Tuesday, July 31, 2012

maaf sahabat...

Assalamualaikum~

Noora taktau nak mula macam mana,tapi dah lama nak menulis tentang hal ni tapi asyik tak berkesempatan.Noora nak mintak maaf sangat-sangat kat sahabat-sahabat en.asben.Maaf kerana kitorang dah semakin menjauh.

Dulu,kerap jugak jumpa,lepak sama-sama,keluar makan sama-sama,tapi semenjak ramai dah kahwin ni jarang sangat-sangat nak berjumpa.Noora perasan en.asben selalu mengelak kalau kawan-kawan ajak jumpa,kadang-kadang bila dah terlepas tarikh dorang ajak keluar baru en.asben inform kat noora.

Sebenarnya noora rasa en.asben bukan sengaja tak mahu jumpa,cuma mungkin dia terasa hati sebab kitorang yang kahwin awal ni masih takde anak sedangkan kawan-kawan yang kahwin kemudian dari kami semua dah dukung baby.Memang dia selalu cakap bukan pasal tu,tapi noora faham.Dari air muka dia,noora boleh agak.Setiap kali terima berita wife kawan-kawan dia pregnant en.asben cuba buat cool,tapi muka dia ada berubah sket.Kalau nak ajak melawat baby kawan-kawan dia,en.asben terus buat liat.Nak jumpa pun dia takmau.

Kalau nak tau,bulan 10-11 tahun lepas ada salah sorang wife kawan dia yang bersalin.Baby boy.(yang kenal pasti tahu sapa=) ).Noora dah siap-siap beli hadiah dari bulan 10 lagi.Tapi hadiah tu masih terperuk dalam almari sebab en.asben macam tak mau g melawat.Ada je alasan dia.huhuhu.
 
Walaupun en.asben tak pernah cakap,tapi noora faham sangat.Hari tu ada sorang kawan dia tak sihat(wife dia yang sangat baik dan comey sedang pregnant),noora paksa jugak g melawat.huhu.Balik tu dia cakap "bila kita pulak ye?" dengan nada yang sangat lembut dan menjaga hati noora.Noora hanya mampu menangis dalam hati tapi bibir senyum dan cakap "InsyaAllah,tahun ni gak,amin.Suruh sperm abg rajin berusaha"(buat lawak sikit).Huhuhuhu.

Tapi noora faham sangat perasaan dia.Sapa la yang keras hati tak terasa langsungkan?kawankawan yang tido,belajar,makan ,merayap,nakal dan macam-macam lagi bersama.Rapat macam belangkas.Sikit sebanyak mesti hati dia terusik kan.Kalau kawan-kawan noora dapat baby en.asben boleh rileks lagi sebab tak rapatkan.Walaupun dia cuba sembunyikan,tapi noora boleh tengok dan rasa.Belum rezeki kita sayang.Doa dan terus berdoa ye.

Noora harap kalau ada kawan-kawan en.asben baca,diorang faham situasi ni dan doakan kitorang dipermudahkan mendapat zuriat ye=).

Walaupun jauh disudut hati,rasa rindu sangat nak jumpa wife kawan-kawan en.asben tapi noora terpaksa tahan sebab takmau hati en.asben sedih.Maaf sahabat....

Tapi insyaAllah,raya ni noora akan cuba pujuk en.asben melawat semua baby-baby bestfriend dia.Walaupun bukan berkumpul macam dulu,insyaAllah akan cuba melawat sorang demi sorang.Satu je noora harap,agar kekuatan kami ada untuk buat semua tu. Harap-harap masa tu noora pun tengah pregnant,sejukla sikit hati budak apis kesayangan hamba tu kan=)amin.

Thursday, July 26, 2012

Update SOLD-TQ!!-THEPOPLOOK dress for sale!RM65 only=)

Assalamualaikum!!

Hai kawan-kawan,noora nak bagitau satu berita baik.Noora ada terbeli dress dari THEPOPLOOK,konon-konon nak pakai time raya.Tapi alkisahnya,asben noora pun rupanya dah belikan dress lain kat poplook secara seprais cekonon.Tapi pe kes noora nak pakai dua kaler yang lebih kurang sama kan?

So di bulan yang mulia ni,meh la nak jual dress tu dengan harga RM65 including pos (Harga asal RM69).Dress ni dah selamat sold out pun kat thepoplook.Kaler dress yang noora nak let go ni warna navy blue!cantik,menarik,tertarik.huhu.Meh nak share picture.Sapa nak email noora cecepat ke yellowz_Putries@yahoo.com


DESIGN dress tu mcm ni=)


TAPIII kaler dia ni,NAVY BLUE



Ni saiz dia:

size M
Length:137cm (Tinggi noora 160cm,memang labuh terus kat buku lali)
Bust:43cm
Waist:30-44cm
Hips:65cm
Fits UK size:8/10

Wednesday, July 25, 2012

TTC: Rabu kurang berkata-kata

Assalamualaikum,

Hari ni,tiba-tiba hati terdetik,kalau pregnancy dulu menjadi,mesti dah cukup 8bulan++ kan,mesti dapat baby syawal*mesti hensem macam awal or cun macam scha* 







Tapi,satu je yang menguatkan hati "kun fa ya kun",kalau Allah kata jadi maka jadila ia.Maknanya mesti ada hikmahkan?

Hati tersentuh,ya Allah,PadaMu ku bermohon di ramadhan yang mulia ini,perkenankanlah,kurniakanlah zuriat buat kami.amin ya Allah.

Tuesday, July 24, 2012

Ber drama queen part finale =P

Assalamualaikum,

Rentetan dari entry ini, seperti yang dah dijangka-jangka kan.Half day la sangat en.asben tu kaaannn.Sebagai isteri yang selalu mendapat sentuhan kolbu,noora dah boleh agak dia akan kerja gak petang tu.

kredit gugel

Hari tu cekonon-konon nya noora nak ikut dia pergi kerja.Plan nak tunggu je dalam kereta,tapi ape ke boring nak tunggu tepi jalan dari pukul 7.30pagi-12.30tgh hari.So,noora pun terus drive masuk uitm,terus kerja gak.Kira cancel kan jugak cuti.Masa lunch tu la tengok en.asben buat muka 5sen 5sen lagi ceria sebab kena gak attend meeting petang tu.

So,nak tak nak disabarkan jugak sanubari ini.Cepat-cepat fikir,noora tak patut tambahkan stress dia yang memang tengah stress tahap nak nangis sebab kena "belasah" dengan big bos dia yang poyonosfera.Lantas sebagai isteri yang bajet cute padahal tak cute langsung,noora pun pujuk dia (sebab masa ni dia dah rasa bersalah gila-gila).Noora pujuk+ajak dia p tengok Batman pukul 12.15 malam tu pastu ajak stay up terus g sahur untuk hilangkan stress dia.Lantas beliau pun setuju dan muka ada sikit senyum dan berjanji akan ganti cuti hari isnin iaitu semalam.*pehal ayat skema mintak penampar ni T_T.puasaaa puasaaaa*


Dalam keadaan mata nak taknak bukak dikau tetap nampak cool.hehehe


Balik dari sahur tu,dalam pukul 5 pagi macam tu baru melelapkan mata.Nasib gagahkan juga bangun solat subuh.Pastu tido balik.Sedarsedar pukul 1 petang!!hohoho!!O_o''

Friday, July 20, 2012

Ber drama queen

Assalamualaikum,

Dear readers,pernah tak tengok dalam movie ke sinetron ke dalam drama ke..part si suami busy,selalu takda masa nak bercuti.Pastu bila dapat cuti,dan rancang nak jalan happyhappy.Tetiba si suami dapat call bagitau dia perlu gak g kerja pada hari yang dia dengan wife dia dah planning nak cuti tu.And then,wife mesti so saaaadddd.

Its happen to me yawww.Malam tadi ber drama queen jap.Sakitnya hati ini,rasa nak humban henpon en.asben dalam longkang.**tapi tak boleh sebab henpon baru,demmmm!**.Salahkan ku jua sebab membengkak kan mata dengan jayanya akibat menangis.huhuhu.Nasibla tak book mana-mana hotel ke ape ke.Kalau tak mau 10x meraung.Selama ni kan tengok dalam drama.Bila dah jadi kat diri sendiri,pehhhh memang boleh tahan sakitnya.Rasa nak cili-cilikan semua yang sibuk suruh en.asben g keje gak hari ni.Takpe,hari ni hari korang,sok lusa bila family korang kena,barulah merasa kan?

Hermm,sambung pasal drama queen tadi,noora rasa okey sket bila en.asben bitau yang dia half day je,he promise me,dan bagitau isnin ni dia cuti demi nak ganti cuti hari ni(padahal takde makna nak cuti hari isnin,kan dah puasa.huhuhu),dan juga demi menghentikan isteri manja dia dari menangis sampai buta.hohoho.Malam tadi gak beliau bawak noora g makan satay hut,nun jauh di tanjung karang.(rosak diet i cisss!).

Sebenarnya noora bukan tak faham betapa urgent nya bendalah tu.Tapi,noora memang dari kecik sangat pantang larang bila orang tu dah promise nak bawak g sana sini,dan noora dah sangat behave tunggu dengan penuh kesabaraaaaaannnn,tetiba cancel.Last-last minute pulak tu.(lagi-lagi tengah dok bersiap-siap).Oh my english betul la.=( 


Tapi takpe,nasib baik en.asben terer memujuk walaupun asik kena perli je.huh!**bila noora ok,dia suka ajuk balik macam mana noora merajuk,pastu gelak-gelakkan.sungguh cheese berger kan perangai dia?Nasib muka tu comel dihati ini.=P **

Sekarang tengah menunggu dia,kalau halfday tak balik.I will run away!!Da sapa-sapa nak kasik tumpang rumah tak?hahahaha=D





Tuesday, July 17, 2012

malu nak cakap.....

Assalamualaikum...

noora tengah susah hati.....





malu...takut kalau bagitau..orang kata tak mempunyai kesedaran diri...



padahal dah cukup sedar....



tapi tak sedarsedar *silatamparbergantiganti*



nak bagitau...




jangan muntah...janji!!




noora kan......macam kan....minatkan....
















maluuuu!sembunyi belakang laptop..patut tak baya2 noora minat kat budak tu...(ini serius...tolong percaya)...maluuuuu tapi sukaaaaa..sukaaaa biasa mcm artis la...kang ada yg majuk pulak..ehem ehem:D

posted from Bloggeroid

Monday, July 9, 2012

LakiBini

Assalamualaikum!!

Rasanya ramai yang dah tau pasal seoul garden kan?Hari tu noora ada jumpa klon seoul garden,tapi taklah sehebat seoul garden namun masih ditahap memuaskan perut dan tekak.(dah tapi,namun pulak minah ni yoyo ooo jek!)

Tempat klon berkenaan terletak di MBO harbour place kat klang.Namanya steamboat antarabangsa.Satu kepala RM23(makan banyak mana suka hati,air banyak mana pun sukati,tiada tax,100% bumiputera,heh!).Kedainya kat first floor.Ada steamboat dan boleh main bakar-bakar ala korea juga.


tempat baru kan,tu yang kita tolong promote (poyonosfera)

Janganla hangpa pi compare dia dengan seoul garden sangat,seoul garden 2person gedebak gedebuk dah rm100,kalau sini baru rm46.So sendiri kena fahamla.Tapikan disebabkan murah dan boleh tahan memuaskan,lakiku itu sudah ajak pergi lagi sekali this weekend.Aiyak!!apakah??tapi nak tolak rasa mau juga.agagagaga=D

*sila rujuk tajuk kat atas* (p/s:instagram pic boleh jadikan anda kehilangan jerawat serta merta!)

K tu je nak cerita.ringkas gila kan?ok la tu dari takde,kang ada yang demam rindu kat blog ni pulak.ngehngehngeh=P(sila maafkan patik tuanku)


Tapikan.takde langsung gambar makanan kan?Mungkin penulis tidak mahu menunjukkan aktiviti pemakanan beliau.ye ye,itu pastiiii.Tatatatatata=)

Thursday, July 5, 2012

TTC:clomid cycle2 yang gagal menuju ke puncak

Assalamualaikum,

Tengok tajuk pun dah boleh tahu,ada tekanan emosi berlaku disitu.Tapi tak mengapa kerana hati gembira sebab elaun projek 3bulan sudah masuk.yahuuuuuu!Alhamdulillah....rezeki ramadhan dangan syawal barangkali..(kali tu macam darab la,adik beradik.HEHHH SANGAT!)

Okey berbalik kepada cerita clomid,memang ia men delay kan period noora ye.Terima kasih.bye!huhuhu.lama kot,dekat 36-37 hari jugakla.Maka dengan itu,noora decide tak mau makan dah.Dan nak stop semua ubat hormon termasuk asid folik sebab berat naik pada tahap yang melampaui norma-norma kehidupan (bukan makcik norma jiran mak dulu,bukaannnnnn!)

So,noora sedang fokus menurunkan berat badan supaya dapat menjadi isteri yang anggun,comel,berseri-seri,bergaya,mutu dan keunggulan dihari raya nanti.Boleh ke tu???ngehngehngeh=D.ye,noora tengah cuba untuk kuruskan badan dan mencantikkan kulitkulit yang sudah tak lewat remaja ni.(nak ngaku remaja jugak,tak kira!).Sila la beri semangat yang jitu dan padu kepada noora yang dah dua hari start nak diet,tapi selamat je melantak dengan jayanya.


Okey nak bagitau tu je,janji update kaaannnnnn........sudah dipastikannya punnnn ^_^

UiTM engkau laksana bulan

Assalamualaikum!

Kemain malasnya nak update blog,tahap mintak penampar dah ni.Blog walking kemain rajin.hohoho.Tajuk di atas di petik (bukan gitar..itu pasti) sempena lagu feberet noora ketika mood nyanyi lagu p.ramlee datang mencurah-curah ke ladang gandum.Sesuai pula dinyanyikan pada waktu malam ketika en.asben merajinkan diri membawa isterinya yang comel lagi macho ni berjalanjalan menaiki kereta.

"Engkau laksana bulan,tinggi di atas kayangan...hatiku dah kau tawan....bla..bla..bla.." (lupa lirik,padahal tadi kata lagu feberet.boooooo booooo boooo dia!!)T__T.sorry tertipu korang sket.=P

Okey,jangan marahmarah,meh nak bagitau hal sebenar!!!tegas sangat kononkonon.

Hari ni rasa kembang kuncup kembang kuncup sebab ada student fyp degree belanja makan pizza dan paling membuat hati tersentuh,dia hadiahkan noora tudung bawal sulam 3tone,kaler kuninggg uolllsss!

sedapppp yawww!

dalam pic xnampak kuning pulaaaanya punnnn..hoho

Sepanjang hampir setahun setengah berkhidmat di uitm (ayat xnak kalah please!=p),asal final je konfem dapat cenderamata gini.Padahal noora bukan apa pun,just tolong ajar dorang guna equipment je.Serius terharu.

Kalau ikut kontrak keje macam bibik indon,sampai bulan 12 ni.Tapi hati noora berat sangat nak tinggalkan lab ni.Berat hati nak tinggalkan uitm.Hatiku dah kau tawan uitm.=')

Padahal hari tu masa final semester,siap cakap "nak muntah dah tengok uitm,taknak dah dok kat uitm" puuuuiiii!!!sesungguhnya katakata memakan diri sendiri.Sekarang dah jatuh cinta dengan uitm,sendiri terhegehhegeh nak kerja kat sini selamanya.Haaa,sapa nak jawab tu?

Justeru itu,noora harap sangat ada rezeki noora untuk terus kerja kat sini lagi.Doakan noora ye kawankawan!!(dalam nada paksaan!hahahaha)


Sesungguhnya banyak benda nak cerita,tapi tahap kemalasan memang tak dapat disorok-sorokkan lagi.Tapi,saya pasti bukan janji (sudah tukar ka?) yang saya akan update serajin mungkin.muahahahaha.=D



Kejap noora kejap saya..apakahnya punnnnn...