil membebel2 potpet sendiri)

....Senyap.....tengoktengok dah lelap...hehehe

Kul 8.30 noora bangun..g cuci baju....naik bilik tgk en.asben tgh cuci kipas..=)

Noora: Wahhhh...dasatnyer...dah mangun...cuci kipas ye cuk....baiknyerrr...wahhhh...


stand fan tula yang en.asben cuci=)

En.asben: yela..dah cuci...ni nak sapu lantai ngan mop..

Noora: eh..xpe...biar syg wat...

En.asben: xpe..biar abg wat..abg dah pandai dah..

Noora: la...xpela..biar syg wat...tapi kalau nak wat xpe..hehehe...syg nak masak lagi ni..

En.asben pun mule wat keje sapu menyapu n mop lantai...Noora time ni dok wat kan sarapan untuk dier...sambil buat tu dok pk...owhhh..dah tau kenapa rajin sgt dier hari ni....

Noora: baby!!!owhhh...rajin sebab nak laptop ehhhhh!!!

En.asben: hahahaha...bagila syg....abg dah tolong sume ni....

Noora: cisss!

Disebabkan en.asben wat muke 5sen ala ala comey...maka noora pun bagila balik...huh!

Pastu satu hari ni kene dera...dari sarapan pagi..makan tengahari ngan makan malam..sumenyer noora masak...nak makan yang mcm ni..yang mcm tu..pedas sket..garinggaring...3x makan..3x masuk dapur masak..sabo jela....tapi xterasa penat sgt..sebab separuh keje en.asben dah settle kan..hehehe...ujung minggu ni nak kene sorok laptop lagik..lokasi adalah RAHSIA!!!hahahaha=D



**Bile nengok pic bilik time kenduri..teringat kat iza,adeq,wani perlis,bee,moci,abied,jem,sue,mai..rase da yang tertinggal ni...ermm..

sebenarnyer malu nak tayang gmbr muke bulat i ni..tp disebabkan dalam pic ni muke kawan2 kat blakang tu ayuayu..redhakan jela..hehehe=)


pinkkk u! hasil jasa baik kawankawan yang disayangi,hanya Allah yang mampu balas jasa baik korang dari kenduri tunang sampai kenduri kawen!!sayang sgtsgt!!miss that time=)

Opss terlencong sket...hiks!^_^

Friday, July 8, 2011

Jim mim ain ta-perhimpunan kekuning-kuningan

Assalamualaikum!!

Hye...walaupun hari ni rase mcm nak demam,tapi disebabkan mood berblog dtg mencurahcurah..sungguh xboleh blah ayat!terpaksela mengupdate blog...hehe
Nak citer sket pasal isu hangat sekarang...perhimpunan bersih...huhu..harihari kot kuar berita,paper,fb pasal perhimpunan ni. Nway noora memangla sgt tidak menyokong perhimpunan bersih ke demonstrasi jalanan ke...ke atau kawasan yang same waktu dengannyer.

ujung minggu ni bersihkan uma lagi bagus=)

Wahai beliabelia yang dirahmati Allah...cecube sebelum nak g tu...cer pk...ape benefitnyer...nape perlu jatuhkan negara sendiri...nape perlu menganggu orangorang sekeliling yang xbersalah...dan yang paling penting cer pk..kalau katela korang join...tetibe eksiden ke..terkene parang ke...apeape la...pastu dah susahkan family..anak bini...tu kalau hidup..kalau mati...xke siasia....baik korang g berjihad kat palestin nun..at least masuk syurga...pertahankan negara pun dapat pahala...benda ni banyak akibat buruk dari baiknyer...

Pastu,dari korang rajinrajin nak g perhimpunan bersih tu..baik g masjid bertafakur ke..dah dekat nak ramadhan ni...bawakbawak la rajin beramal sket,xpun baik korang bawak family korang g jalanjalan or g shopping baju raya...xke bnyk faedah tu..cer bukak kan hati ngan minda...jangan la ego dan memberontak sgt...siyes xbest...Islam xajar wat bendabenda mcm ni...memang katenyer BERSIH...tapi yang siap da parang,bom buatan sendiri tu ape...buatnyer time dok balingbaling tu terkena kat makcik pakcik yang jalan kat tepitepi tu pe jadik...ye memang ajal maut tu ditangan Allah s.w.t...tapi ade Allah suruh kiter berbunuhan atau cederakan orang xtentu pasal..

Noora dengar kekonon nak wat dalam stadium..okeh...fine...kalau nak wat sgt...wat la...tapi jangan sampai merosakkan harta benda,jiwa dan raga orang lain eh...wat secara baik...wat kat tmpt yang xmenyusahkan org ramai..baru orang respek...noora nak hidup dalam aman...nak anakanak,cucucucu,cicitcicit noora hidup dalam aman...dan satu je nak pesan...UMAT ISLAM JANGAN BERPECAH BELAH..baik kerajaan mahupun pembangkang...tanamkan ni dalam hati masingmasing...=)

cantik=)

Monday, July 4, 2011

tulis blog fully english...kemonnnlah!!poyo ok!!

Assalamualaikum sumesume!!

*Entry ini ditulis dengan penuh unsur kecemburuan yang tidak berbelah bagi*

Di hari isnin yang hening,sesambil menunggu PC kat lab yang di scan akibat terkene virus E.coli dan dukacitanyer,pendrive noora yang satusatunyer itu sejak zaman belajar dulu...berperisian hampir penuh 4G telah berjaya diformatkan akibat virusvirus yang xberperikemanusiaan dalam lab ni...*____*

Akibat dari penungguan terbabit...noora pun telah merajinkan diri membuka baju blogblog yang terjumpa...ade yang best..wat noora gelak...ade yang cute...wat noora rase nak jerit...tapi dalam kemeriahan lawatan sambil belajar sambil memfollow blogblog yang digemari...noora rase tersentap bile de blogblog orang melayu yang fully english..aduh....giler poyo...bukan penulis tu yang poyo..noora yang poyo nak bace n fahamkan sampai berpinarpinar mato den ni hah..wallawweehh...memang noora respek la blogger's yang leh wat entry fully english ni!



Secara jujurnyer noora mengaku agak susah nak faham...yela...dak engineering ni kebanyakkannyer karangan english memg xbrape...maapkan kelemahan sy itu...kalau korang ringkaskan jadik F=ma;m=mass,a=accelaration...haaaa mcm ni senang sket untuk noora...huhuhu

Kepada bloggerblogger yang tulis entry dgn fully english tu...teruskan usaha anda!!!noora memang susah la nak singgah blogblog yang mcm tu...bukan pe...org len bace 10minit...noora bace 100minit kang..kan kepoyoran jelas kelihatan disitu...hikhikhik

Ekceli korang minum air rendaman kamus eh leh terer english...dasat ahhhh...cerita pasal ni..teringat member dalam kelas BI mase diploma..lecturer suh dier wat ayat gune perkataan mother..dengan confident dier jawab.."my mother is rice cooker"...hehehe...sebenarnyer dier nak bitau.."mak sy memasak nasi"...hehehe...sekian...cintailah bahasa kita ye^____________^!!

Friday, July 1, 2011

Nikah Cerai

Assalamualaikum sumesume!!

Wah..tajuk tazkirah jumaat kali ni pasal nikah...cerai....kalau bab nikah semua orang suke..Allah s.w.t pun suke...tapi cerai??perkara yang paling dibenci oleh Allah s.w.t...opppss!releks dulu..korang kalau pasal review movie bace sampai abis...tazkirah watwat xtau ehh...hehehe...bace dulu k...info ni penting=)

rasenyer ni peranten indon ni
Untuk yang belum tau lagi...nak bernikah pun bukan senang..melainkan kalau kene tangkap basah..bnyk process yang korang kene wat sebelum bernikah..antaranyer:

1. Kene g kursus kawen...2 hari yang sangat pack dengan ceramah...tapi best owh....xtipu...cume penatla..kate pack...telinga penat..mulut pun penat sebab dok gelak je dgr ceramah...tu nasibla...kadangkadang dapat penceramah best..bestla...kalau x...nasib korangla...hehehe...nasib noora dulu best...makan pun best..sume bestla...noora dulu amik kursus kawen kat TTDI KL...cer try carik kat tenet...ramai artis g situ..tu yang penceramah pun popularpopular and best..=)

2. Ujian HIV..peh..nebes seh...ingat senang ke...mase ni korang akan pk macammacam...hahaha..bile dah -ve HIV...baru legaaaaaaaaaaaaaaaaa....

3. Kene g daftar permohonan untuk bernikah kat pejabat agama..kene isi borang bagai...ni valid 3bulan saje..so 3bulan sebelum nak nikah baru wat k..

jangan berpaling,tetaplah saling menjaga hati=)
Macam kes noora...payah banyak benda kene wat..huhuhu..tapi alhamdulillah..sume berjalan lancar...ni nak citer hok cerai pulok..mase noora naik court pasal permohonan nikah...time tu da bnyk lagi keskes lain..tapi yang memeranjatkan...kes cerai je paling banyak..sambilsambil dok menunggu giliran..noora ter dengar mcmmcm pattern kes cerai...dalam hati mintak Allah s.w.t jauhkanla cerai berai ni untuk noora,keluarga dan kawankawan noora...amin....!Korang nak tau antaranyer:

1. Pakcik ni...dah tahap atukatuk la...bercerai...dier nak g report pun malumalu...wife dier lagila...kesian...bile nak g report tu...staff akan tanya macammacam...malu tau..depan orang ramai lak tu...sume leh tau nape bercerai...bile...dan bagaimana...huh..bayangkanla...

2. Da sorang pakcik ni lagi...usia dalam 40-an..dier nak rujuk balik....tapi dah habis tempoh iddah..betul ke eja ni ntah...pastu dier tanya macam mane...staff tu cakap..kene wat macam mulemule kawen dulu...wat permohonan nikah..sumesume la...kes ni paling melekat dalam otak noora sebab..kes noora kan rumit...noora cakap kat en.asben yang mase tu tunang noora..."baby...dengar tu...kene wat sume balik dari A...kalau kite??...nak wat balik bendabenda ni..mau meraung baby...so jangan ringan sebut tuuuuttttt"...en.asben kate.."insyaAllah..abg tau susah nak dapat syg..insyaAllah abg xsebodoh tu"...ececeh suwwiit...insyaAllah...doa banyak2 biar jodoh kiter kekal dunia dan akhirat ye cuk...aminnnn=)

3. Dalam dok tunggu bicara...da satu kes ni......asben kakak ni ter lafaz cerai..sebab hal nak balik kampung mase raya...2 hari sebelum raya dorang bercerai...hari raya kedua dorang nak rujuk...korang bayangkan lah raya tanpa anak bini...pe rase...pasal balik kg je...walaupun kejap tapi proses bukan mudah ye..tetap kene naik turun mahkamah...n tetap sume tau citer tu...tetap kene basuh dgn hakim depan orang ramai...kesian noora tengok...malu weehhh....xtau la nape artis leh selamber je ceraicerai...ermmm...=(

Kesimpulannyer..noora nak bitau....bukan senang nak nikah kawen ni...kalau korang kawen larik pun..balik kene denda sorang 3ribu tau...baru boleh register nikah kat sini..tetap sume orang dalam tu tau korang kawen larik...kes ni pun noora dapat tgk sendiri gak..kalau dah tau nikah kawen bukan perkara mudah..jagelah sebaikbaikyer..peringatan ni untuk noora sendiri gak...hargaila pasangan anda...sebelum nak buat perangai...atau cerai berai...pk sedalamdalam lautan cina dulu...bagi lelaki...jage sejage jagenyer mulut tu...sabar sesabar sabarkan hati tu...jadilah khalifah yang dapat pemimpin dengan baik ye...k sekian....manisnyerr kurma iniiii...jumpa lagii...=)
selamat melayari bahtera perkahwinan untuk kiter sume!peaceee yaaww=)