Monday, April 23, 2012

TTC:cd28+Clomid cd2-cd6

Assalamualaikum!

Lama rasa tak update blog,masa semakin mencemburui tuan punya blog.huhu.Nak habaq mai sikit pasal cycle sekarang.Bulan ni cik p datang pada cd28!sangat behave okeh.Mungkin penangan supplement yang ter over dose.hoho.Alhamdulillah=)

Jadi bila dah cd2 untuk cycle baru,clomid pun mula noora telan dan sesi ni sampai cd6 nanti.Dalam hati ni berdebar je,risau mood kelaut.hehehe.Siap dah pesan kat en.asben untuk menghadapi segala kemungkinan berdepan dengan ribut taufan isteri dia ni.=D



*Sedang minta Allah kuat hati noora.Banyak benda yang jadi sebenarnya,tapi tak terluah.Hanya mampu doa-doa-doa.
Allah,ampunkan ku.Allah,beriku kekuatan.Allah,beriku rezeki.Allah,berikan ku zuriat yang soleh dan solehah.Allah,kuatkan juga hati orang sekeliling ku agar tidak patah semangat dalam penantian permata hati.Ku serah hidupku,matiku padaMu.Ku serahkan kesedihan ku padaMu untuk dirawati.Ampunkan ku ya Allah.*



Monday, April 16, 2012

bayi perempuan comel

Assalamualaikum!

Woahhh!ekceli noora baru lepas menaip satu entry yang agak panjang,tapi rasa tak boleh publish.Dan telah dipadam laju-laju T_T.

Semalam,noora dan keluarga noora (gila ah mcm karangan dak upsr) telah melawat akak ipar a.k.a isteri kepada abang angkat noora (yang di adopt oleh abah ketika dia memeluk Islam,masa tu dia bujang muda remaja lagi,dulu dia kadazan ke iban ntah tak ingat).Ni anak ketiga dorang,bayi perempuan yang tak disangka-sangka lahir.Dorang ingat boboy,sebab doktor kata maybe boboy lagi sebab dua anak sebelum ni boboy.Ni masa scan tak nampak sangat,tu yang doktor kata 80% boboy kot.Maka bukan setakat abang noora ngan kakak ipar tu gembira,kitorang ni pun turut melonjak kesukaan.(sila jangan pening macam noora yang baru lepas minum neskapiaq ni)

maksu yg over excited sedang cuba membuli dak saida

uncle dukung sampai tercabut booties sebelah+_+

hanya mampu senyum dipakaikan seluar over size,hahaha


Alkisahnya,dorang dapat anak fes pada tahun ke-3-4 berkahwin,lepas tu dalam 10-11 tahun baru dapat anak ke-2 dan after 2years dapat baby gegurl ni.Nama dia Nur Saidatul Suhaila,ibunya suh panggil saida ala-ala 7petala cinta katanya,yang babah dia pulak suh panggil ella,ala-ala ella ratu rock katanya.Hah,pening kitorang.hehehe.Kakak dan abang ni sangat-sangat bersabar.Macam-macam benda dah dorang lalui.Semoga kehidupan dorang akan terus bahagia dan cemerlang selepas ni,amin.=)


Sori entry ntah pape.hohoho.

Monday, April 9, 2012

TTC:berdepan dengan risiko

Assalamualaikum!

Tajuk taknak kalah,dah macam tajuk berita.Noora sebenarnya dalam dilema,kerja noora buat sekarang memerlukan noora untuk bermain dengan asid-asid yang berbahaya (bukan seperti bermain pok amai-amai).

Walaupun dah menggunakan segala macam penutup,namun bagi orang yang antibodi selembut sutera ni mesti ada side-side effect yang tak best. Lagi-lagi ada tulis kat depan lab tu "Pregnant women not advise to enter this lab" (lebih kurang gini la ayat dia,yang breastfeed baby pun no,no,no). Dan noora yang memang sedang usaha untuk conceive ni pun sama sekali tidak dibenarkan masuk dalam lab ni.

Apa yang menjadi kerunsingan akal dan hempedu,noora dah deal untuk amik job ni dan akan dibayar elaun setara gaji sebulan yawww!SEBAB masa noora deal tu,noora tak tau pulak orang yang planning to conceive pun tak leh masuk lab ni.#_#

Antara asid yang digunakan(HF acid,Nitric acid,sulfuric acid dan sebagainya)-sila google untuk tau efek2 dia

gambaran persekitaran(nama lab dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu=P)

Nak dijadikan cerita,ada la 2-3 kali dah masuk lab ni,tak wat pa sangat pun lagi.Tapi habis ruam-ruam kat bahagian rahim dan perut dan peha (berapa banyak dan sebenarnya?).Noora syak mungkin noora kan tengah dok makan ubat-ubat doc (sebiji obimin,2biji asid folik dan sebiji habatussauda),ubat-ubat ni kan panas,bila kita masuk dalam tempat kimia,sedikit sebanyak leh bagi efek kat badan.Tapiiiiii,noora nak elaun tu!!!T_T

Tapi bila fikir-fikir balik,apa guna noora makan ubat macam-macam untuk conceive kalau noora still lagi wat kerja tu kan.Ye,noora memang nak elak.Tapi noora takut ada suara bunyi macam ni "ala kalau tak masuk lab tu pun macam dia leh ngandung cepat" atau "tak masuk lab pun bukan dia pregnant".Agagagaga sungguh bermain dengan emosi.

Lepas dah bincang-bincang dengan emak dan en.asben,noora rasa noora terpaksa pasrah dan berserah.Demi usaha untuk conceive,noora mungkin terpaksa tolak job tu dan mungkin terpaksa dengar kata-kata nista seperti yang diatas *pannnnnnggggg!*

Kalau dorang nak bagi job lain untuk ganti job ni,noora bersyukur sangat-sangat.Kalau tak,mungkin ada hikmah disebaliknya.Untuk orang yang try to conceive,setiap bulan adalah harapan,setiap bulan adalah kemungkinan.Walaupun rasa bersalah tu menebal sebab tak leh buat job ni,tapi noora harap sangat dorang faham dan still bagi noora job yang tak bahaya.Kalau tak leh,takpela,noora rela undur diri.


*sedih tapi kena kuat semangat demi usaha ini*

Wednesday, April 4, 2012

jenguk tuan rumah jap=)

Assalamualaikum!

Lama tuan rumah tak tunjuk muka,meh nak tunjuk sket perubahan diri.

Amaran keras:Sila jangan terperanjat.










mata lebam tu dah trademark,lengan dah sama besar dengan kayu balak




noora mana??yang muka bulat mcm booolaaa tu T_T


Faham dah kenapa kawan-kawan lama noora kalau jumpa akan direct kata "gemuknya!" "makin sihat nampak".T_____________________T.

Apapun tenkiu kepada application beauty camera,terus licin berseri muka ahhkaaak!me likeeeee it!!=D

rajuk dipujuk=P

Assalamualaikum!

Wah entry semalam terpaksa di delete atas sebab-sebab tertentu.Ekceli sebab hati yang merajuk sudah dipujuk.hehehe.Noora ni memang sensitif orangnya,kalau orang lain gaduh depan noora pun noora boleh nangis,apetah lagi kalau en.asben tertinggi suara walau sepatah dua perkataan.Lagi-lagi dia stock yang jarang-jarang sangat nak ngamuk or marah or tinggi suara.Sebab dia tahu isteri dia ni sensitif tahap dewa.hahaha.

Tapi semalam balik-balik je terus dia pujuk habis-habisan terus cair hati ku ini.Agagaga.Sempat gak ber BD kehkehkehkeh.(suka kau ye!=P)

pssst: Pada yang hantar komen semalam,thnaks ye!noora baca semua komen tu=)