Tuesday, November 20, 2012

Ahh...Sedapnya!

Assalamualaikum,

Ketika entry ini sedang di taip,noora sedang mengalami tahap kemengantukkan yang agak serius.Yeaahhh!!!!

Ini semua akibat mata yang degil taknak lelap semalam tapi mengada-ngada najis kuda mahu terlelap di kala waktu berkerja.Sungguh tidak sopan kan?Binik sapa la ni?

Tajuk pulak seakan-akan cerita lucah.Rasa nak lempang diri sendiri kerana tajuk dan intro yang ntah pape.Maafkan saya wahai teman.

Berdirinya saya pada hari ini,padahal tengah duduk adalah untuk membongkar rahsia yang mungkin sesetengah dari kita terlepas pandang atau lupa atau memang taktau langsung.

Semenjak-menjak makan pelbagai ubat hormon,napsssu pun memuncak bagaikan juara lagu 2012.Perggghh!meremang bulusbulus nak cerita ni.saspen tak?saspen tak?

Sila jangan berfikir ke arah biru mahupun kekuning-kuningan durian crepe.KERANA ia berkenaan nafsu makan yang melampau batasbatas usus besar,bukan nafsu yang ehem uhuk ahak hikhik hohoho huhu.k bye!

Cenggini,i tell u.Semenjak rajin mem follow kak anis and the geng *bukan hanis zalikha ye* keluar lunch.Maka saya secara tak langsung telah mengetahui pelbagai tempat makanan yang best.SUPER BEST. Tolonglah percaya.Ini seriussss O_0''.

Mari kita lihat,mariiiiii!!

Tempat pertama TEA POT DELI SACC shah alam.Mula-mula noora g dengan aweks aweks ni,soknya noora g dengan en.asben pulak.Nampak tak di situ betapa terbukti nafsu itu membuak-buak.Apekahhhhh??jengjengjeng.....

tada!!noora,kak anis,ina n ayu.cuba teka sapa paling gemss?yeayyy xyah jawab dah.lalalalala

Taraaaaaa!!Perempuan itu sungguh traffic light bukan??

Kalau hangpa hangpa p makan kat teapot deli ni janganla lupa order side dish nama dia scone.Sedappppp,gulpss tiba-tiba rasa nak g makan sekarang.T_T.

Okeyyyy,tempat seterusnya yang super junior ohsem adalah BELANGA midvalley.Belanga tempat lain taktau,yang noora tau kat midvalley ni memang superrrr powerrrr!!!Menu yang power rangers adalah nasik kerabu,nasik lemak dan nasik kerabu dan nasik lemak.Bhahahaha.Dah itu je sempat makan hari tu.Tapi memang daaaappppp owhhhh dapppp.

Sedapppp...slurppppp....


Tetiba ada durian crepe,kedai dia betul2 depan Belanga tu.Maka merasalah saya akan durian crepe itu.Sungguh rasa doyannnn.yummeh!=)

Ohoiii penat makcik nakkkk.Panjang benor makcik naip.Hilang dah ngantok.@_@.Lain kali noora update lagi eh kalau ada tempat-tempat baru.Daaaaaaaaa!!!

Monday, November 5, 2012

TTC:Petua-petua untuk mendapatkan zuriat

Assalamualaikum,

Sapa pernah dengar TOP 5 kat Hotfm? Entri ni lebih kurang macam tula.Tapikan kadang-kadang kita ni TTC,sampai kalau orang kata makan racun A,mandi lombong B,daki gunung C pun kita sanggup buat demi mendapatkan zuriat dari benih kita sendiri.Kadang-kadang kita dah tak tau sama ada orang tu bodohkan kita,permainkan kita,kita ikutkan je.Baikkan kita?Semoga kita dapat rahmat Allah atas semua usaha kita.Aminnnn.

Hari ni noora nak share petua-petua yang pelik yang dah noora buat dan sudah tidak buat sebab memudaratkan.Kalau korang rasa nak buat,buatlah.Tapi fikir-fikirkan dulu dan selamat beramaaalllll.Eh eh eh macam kenal pulak.

Petua 1:
Minum air rebusan taugeh.Ramai rasanya yang dah try.Noora pernah buat,minum segelas laju-laju,kemudian rasa nak muntah,kemudian rasa teruk giler,pening,sakit perut dan kawasan yang sama waktu dengannya.Lepas minum tu dua hari still bau tu melekat kat tekak.=(

Petua 2:
Minum air paip fresh tanpa tapis.Petua ni ada makcik strangers bagi.Katanya,dia minum air paip satu gelas tiap pagi.Anak dia 10orang dah.Wahhhhhhh hebakkkk hebakkkk!Noora minum,3hari,sakit perut,sakit peruuut,dan sakiiitttt peruuuuttttt.Akhirnya dapat tau punca sakit perut adalah air paip tadi,sekian.=)

Petua 3:
Dukung baby.Bagi baby tu pijak perut kita.Baby yang umur dalam 3bulan mcm tu.Noora buat,sebab dah di suruh buat depan orang ramai.Nasib baby ringannnnn.Tapi macam tu la,biasa je.Dah 3bulan tempoh selepas dipijak masih tiada hasil.hehehehe.

Petua 4:
Petua dari blog yanie.Doktor dia yang bagi,letak mainan yang dimintak dari anak saudara untuk letak bawah tilam.Buat jugak,saja suka suki.Hehehehe.Sebenarnya lebih kepada nak try,anak buah noora tu nak ke tak bagi mainan dia kat maksu dia.hehehehe.sekali dia bagi daaaaa.Siap bagi extra lagi=)

Petua 5:
Usap perut orang mengandung,amik berkat katanya.Punnnnn sudahhhhh banyak perut ku usap.Oh bestnya,bila nak rasa usap perut sendiri yang boboyot sebab ngandung?=(

Petua Extra:
Usap janggut en.asben.Petua dari seorang TTC.Dia alhamdulillah berjaya.Noora???usap je asben buat muka geli a.k.a tak selesa.Acanerrrr tu?Last-last tarik-tarikan ajer.Terus jerit dia.hahahaha=D

Kadang-kadang geram pun ada dengan orang-orang yang bagi petua yang tak logik,seolah-olah permainkan kita,tapi tula kita cuba la apa yang termampukan.Tapi jangan yang tak boleh pun korang redah.Nanti jatuh hukum haram pulak.Ingat tu eh manja-manja semua.

Pssttt:sapa-sapa ada collection petua-petua tak logik lain meh la share.hahahaha=D