Tuesday, September 25, 2012

TTC:Saya usaha,meh nak gosip girl meh=)

Assalamualaikum,

Motif nak tajuk macam tu?Hmmm,sebenarnya hati ni rasa down,sedih,sayu,pilu dan kawasan yang sewaktu dengan nya hari ni.Taktau la kenapa semua benda nak terasa.*pms la kot*.Bila bukak blog pagi ni,terbaca berita orang pregnant sana sini,ada yang dah masuk dua.noora satu pun belum.(mungkin akan dapat sekali dua,sapa tau=).)

Noora kan kekadang makan nasi berulam kacang botol cecah belacan la dengan orang yang selalu cakap noora ni tak usaha,kalau dah TTC konfem la noora usaha.Kata baca blog kita,tapi leh taktau kita usaha ke tak,g treatment ke tak.Aiyayaya,noora tak marah tapi tolongla jangan post dekat fb noora pasal ni.Noora pun ada maruah,ada family yang nak dijaga hatinya.Ada kawan-kawan yang ramai.Plissss la kalau rasa dah lama mengidam nak tanya soalan sensitif,soalan cepumas,soalan bodoh,soalan bangang sila la pm.Jangan tulis terang-terangan sampai menyakitkan hati atau mengaibkan noora.Noora merayu sangat=(

Hari ini noora nak bongkarkan TREATMENT TRADITIONAL yang noora dah buat *puashatiakudapatcapslock!* treatment moden dah penah citer banyak kali,sapa pernah baca bagus,anda memang best!

1. Noora dah berulang kali,sejak awal perkahwinan,berurut dengan mak yam yang dok kat kapar klang.Mak yam ni ala-ala mak lang yang femes kat TTC group tu,cuma mak yam ni xde le menjolok untuk TVS sebab dia leh scan guna mata je,erkkks,lebih kurang gitula.Tahap urutan memang power rangers,sakit ya ampunnnnnnnnn,sapa tak leh tahan baik tak yah.Sumpah sakit gila!Lelaki pun tak sanggup.Tapi konfem kedudukan rahim dan segala salur will be ok,alhamdulillah=) dan mak yam sangat baik!Ada gak ramai yang berjaya concieve dengan dia,depends la.Rezeki Allah kan=)

2. Bidan lupa nama,kat sungai udang klang.makcik ni main kalih-kalih telur and urut badan.Kawan noora TTC dua tahun,conceive lepas urut kat makcik ni.Dia yang bawak noora g sini.Makcik ni urut super slow,hampir tak berasa.huhuhu.3kali je g,pastu makcik tu kata noora ok dah,tak de pe dia nak betulkan,kalih telur pun hasil keluar hanya lemak.**giler stress,nampak sangat gemuk**

3. Pakcik Mat Zin,kat kuala pilah negeri sembilan.Rumahnya nun jauh dalam felda.Gila mencabar sebab kena datang malam-malam dan 3hari berturut-turut.Siang pakcik jaga kambing ngan lembu,tu yang tak leh berubat.Yang mencabarnya nak redah felda gelap gelita,pastu balik kerja terus rushing g,sampai klang balik kul 1pagi.3hari laki bini g kerja separuh sedar,huhuhu.Alhamdulillah,pakcik kata noora ok sihat.Check guna tapak kaki ikut kaedah perubatan Islam.Dia urut kan en.asben dan bukakan laluan *kot* untuk benih2 bergabung,meletop kebabom!Pakcik ni serius baik and klaka.=D

4. Abang zahar,meru klang.Kitorang ingat abang ni leh ubatkan suami isteri macam pakcik mat zin.Tapi rupanya lelaki sahaja.So en.asben la yang di massage satu badan dari kepala sampai kaki.En.asben kata,dasat giler,rasa nak menitis airmata dia kata.hohoho.Abang tu kata,kalau berurut memang la sakit,kalau nak sedap g spa ;p...hahaha...hambiikkkk!!

5. Rawatan batin,ni in progress.Takleh citer lebih,bukan sebab apa pun.jangan nak saspen sangat k.Noora xleh citer sebab tak pandai citer.Cuma nak bagitau,tempat jayfarhana berubat.Doa dan harapan noora kali ni cukup tinggi.Harap Allah berkati usaha noora dan en.asben kali ni.Tinggi harapan agar Allah makbulkan doa kami.=)




Dear my lovely children,

mummy ngan daddy dah usaha macam-macam untuk dapatkan kamu semua.mummy ngan daddy tau,kami tak sebaik malaikat yang sedang menjaga kamu diatas sana.tapi mummy ngan daddy nak kamu semua tahu yang mummy ngan daddy akan usaha bersungguh untuk menjaga dan mendidik kamu semua.Semoga Allah mengizinkan kita bersama.Mummy ngan daddy dah harung macam-macam keadaan demi kita.Mummy tau kamu semua tak baca blog mummy sekarang,mummy memang suka melawak tapi mummy tau kamu semua dengar suara hati mummy kan..kuatkan semangat kamu semua untuk bersama daddy ngan mummy k,sebab mummy ngan daddy dah lama kuat semangat untuk bersama kamu semua.kusss semangat=)

love from mummy and daddy.



Thursday, September 13, 2012

Apa ada dengan 21syawal?

Assalamualaikum!

Ingat lagi,21 syawal tahun 2010 noora dan en.asben telah dinikahkan dipejabat agama klang.Dengan pakaian yang sempoi tahap gaban,kami disatukan dengan sekali lafaz selepas waktu asar.Dalam keadaan yang agak tak best kerana time tu gak la kepala noora bagai nak pecah berdenyut.sakit kepala.Mungkin sebab satu hari tu sangatsangatla busy menguruskan hal-hal mahkamah dan pejabat agama.

Oiii bunyi macam kena tangkap basah je? 

Amboi pada yang anggap gitu,sila la sayang mulut tu.Noora kena naik turun mahkamah sebab arwah abah noora ni lone ranger.anak tunggal.adik-beradik tiada.Pokcik mokcik pun tak tau sapa yang berdarah sama,sebabnya masa perang dunia kedua,arwah abah terpaksa diserahkan pada orang,kemudian orang tu pulak serahkan dia pada orang lain.Ini terjadi sebab atok kita dulu tu orang pemes,orang penting.So,untuk menggelakkan anak-anak kena bunuh,abis dia pecah-pecahkan hak penjagaan sampai semua jadi samar.Tula orang zaman dulu kan.Buat arwah atok,kesian cucu mu ini.huhuhu.

Baiklah mari kita tinggalkan semua cerita sedih,nak bagitau 21syawal yang lepas.Adinda dengan kekandanya telah meroundkan diri selepas beraya dengan kawan-kawan kat padang shah alam,ber potluck.Canggih tak?Gambar takde pulak,harap maaf.Kekonon nak balik,tetiba kekandanya ajak adinda g KL,saja jalan-jalan tengok lampu padahal noora yang ajak

Setelah puas melihat lampu,jam pun sudah hampir 1 pagi.kekanda jadi buang tebiat ajak g makan berger kat That Little Gerai pujaan hati.Nak makan ringan-ringan katanya.ok,anggap kita sambut pre anniversary ye,kata adinda pula.*lempangkan penulis ni,lempangkan dia!!*

Okey dah sakit kena lempang,meh noora nak tunjuk menu=)

big ass burger-rm15-kekanda

chicken cordon bleu-rm26-adinda

Rasanya memang super awesome,tapi persoalannya,menu ringan kah ini?pada 1pagi??Apa-apa pun tenkiu tenkiu tenkiu sayang ku=D

Tuesday, September 11, 2012

Kenapa mak?kenapa?

Assalamualaikum,

Setiap orang yang lahir kat bumi ni,semua ada emak.Macam tu jugak dengan noora.Mak noora lahir pada tahun 1945.Sekarang umur dia dah 67tahun.Mak noora ni seorang yang sangat-sangat sayang dan selalu memenuhi keperluan anak-anaknya.Sangat pentingkan pelajaran.

Takde sorang pun dalam adik-beradik noora yang tak pernah tak tusyen.Tukar la berapa banyak tempat tusyen pun dia tak kisah.Asalkan anaknya nak belajar *itu saya la tu,tak suka cikgu tu je nangis-nangis mintak tukar,walaupun time tu duit deposit beratus dah burn,kalau anak saya perangai macam ni nanti,pengsanla en.asben..hohoho*.Mak jugak seorang yang terer matematik,toksah dok buat main ehhh.

Bab memasak pulak,tip top kuasa 18!!super duper sedap.Tak tipu punyaaaaaa.Pasal tu anak menantu cucu semua bambammmmmm.noora je yang selim melim **nampak sangat tipu eh** =B

TAPI,dalam pada semua hal di atas.Mak noora sering menyalahguna perkataan kantoi,sehingga menyebabkan anak cucu dok sengeh-sengeh je dengar.Mari saya tunjukkan contoh=P


Ayat mak:

1. hishhh mak tak leh la nak sembang lama-lam kat depan (mesyuarat makcik-makcik sebelah2 rumah),nanti semua kerja dapuq kantoi.**kantoi pada mak=tergendala**

2. duit ni sikit sebanyak kena simpan,nanti tak la kantoi bila nak pakai.**kantoi pada mak=takde**

3. awat dia buat tak bersungguh,nanti semua yang dia buat kantoi. **kantoi pada mak=tak menjadi**

See,betapa kreatifnya mak noora yang mempelbagaikan makna kantoi tu.Hahaha.Yang pasti perkataan kantoi tu memang feberet dia semenjak 4-5 tahun yang lepas,dengar dari anak cucu la tu agaknya.Tak pun pengaruh TV..oh my Emak!!

Dan di suatu malam yang dingin.....

Mak: Mak tengok tv depa bagitau,ada minuman yang ada kutu ka putu tu depa dok kaji nak haramkan.

Noora: pe?putu?kutu?

Mak: ha laaaaa..apa la nama dia.susu kutu ka putu....

Noora: Ade ke susu kutu?

Mak: ala...yang macam vitagen tu...

Noora: ya Allah...kultur la mak...kultur...hohoho

Mak: yela tu.(Muka slamber ber ber sangattttt)

Mak,memang la kiutkan.Kalau anak menantu ajak g jalanjalan.malas kemainnnn,sakit kaki la apela..Tapi bila paksa gak,g masuk dalam pasaraya ke apa.Sampai kita pulak yang sakit kaki layan dia jalan-jalan situ.hehehe.

Mak sorry ngumpat mak manja-manja kat sini.Saranghae mak!!=D

Friday, September 7, 2012

TTC:Remuk,retak,berkecai

Assalamualaikum,

Raya tu memang best,tapi untuk yang ber TTC,raya merupakan satu cabaran yang perlu ditempuh dengan penuh kesabaran.

Macam raya noora tahun ni,alhamdulillah,tiada soalan-soalan cepumas *setakat ni,sebab raya belum habis* dari saudara mara tentang zuriat.Tapi sebenarnya ada cabaran yang lagi besar yang noora redah tahun ni.

Cabaran 1: Ber potluck dengan geng-geng diploma+degree,lepas segala rindu dapat berjumpa,gosip,makan-makan dan lain-lain.Tapi,balik sebak+nangis bila dengar semua member yang kawen baru ni semua dah pregnant dan ada yang bersalin.Noora happy for them but sad for myself and husband.Hanya Allah yang tahu perasaan noora ngan asben.

Cabaran 2: Husband geng's meeting.Ada member dorang nak kawen wat open table.So kira beraya sekali la kat situ.Geng asben noora ni ada 8 orang.sorang yang open table,sorang lagi bakal kawen bulan 11,yang lain semua dah kawen.Timing kawen semua dekat-dekat antara satu sama lain.Memang sangat la close nya.Dalam berat hati dan langkah,kami pergi jugak.Guess what my dear?yang dah kawen 6 pasangan kan?sorang tak dtg,dia ada sorang baby boy.So,ada 5 pasangan yang dah kawen kan.3 darinya dah dukung baby,1 sedang pregnant 6months.Now,tinggal berapa?satu!!!ya tepat!!1 pasangan!!!

Pasangan itu adalah noora dan en.asben.

Boleh anda rasa apa yang saya rasa?Boleh anda rasa balik rumah apa keadaan saya dan suami?Boleh anda tahu betapa bengkaknya mata saya yang tido dalam pelukan erat suami yang tenangkan saya sedangkan dia pun sedih?Dorang semua tak salah,saya tak salah,asben saya pun tak salah.Bukan salah sesiapa.Saya dan suami cuma sedih,tak tertanggung rasa saya untuk menghadap situasi yang sama lagi.Ya Allah,pada Mu ku mengharap sinar,padaMu ku mengharap bahagia.Kau saja yang mampu menolongku ya Allah,pulihkan aku dari sakit ini ya Allah.Kurniakan kami zuriat agar kami turut merasa bahagia itu ya Allah.Sesungguhnya Kau Maha mendengar,lagi Maha mengasihani.Ampuniku yaAllah.

Cabaran 3,bakal noora lalui sabtu malam ahad ni.Perjumpaan raya dengan rakan sekolah.Harap,hati tidak remuk lagi.=(

TTC: Kelapa muda dan asben kesayangan

Assalamualaikum,

Wut wut,nak mengambil masa mengupdate umpama menunggu bulan jatuh ke riba.Punya la malas kemain.Nak tunggu galaxy note la baru rajin.**uhuk uhuk!harap en.asben faham!hahaha**

Kelmarin iaitu pada hari isnin baru ni,noora telah pun selamat didatangi oleh si dia yang kaler merah tu.Alhamdulillah,awal sket dari bulan lepas.Maknanya hormon berkelakuan baik.hohoho.Nak dijadikan cerita,balik dari kerja hari berkenaan,noora ngan en.asben pun menyinggah ke giant nak beli barang dapur sket.Cer teka apa yang noora jumpa???







KELAPA MUDA yang sangat fresh!!!!




Dan dengan rakusnya terus letak dalam troli,en.asben ikutkan saja kemahuan isteri dia yang ntah pape ni.hehehe.Balik rumah terus nom nom nom nom.Hasilnya,esok pagi bangun...perut cramp kaw-kaw punya!!huwaaaa....tapi gagahkan diri g kerja.Tapi hazabedah sungguh.Sakit macam orang gugur tu.Tepat kul 5,noora dah tak leh blah.Siap nak pitam-pitam.Balik je rumah memang dah tak leh jalan langsung.En.asben yang cuak tengok bini dia terus picit-picit satu badan,siapkan makan,semua la.Soooooo sweeetkannnn.Barula rasa disayangi *owh tetiba*...hahaha...Opss ni bukan lawak okeh...sakit tu memangla sangatsangat power rangers.

Memang noora pernah tau yang minum kelapa muda bagus time period,tapi maybe not on first day period.Oh my English!@_@ 2hari berturut-turut cramp memang menyedihkan.So,ingat ni sampai kapan pun yaaa noora!



Psssssst tenkiu en.asben,kalau awak picit-picit konfem elok lepas tu..saya dah agak dah awak ada sakti untuk rawat saya,awak je xcaya......ngeeeeeee=D