Wednesday, December 28, 2011

Trying to conceive part 6:sakit

Assalamualaikum!!

Noora tak tau nak cerita macam mana,yang pastinya sakit dengan keadaan sekeliling.Kadang-kadang kita ni cuba elak stress,cuba tabah,tapi??

Macam bulan ni,dari hari pertama lepas hari kesuburan tu ada la suarasuara yang cakap,"noora ok?makcik Y rasa mual loyaloya,ntahntah noora ada isi dah x?"secara logiknye sperma baru dok cari ovum kot time tu.Pastu bukan sorang je kot,mak mentua noora pun cakap benda yang sama sabtu lepas.apekah?noora cuba senyum,cuba tahan hati.Tak cukup tu, en.asben pun rajin dok cakap macam tu.Noora tak marah tapi noora takut kecewakan diorang=(

Kadangkadang kat rumah tu mak termenung tengok noora pastu cakap "risau fikir pasal noora",muka mak cukup sedih,kesian mak.Mak sunyi.Maafkan noora mak=(

Noora cuba positifkan otak,berdoa dan usaha tanpa jemu.Cuba ceria seceria cerianya.Noora tau semua doakan noora.noora tau semua take care pasal noora.Tapi tolongla jangan sebut pasal loya ke peguam ke hakim ke.Sebab bila cakap macam tu,sedikit sebanyak hati noora akan dapat kesan.Bila semua orang dok agah-agah noora macam ni,harapan noora akan naik 2kali ganda.Tapi kalau nanti result negatif,noora pun akan sedih 2kali ganda gak.Tolong doakan dengan cara baik kan lebih baik

Sekarang dah rasa-rasa angin sengugut,pasti la airmata pun rajin keluar timetime ni.Apaapa pun DOA dan terus berdoa,Allah maha mendengar,maha mengasihani,maha penyayang.

(Ya Allah,kurniakanlah zuriat yang ramai,sihat,cukup sifat dan soleh kepada Noorafidah binti Hussin dan suaminya.Datangkan rezeki itu kepada mereka dengan segera.amin)

Friday, December 23, 2011

Trying to conceive part 5: keliru,buntu,sensitif,emosi tak stabil

Assalamualaikum!!

Makin banyak dibaca makin rasa pening,makin rasa keliru,makin rasa tak mahu.Noora rasa noora tak mau dah g klinik manamana,tak mau dah makan papa ubat.Bunyi macam orang putus asa kan?

Emmmm,sebenarnya emosi noora tak berapa stabil bulan ni dan noora sendiri tak tahu kenapa.Kejapkejap rasa nak kecik hati,kejapkejap rasa nak menangis,kejapkejap rasa nak marah.Noora ni bukan jenis yang mudah naik angin apetah lagi buang angin.hehehe.tapi tula,taktau la kenapa...konpius,sedih dan rasa nak g jauhjauh.ade sapa nak sponser percutian ke rom x?

Nak tanya,korang pernah berdepan tak dengan orang yang bagi nasihat macam ni "jangan pk sangat nak anak,buat tak tau je" dari awal kawen kot dapat nasihat ni.Tapi macam mana nak buat tak tau?adakah bermaksud tak boleh doa hari-hari?yela,bila solat opkos kita akan doa kan,pastu konfem akan pk kan?dan mengharap tu satu kesilapan besar ke?emmmm....konpius lagi...uuuuwaaaa.....tengoktengok kan dah kata emosi tak stabil!

Sekarang ni memang dah tak tau nak buat apa,just buat ikut kemampuan je.Buat masa ni,noora plan nak teruskan je berubat dengan makcik yang noora kenal tu,tapi tapi tapi,haruslah sangat bertabah berdepan dengan urutan yang boleh buat nangis bergulingguling.huhuhu.Takpa demi nak zuriat,noora tabahkan jela hati ni.Ikhtiar jela mana yang boleh.Ya Allah,tabahkanlah hati hambaMu.amin.

(Ya Allah,kurniakanlah zuriat yang ramai,sihat,cukup sifat dan soleh kepada Noorafidah binti Hussin dan suaminya.Datangkan rezeki itu kepada mereka dengan segera.amin)

Tuesday, December 20, 2011

Kenangan itu indah

Assalamualaikum!!

Bila datang je bulan 12 semua orang dah set dalam otak untuk attend wedding or pergi bercuti.Noora pun tak terlepas dari benda-benda ni.Cuma noora tak bapa suka bercuti bulan disember sebab time cuti sekolah semua harga naik melambung pastu musim hujan.huhu.Tapi jauh nun disudut bilik,cemburu gak tengok orang g bercuti.Justeru itu,sebagai langkah elak stress noora nak imbas sket honeymoon noora kat pulau langkawi tahun lepas.
NooraHafiz@langkawi


Alkisahnya bermula di jeti kuala kedah,kitorang decide nak drive sendiri sampai sana pastu naik feri g langkawi sebab balik dari langkawi kitorang nak merayap lagi ke negerinegeri lain.Bila sampai kat jeti,parking keta,pastu terus beli tiket g langkawi.Untuk pengetahuan korang,kitorang tak beli apaapa pakej sebab noora suka tengok dulu hotel sebelum check in.Noora sangat cerewet bab penginapan lagilagi kat situ ada macammacam jenis hotel dan motel.

Sebaik sampai kat langkawi,kitorang sewa keta myvi,pastu terus g survey hotel dan alhamdulillah kitorang dapat hotel yang murah dan puas hati gak la cantiknya,hotel aseana.Terus booked untuk 2malam.Noora tak mau citer details sangat sebab nanti ada yang muntahmuntah pulak baca.huhuhu.Cuma nak bitau dalam 3hari2malam tu satu langkawi habis kitorang g,kira semua tempat menarik yang ada dalam peta tu kitorang masuk and singgah.Cuma adala 1-2 tempat xmasuk sebab kosnyer tinggi dan tak berbaloi.

view kolam dalam hotel,sangat besar n cantik=)

ni baru separuh tau=)

Apa pun puas sangatsangat,antaranya yang menarik Taman buaya,telaga tujuh *sumpah xnak naik dah,penat tahap cabut nyawa!Pic xde plak,dalam kamera en.asben la=(*.Apa yang best kat sini opkos shopping la kan.Part paling best,kitorang punyala meround sampai makan pun siap g masuk kat kawasan kampung,makan kat warung kat rumah makcikmakcik.Harga sama macam kat selangor gak tapi perasaaan tu,klasik sangat kot.Rindu rasanya,nak pergi lagi!=)

muka terpaksa posing

banyak buaya owwwhhh sampai rasa nak culik 5 ekor bawak balik=,="

kota mahsuri,tempat wajib pergi
tempat i kena kejar dengan beruk sampai demam akibat terkejut beruk,sila jangan pergi ye!!

Subhanallah,cantik sesungguhnya=)
kobau ni eden paling suko nengok!siap suh en.asben benti sebab nak nengok kobau face to face,oh kobau i miss u!


p/s:maafkan noora ye,noora memang eksaited kalau dapat tengok kobau,pokok rambutan yang berbuah merah2 dan paling baru, en.asben tunjukkan pokok durian masa g bentong!sangat kagum dengan itu pokok,baru tau macam mane rupa pokok durian dan rupa durian atas pokok.hahaha.sukeeeeeeeee!!!=D

Monday, December 19, 2011

Degil sangatsangat

Assalamualaikum!!

Ingat tak dulu noora ada update pasal tata ngan titi yang comelss itu?haaa ni nak story sket pasal depa.Noora pelik tetapi benar sket tengok tata ngan titi ni.Noora dah banyak kali warning,nasihat bagai tapi harraaaaaaaaaam tak didengar langsung.

Degil tak mau dengar kata.Noora dah kata kekura tak boleh panjat pokok,tapi dorang di ketegak hujung.Nak panjat jugak.Dulu noora ada bela kekura gak,tapi tak dak la lagu ni.Kenapa agakagaknya ye...sejukkah?atau geli dengan air kah..tapi air tu tukar harihari tau.

Bukan apa,ahkkkakk takut depa jatuh sat ni sapa yang susah...ahkaaakkk jugak..huhuhu

mari kita hendap mereka,nampak tak???

ni la teruk,dua-dua dok atas pokok

degilkan?hissshhhh


Tapi bila tengok dorang cool je,lantak p la walaupun sekarang noora dah konpius noora bela kekura ke monkeys.hiks=P

Friday, December 16, 2011

menyesal tak sudah

Assalamualaikum!!

Resah gelisah rasa hati,naik rimas tengok tangan sendiri.Kan hari tu noora ada citer yang noora g wat inai yang corak-corak tu kat tangan kan?aiiiiigggooooo sekarang dah dekat 2weeks benda alah tu xhilang-hilang lagi,puas la menyental bagai.Dan paling tak best kulit tangan mengelupas dan tak senonoh dipandang mata.uwwwaaa menyesal sungguh,memang lepas ni noora fikir 100kali dulu la sebelum nak buat.=(

mula-mula...


lama-lama....

















xnak tunjuk,sedih!##__##"


Thursday, December 15, 2011

Trying to conceive part 4: result yang di tunggu

Assalamualaikum!!

Lama rasanyer xupdate blog,rasa bekubeku sket pun ada sebab xtau nak start kat mana.Tapi at last di pagi yang khamis yang berkat ni,noora nak story sket pasal result check up yang dibuat bulan sudah.Alhamdulillah,syukur pada Allah sebab doktor bagitau noora dengan en.asben duadua sihat,sperm bagus,segala horman stabil dan rahim semua alhamdulillah.Dr.Ismail Thamby cakap maybe cara ehem tu xbetul so dia pun bagila penerangan tentang tu dan suruh cuba lagi sendiri and next appointment should be another 4months.Kalau boleh dia nak kitorang conceive naturally.Sounds good or not?

For me it is 50-50,noora harapkan dia bagila guide line macam rakanrakan TTC yang lain.Scan telur bagai pastu Dr. take care kita step by step,ni main lepas je.Kecewa disitu,so noora dengan en.asben pun decide untuk teruskan berubat traditional and lepas ni nak sambung kat Dr.hamid arshat pulak.Sekarang noora dah start berurut balik*sakitnya Allah saja yang tau*,minum air saffaran dan makan asid folic.Akhir bulan januari ada appt.dengan klinik Hamid arshat.Tapi noora dengan en.asben harap sangat dalam tempoh sebelum ke Klinik hamid arshat,noora conceive naturally.Ya Allah..izinkanlah...amin ya Allah.

(Ya Allah,kurniakanlah zuriat yang ramai,sihat,cukup sifat dan soleh kepada Noorafidah binti Hussin dan suaminya.Datangkan rezeki itu kepada mereka dengan segera.amin)


Tuesday, December 6, 2011

ku ammar haikal

Assalamualaikum!!!

Hai semua,hari ni saya nak enterprem kat belog maksu saya yang selalu perasan cantik.Nama saya macam kat atas tu,tapi leh panggil saya ammar je.Saya nak citer sket pasal kerenah saya kat uma wan.owh ye,semenjak cuti skola hari tu saya ngan abg saya dok uma wan.uma mama saya kat ipoh,kesian mama dok sorang kat ipoh.Tapi xpela,sekali sekala mama rehat ape salahnya.hehehe.don't miss me mama.=D

yang pakai baju hitam tu la mama ngan babah saya,yang baju belang2 tu abg sepupu saya

Perangai saya memang peliks sket.Setiap kali nampak uncle,maksu,kakak fatin or sesapa makan mesti saya akan cakap "ammar nak makan,ammar lapar" walaupun pada hakikatnya masa tu saya baru lepas makan 3pinggan nasi.saya akan merengek sampai dapat makan lagi.hehehe.

Saya suka buli wan saya.Saya rasa wan yang dah tua tentu tak pandai apaapa selain dari masak kat dapur.saya selalu buat wan saya gelak bila saya ajar wan saya makan mee guna garfu ataupun masa wan nak naik kerusi urut,saya pesan kat wan supaya jangan takut sebab nanti ade macam orang picit belakang wan.saya xfaham kenapa wan gelak bila saya ajar wan macammacam.=P

saya sayang wan=D

Saya memang suka main order je kat maksu or kakak fatin kalau saya nak minum air pape.saya wat macam order air kat kedai.tiap-tiap malam saya mesti nak mintak air kaler-kaler.saya xkisah air pape pun janji berwarna.Air watercolor pun okey je,saya belasah je sebab saya xtau tu air ape.

kakak fatin yang tudung oren,maksu saya yang shawl kalerkaler

Baru-baru ni saya ade buli uncle sebab xbelikan saya mainan.saya tarik baju uncle sambil wat muka nak nangis.nasib uncle pandai handle saya.kalau x mau saya meraung habis-habisan.

ni la orang yang saya buli suh belikan menan rm50 hengget tu=P

Opsss jangan salah faham,walaupun saya nampak macam pembuli tapi dalam hati saya ada taman tau.Saya suka main dengan bear dengan kakak itah.Saya cilok bear maksu saya,nama dia sweet.Harihari saya tido peluk bear sampai wan saya nak babab guna hanger.Tapi saya tak takut sebab bila saya buat aksi nak bertinju dengan wan terus wan gelak.hehehe.

saya,abg emmed ngan kakak itah,mana baby maksu ni dah lama kitorang tgu tau.hehehe

okla,ammar nak benti tulis,bye!=)

alkisah sabtu yang penat bukan main

Assalamualaikum!!

Sekali lagi tajuk macam nak mintak tembakan sedas,nasibla pembaca sekalian budget seperti ada yang baca. Sabtu hari tu balik uma PIL,plan nyer nak menyambut besday bersama-sama adik ipar noora.Besday kitorang sama tarikh.hiks.kononnyer nak menyambut minggu lepas,tapi memasing ada hal jadi tangguhla ke sabtu baru ni.Maka dengan itu en.asben belikan kek ngan kepci.Tapi masa nak otw g uma PIL noora sempat singgah tesco pakai inai corakcorak jap.hehehe.sudah lama terhingin tapi tidak kesampaian.gatalkan?mari tolong garu.hehehe.

si demok bersama inai dijari

comelkan kotak dier,me likey!tapi pic terbalik pulak..ayyyooh!
sedapnyer kek ni,rugi makan sket je,t nak beli lagilah=D
dia dan saya

Fil serius tengok kek,besday girls tgh potong kek sweet 18!=P  



me,mil,dikla n azza


Selepas dah makan kepci semua tu kitorang adik beradik plan nak kuar g tengok wayang.Nak g tengok Arthur Christmas kat Tropicana City.Kekonon nak tengok wayang pukul 9.30malam,tapi penuh uolls so terpaksa tengok pukul 11.30malam sebab memasing dah gian nak tengok wayang.Jadi sementara nak mengisi masa lapang,kitorang pun merayau-rayau dulu.Pastu g makanmakan kat SS2 sat sementara nak menunggu.


akak yang membesar bagaikan giant disamping adikadik yang kecik cinonet
amik mood xmas sepammmm.hiks=D
azza said "dikla lets eat!!!"=)

unsurunsur gelojoh dapat dilihat diatas
cupcakes raksasa yeaaahhhhh!!!
Malam tu noora balik pukul 3pagi.pergghhh penat gilos tapi happy!!dapat baju kurung dari MIL and dapat kuar dating dengan adikadik sayang =D

Monday, December 5, 2011

say hye to uncle and aunties!

Assalamualaikum!!

Hye pokcik n mokcik,mummy ngan daddy angkat kami baru je bela kami yang comel ni.Spesis kami dikenali sebagai kurakura brazil *kalau xsilap,ic xsiap lagi tu yang xtau*=p

Kami ni comel tapi pasal apa mummy ngan daddy angkat letak nama kami tata ngan titi,tak glamer langsung.Tapi xpela,disebabkan dorang dah terpikir nama yang sama kami redhakan je walaupun kami taktau maksud redha tu apa sebenarnyer.hehehe

yang kiri tu tata,kanan tu titi
titi takut bergambar,terus larik sondol tata
Sekian dari kami,eh eh eh lupa!!ni da lagi sorang










semenjak ada tata ngan titi,ammar dapat nama baru iaitu tutu.hehehe


Tesco dihatiku la sangat!

Assalamualaikum!!

Cuti Muharam baru ni,family kakak noora yang ke3 dari Ipoh datang cuticuti kat sini.Nak dijadikan story,kakak noora ajak kuar g shopping mopping kat banting,maka beramairamai la kitorang berjemaah ke banting,pas dah penat shopping kat situ,kitorang sambung g GM klang pulak.Tapi GM dah nak tutup time tu,sangatla tidak syoknyer. 

suami isteri=D

efek lampu sangat membanggakan

banyak betul baju,tapi xberkenan pula dihati
3 beradik sepupu yang selalu wat rumah wan bergegar walaupun rumah batu
kakak sapa yang gediks tu =,="

Ingat nak terus balik,tapi tetiba Kakak noora tu offer nak belanja kitorang semua makan.yahhhoooo!Tapi time tu macam konpius giler nak makan kat mana sebab para jejaka sibuk nak tengok bola,so decide makan di tesco shah alam saja.Pastu korang rasa balik on time ke?tidak sama sekali jaaahhh sebab semua yang gegirls nak shopping dalam tesco pulak.Sempat gak noora rembat baju kurung cotton sepasang.Akhirnya dapat gak baju kurung cotton yang diidamidamkan sejak zaman tadika kemas.huhu



Penjelejahan kat tesco tak berakhir kat situ saja ya anakanak,sok paginya kakak noora yang sulung lak ajak berjemaah kat tesco sekali lagi beramairamai untuk shopping dan paling syoknya dier pulak belanja makan.Dan hari tu gak tercapai rekod baru dalam sejarah hidup kitorang semua,dari pukul 1.30 petang sampai kul 5.45 petang kitorang dok bertafakur dalam tesco tu!setiap sudut tesco tu noora dah ukur.hehehe.Baliknya memasing sakit kaki yang amat,nasib en.asben rajin mengurut,barulah boleh tido.huhu.Muak dah tengok tesco tapi untuk seminggu dua je kot.hehehe.

p/s:sedapnyer hotplate..yumeeehh=D

Friday, December 2, 2011

Jim mim ain ta:lelaki separuh sedar

Assalamualaikum!!

Saat menulis entri ni,hati noora dipenuhi dengan emosi sedih,dukacita,pilu dan kawasan yang sama waktu dengannya.Semalam tengok ombak rindu,sebuah filem adaptasi dari novel yang noora penah bace sehari suntuk 9tahun dulu.Tapi entri ni tak da kaitan dengan ombak rindu.*sapa lak yang ketawa macam syaitoon nirrajim time aku tgh feeling2 nak berblog dalam lab ni,kuang asam betul!*>,<!!


Okeh ni entri menghentam kaum lelaki,so sapa panas baran jangan baca.INI AMARAN KERAS!sekeras batu ditepian ombak rindu...pannnnnng!*

Kalau korang perasan,SEGELINTIR lelaki di malaysia ada mentaliti separuh sedar yang boleh menyakitkan kaum wanita yang mendampingi mereka.kenapa noora cakap malaysia je?sebab lelaki negara lain noora xpenah kaji selidik lagi.hehehe.okeh noora cakap segelintir eh,bukan semua.sapo makan cili dio la yang podas.

kemain ensem kartun ni,pinjam eh tuan punya=D

Antara minda separuh sedar lelaki:

1.Bila tengok drama gadisgadis cun pakai kain batik,dia cakap "sayang,u kalau pakai kain batik gini sejuk mata i"

##Bila dia separuh sedar dan gatai nak kawen lain dia kata "u ni dok uma asik pakai kain batik jek,macam makcik2,tula yang i bosan,tu yang i nak kawen lain!!"

@cakap macam keling,ko yang suh pastu ko xsuka,ape ke bangang?

2.Bila tengok orang lain mainmain dengan anak dia kata "bestnya kalau ada anak kan sayang,mesti xsunyi"

##Bila Allah bagi anak berderet dan dia separuh sedar dia kata "u ni keje beranak je,i bosan balik uma ni sana sini bising!!meluattttttt" 

@Bila xde anak,ko cari alasan nak kawen lain sebab xde anak,bila ade anak ko bagi alasan lain pulak.Doakan orang macam ni mati pucuk.amin!

3.Bila baru nak senang "alhamdulillah,mulai hari ni i xnak tengok u susah lagi,xnak bagi u nangis lagi"

##Bila dah senang sangat dan separuh sedar "i nak kawen bapa banyak pun ape u susah,i mampuuuuuuu!"

@sangatla mampuuuuu ye,memang dari segi harta mampu,dari segi agama cukup ke?kalau sanding siap nampak pusat orang islam pe kes?kalau isteriisteri yang dimadukan xgaduh xbermakna ko terer,kat dunia mungkin,kat akhirat?isteri ko semua cukup ke didikan agama,aurat sume tutup ke?anak2 yang bersepahsepah tu dosa dorang ko mampuuuuuuu ke?haaa jawabbbb...dengan Allah..bukan dengan aku.


4.Bila mak pak dia suh kawen dengan perempuan lain "i xcintakan dia!tapi terpaksa demi parents i,i tetap syg u sorang!"

##Bila separuh sedar dan watwat xsedar dia p kawen jugak,siap ber*m*n bagai.

@Jarang ada lelaki tolak rezeki depan mata ye dak?time tu cinta ntah ke mana.kene paksa konon.ko lelaki ke nyah?xleh melawan kalau xsuka?dramaking LOL!*babak ni paling aku benci dalam ombak rindu*

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, 
dia akan menjadi lemah! 
 
Wahai suami
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya..


 Dan ingatlah,
setiap kali isterimu menangis,
Allah melihat dan menghitungnya.


kuasa Allah,perempuan kalau lepas menangis akan nampak cantik=)

Wednesday, November 30, 2011

Makan-makan sempena ke'besday'an

Assalamualaikum!!

Masih dalam mood bercerita pasal besday,so layankan jela.Hari sabtu lepas,en.asben kan dah janji nak bawak noora g makanmakan.Oleh kerana orang duludulu dah cakap,rezeki jangan ditolak maka tak baik la untuk ditolak.hahaha.

Bermula ekspedisi pemakanan hari tu dengan lunch kat sekinchan ikan bakar.Haaa ade ke patut lunch makan ikan bakar,tapi ado kitorang kisah?maka dengan itu kami pun memilih untuk membako ikan pari ngan sotong 2 ekor.Cukupla tu untuk dua orang makan kan.Tu pun jenuh nak meratah =,=".Dah kenyang,p bayor bil tengoktengok rm40.40,boleh tahan mahal gak sekinchan ikan bakor ni,rasa tak power mana.Power rangers jauh sekali.sekadar so-so sajaaa.


pilihpilihpilih!!!
limau ais n jus oren

pari bakor

udang bakor


Selepas tu kitorang pun gerakla g ou kekonon nak tengok happy feet.Tapi sebab mengenangkan bakal dapat tiket free tak jadikla nak g tengok.After shopping sket kat dalam JJ,kitorang terus memulakan ekspedisi mencari seoul garden yang sering digembar gemburkan dialam maya.

golap yo tapi nak gak letak

Mulamula masuk kena bayar dulu,sini kira macam buffet la.Macammacam ada!Leh main bakorbakor and masakmasak tomyam.naik pengsan tengok banyak sangat pilihan makanan.Harga opkos kene la pada gayanya rm50 lebih kurang satu kepala,siap campur dengan tax.


sila tengok pinggan2 yang berlonggok tu,anak sapa la yang makan banyak tu

Walaupun mahal,tapi amat sangat berpuas hati,en.asben memang suka sangatsangat.Macammacam benda dier telan.Kira berbaloibaloi la dan kenala dengan tekak orang melayu.Tomyam dier pun sedap.Tibatiba rasa mahu lagi dan lagi tapi kene tunggu besday tahun depan pulak la kot,bisa gemuk bagai dipampam oooo jadi harus kawal emosi.huhuhu

sampai dua round i tibai ini eksrem menajdikan jumlah keseluruhan 6 scoop penuh huhu

i will come again!!=D