Wednesday, March 28, 2012

TTC:Cyst sudah nyahhh!Alhamdulillah=)


Assalamualaikum!

Susulan dari scan kat PMC yang doktor habaq noora ada cyst tu noora dengan en.asben pun dengan segera decide nak g wat rawatan terus kat klinik hamid arshad.Appt.nya pada isnin baru ni.

Sesampai je kat sana,after register semua tunggu la Dr.aimi datang.Dr.HA masih belum balik dari umrah.Noora je dok gabra dalam tu,en.asben sibuk main henpon.Yela,yang sakit tu kita kan.Kecik hati jap=(

Bila nama dipanggil,masuk then Dr. interview sket pasal previous check up dengan LPPKN sebelum ni.Lepas tu dia suh masuk dalam untuk TVS(scan masuk ikut vagina).Ni first time noora jalani TVS(kemain ayat!).Dr.Aimi suh bukak semua yang kat bawah,malu xyah cakap.uhuk!

Godek punya godek,Dr.Aimi cakap,kedudukan rahim,saluran,telur dan lain-lain semua ok.Alhamdulillah sihat.Time tu rasa nak bersujud syukur sangat-sangat.Tapi teringat pasal cyst.Terus tanya "Doc,hari tu dokter kat PMC kata i ada cyst".Dr.Aimi kata" mana ada,everything is clear and good".Alhamdulillah!tq ALLAH=)

Dr.Aimi bitau "bila period lewat macam tu,memang akan nampak mcm cyst,tapi itu hanyalah telur yang xpecah tu yang tak period-period.Bila dia pecah then u period la.Nothing to worries,cuma i rasa u stress,buat kerja berat kot baru-baru ni".Legaaaa ya Allah.=)

Sekarang Dr.Aimi bekalkan acid folic,obimin,habatussauda dan clomid.Tapi clomid tu dia suruh start makan next cycle,sebab cycle ni tak sempat.So bulan ni last try naturally sebelum telan clomid.Dr.Aimi bagi clomid untuk 3 cycle.

nurse memang suka salah eja nama=P


Total cost adalah RM170 termasuk vitamin Dr. bagi untuk en.asben.Syukur sangat-sangat,tapi masih perlu berjaga-jaga.Dr.Aimi suruh noora stop je EPO.baikkk!!=)


TTC:lumiglow

Assalamualaikum!

Hai awak semua,seperti yang dijanjikan noora nak citer sket pasal lumiglow yang baru je noora try pakai.Disebabkan ianya mahal,noora pakai sekali je sehari time nak g kerja.Noora beli dengan Puan Rosey yahya(no.dia 013-6988727).RM120 sebotol dan ada diskaun untuk 2 botol keatas.


Kalau nak tanya apa-apa boleh la call or mesej dia direct.Nanti dia siap pos kan cara dan kegunaan lumiglow.Sangat banyak faedah benda alah ni tau.Hari tu noora pakai time period.Alhamdulillah,period lancar dan sengugut kurang sangat-sangat.Harap-harap Allah izinkan noora conceive pulak lepas ni.=)

Sori memang pendek sangat-sangat entry ni.Busy kemain,dari pukul 8.30pagi noora cuba update,sekarang nak dekat pukul 2ptg ni je hasilnya.huhuhu. 

Wednesday, March 21, 2012

TTC:cd1 pada cd49,kelewatan yang menyedihkan

Assalamualaikum,

Dalam keadaan yang sangat sibuk sekarang ni,noora cuba meluangkan masa sekejap untuk meluahkan perasaan kerana noora percaya satu hari nanti ruangan ni akan bagi kenangan,rujukan dan muhasabah diri yang baik untuk noora dan TTCians yang lain.

Seperti mana entri sebelum ni,noora ada bercerita tentang betapa runsingnya hati dan naluri ni tentang keadaan diri yang tak menentu.Meh noora ceritakan dalam bentuk point,almaklumlah skill karangan dah kelaut memandangkan otak yang tengah serabut dengan pelbagai benda.

Lets start..

1. Biasanya (3-4 bulan selepas HSG) period noora datang ontime yakni pada cd30,masa anak dara pun dia sangat berdisplin.Lepas kahwin kalau lewat mesti naik dalam 2-4 hari.Rekod paling lewat adalah cd39 tu pun sebab bulan puasa(memang selalu macam tu).

2.Last period 2 feb 2012 dan hari ni cd49 baru period.

3.Sebelum ni UPT dah 6kali test (-ve),scan rahim kosong,blood test pun -ve (sapa xperasan hamil kalau lewat kan?)tapi yang di detect adalah cyst 2cm++ (semalam check hampir 2.8++rupanya =( ) dan bengkak sket(mungkin sebab bulan ni noora sangat2 banyak buat kerja berat) nothing to worries,tapi sapa tak risau!hohoho.

4.Mak dan kakak noora yang sulong sangatsangat amik berat.Hari-hari dorang update noora,kat tempat keja pun dorang kol selalu sebab nak tau keadaan noora hari-hari.Kakak noora berusaha tanya kawan-kawan dia,try bertanyakan rawatan traditional dan macam-macam lagi.Hari-hari dia kol bagi support.Mak lagila,siap suruh noora g check dengan Dr.Hamid Arshad.Tadi pagi en.asben kol buat appt.untuk kali ketiga dan InsyaAllah kali ni kami betul-betul akan g sana!(setelah 2 kali buat appt.tapi xpergi sebab kurang rajin)

5.Terjumpa ada yang sama kes dengan noora,lepas first time makan epo,terus period lewat 2weeks then dia terus stop.Noora pun rasa nak stop gakla mcm ni.huhuhu.Dah stop pun lepas ovulate hari tu sebab orang Dr.kata lepas ovulate jangan makan.Tapi ni dah rasa xmau makan epo langsung(mungkin akan makan esok,sape tau=P )

6.Lupa pulak,period segan-segan plak nak keluar.Malam nanti nak minum air kunyit+air asam jawa,blogger jayfarhana bitau leh rawat cyst minum benda tu(beliau sangat rajin,aktif dan berani!tabik dia!)

7.Sebenarnya rasa down sangat-sangat bila tau ada cyst.Dan noora dapat rasa yang noora da pcos jugak.Tapi terima kasih kat en.asben n family n blogger2 n kawan2 yang selalu bagi semangat.*terharu*

8.Pesan pada diri sendiri berkali-kali,ini ujian Allah.Tanda sayang pada kita.Dan hidup ni,ibadah kita bukan semata-mata sebab mahukan zuriat atau keperluan lain,ibadah kita untuk tunjuk kasih sayang dan terima kasih kita pada Allah.Jadi walau apa pun,jangan putus asa dengan Allah.DIA sayang kita,DIA maha mengetahui=)

9.Apa nak tulis kat point ni?blurrrrr.Oh ya!sedang cuba guna lumiglow,elok untuk sengugut,cyst,period,mahu coinceive dan kuatkan rahim.Beli pada harga rm120 je.Murahkan?Baru seminggu pakai,harap berkesan.Dan tetiba nak try noni biodex tu (terpengaruh dengan jayfarhana lagi).hehehe.Tapi tunggguuuuu gaji en.asben dulu.hauhauhau=P

10.Ada benda nak citer lagi,tapi nanti dulu.Kalau rajin noora cerita.Ada luahan rasa hati yang mengigit sanubari.eceeeeeeh!



Doakan noorafidah dan suami cepat-cepat dikurniakan zuriat ye.Amin.

Monday, March 19, 2012

TTC:tolong saya=(

Assalamualaikum,

Lama tak update blog secara muhasabah,tapi masih rajin BW.Macam-macam benda yang jadi kat noora,period delay dah 17 days.UPT negatif sokmo.Nak tak nak noora pun g la PMC untuk buat beta hcg.Keputusannya pun negatif dan paling sedih result scan tunjuk ada cyst 2cm++.

Noora tengah pening.Tak tau pa nak buat.Tolongla bantu noora.Buntu sangat2.Period tak turun-turun lagi.Nak kena makan ubat turun period ke?Apa nak makan untuk hilangkan cyst?=(

Rasa nak meraung dah ni.En.asben pulak jauh.ya Allah......=(

Thursday, March 15, 2012

Gusi membengkak bagaikan johan

Assalamualaikum!!

Noora sedang dalam keadaan kritikal atau indonnya kritis.Sakit gusi yang maha hebat.Nak menitik rasa air mata ni,dah 2hari.Habis sebelah muka rasa bengkak dan rasa nak demam=(.Apa nak buat ni..*nangis*..

wallawweh

Assalamualaikum!!

Uish,lama rasa tak update blog,busy gilosss.Last weekend baru selesai majlis adik-adik ipar,selama 4hari berkampung kat sungai buloh bekerja keras.Balik konfemla flat terus.Pastu minggu ni dah start projek baru,sekarang ada dua projek nak handle.Kejap g lab level 7 kejap g lab level 9.Sangatla penat.=,=

Sebenarnya banyak benda nak update,tapi masa sangatla ketiadaannya.Sekarang berdepan dengan sakit gusi yang amat dan automatik sakit kepala pun menyerang.Mata lak asik nak terkatup,mungkin tak cukup rehat dan tido.

Sat ni cheq dapat kekuatan,cheq update naaaa,kalau tak dapat cheq kena la cari kekuatan dulu.agagaga.macam ada orang kisahkan?hehehe.k sampai ketemu lagiii.daaaaaaaaaaaaaaa=)

Wednesday, March 7, 2012

TTC:Kenapa?

Assalamualaikum...

Pagi rabu yang hening noora dah menangis tersedu-sedu dalam kereta,semua gara-gara topik pagi hotfm.Tak sepatutnya isu madu dibincangkan.Terlalu sentitif walau dorang suruh bukak minda untuk bincang topik ni.Entahla,noora rasa pihak hotfm patut mintak maaf.Pasti ramai perempuan yang terguris.

Para TTCians mesti yang paling sedih bila topik ni dibincangkan.Tak adil bagi kami yang perempuan terus diugut dengan tiada zuriat suami kahwin lain.Saat menaip entry ni,noora hanya mampu menahan sebak di dada,semalam hari kedua berurut.Makcik tu ada cerita pasal sorang perempuan ni.Dia berusaha untuk mendapatkan zuriat dengan sungguh-sungguh.5 tempat ditebuk kat perut dan rahim untuk pelbagai rawatan.Tabahnya dia melayan kesakitan,berusaha tak jemu untuk mendapatkan permata hati buat suami.Last dia buat IVF(mungkin),kos dia RM18000,habis kereta perempuan ni dijual semata-mata menanggung kos rawatan.Ada 4 persenyawaan,inject masuk.Tapi kasihan,muntah,loya dan morning sickness terlalu teruk.Bayi-bayi dalam kandungan tak dapat diselamatkan bila cecah usia 4bulan.Sebelum bayi-bayi dia pergi,dia datang berurut dengan makcik tu.Makcik tu kata xboleh buat apa pun,sebab kesian tengok perempuan tu.Sentuh sket pun dia dah sakit sangat-sangat.

Dan dengan takdir Allah yang berhikmah disebaliknya,bidadari-bidadara syurga dia telah kembali selamanya.Tapi yang paling menyayat hati noora,dikala dia sedang jatuh tersungkur manahan dugaan yang maha berat.Suami dia yang kejam,hina dan bodoh selamat berkahwin dengan perempuan lain.Biar isteri gantung tak bertali meratap sedih setiap hari.Ya Allah,gugur jantung noora,besarnya dugaanmu.Ya Allah,walaupun aku tak mengenali dia,kau kuatkanlah dia,kau temukan lah jodoh yang baru,yang baik buatnya,yang lebih hensem,kacak,kaya dan kau kurniakanlah zuriat-zuriat yang baik untuk dia.

Kadang-kadang dalam perjalanan TTC ni,noora terdetik benci dengan insan yang bernama lelaki.Kenapa mesti perempuan saja disalahkan dalam segala hal?Padahal yang bersusah-payah berusaha adalah perempuan?Akhirnya yang terluka juga perempuan.Sedangkan lelaki juga penyumbang besar masalah kesuburan.

Sebenarnya,lelaki kena tau.Ini semua dugaan Allah buat dorang.Allah beri isteri,belum diberi zuriat maknanya Allah sedang menguji sejauh mana dia sudi menemani isterinya itu,sejauh mana dia usaha,sejauh mana kesabaran dia.Allah beri isteri,ada perempuan lain bertandang dihati maknanya Allah sedang menguji,sejauh mana setia,sejauh mana cinta,sejauh mana dia menjaga hati isteri,sejauh mana dia memahami kesedihan isteri.Isteri dikahwini bukan kerana nafsu,isteri bukan produk hasilkan zuriat,bukan hamba yang perlu mengikut semua kehendak suami.

Setiap titik airmata isteri,ada perhitungannya.....

mode:sedih mungkin tanda miss p hampir tiba

Tuesday, March 6, 2012

TTC:period menggila+berubat traditional

Assalamualaikum..

Sangat sedih,mungkinkah sejarah akan berulang?macam ne nak buat ni?ape salah noora buat?efek epo?atau efek madu+habatussauda?atau apa??berat tetap sama..takkan sebab berat..buntu..keliru dan sedih...miss p delay...dah 4hari...baru je elok datang cantikcantik 3-4bulan..ni dah wat hal balik..hari ni dah CD34..risaunya...nak try lumiglow la..ok tak?hurmmm..upt wat dah 2kali...sekali masa DPO14,sekali masa DPO16...-ve...mana miss p ni....xpenah macam ni...=(..sakit nak terperiod tidak,simptom pregnant pun takde...mcm ne tu?haiiih....

Semalam g berubat traditional,thanks sangat2 to my friend faezah n her husband daus,both ni kawan noora dari kecik.Dorang dah 2years married,baru conceive.Berkat tangan makcik tu dengan izin Allah jua.Makcik tu urut-urut satu badan sket,alih-alih telur(untuk tengok penyakit).Takde masalah,alhamdulillah.Cuma angin n lemak je kena keluarkan.*syabas noora,doktor ngan makcik ni cakap benda yang sama.Tak fahamfaham lagi xtau la nak kata ape.*T_T.

Monday, March 5, 2012

Peristiwa ngeri dirumah mentuaku

Assalamualaikum!!

Ngeri sangat nampaknya tajuk diatas,mari concentrate pada cerita noora jap k.Last week,adik ipar noora telah selamat bernikah dengan pasangannya.Disebabkan majlismajlis itu,maka noora pun bermalamlah dirumah mentua noora di sungai buloh.

Malam kejadian,kitorang seperti biasa,borak-borak sket,gelak-gelak sket,wat kerja sket,pastu tido.Dalam pukul 3-4 pagi macam tu,noora mimpi.Tapi tak ingat mimpi apa,yang pasti mimpi gaduh+merajuk+bengang dengan en.asben.Dan peristiwa ngerinya adalah,noora termenjerit.Ahhhh malu kau bedah!Macam mana leh terkeluar suara.Ini rumah mentua okeh,aiiyyyoohh tak behave punya mimpi!

Kuat lak tu,en.asben yang terkejut pujuk-pujuk noora "shhhh...syg...shhh" tepuk-tepuk macam baby=P (noora memang kuat ngigau,setiap kali ngigau memang en.asben akan pujuk sampai diam=D).Nasibla yang lain-lain tak terjaga.Malunya,bangun pagi en.asben tersengeh-sengeh menyakat.Alah semua ni dia la yang punya pasal,masuk dalam mimpi orang pastu wat orang bengang sapa suruh.Hujung minggu ni mungkin tido sana lagi,please jangan ngigau kuatkuat.malu.T__________T.