Wednesday, January 25, 2012

Alkisah fully shop shah alam

Assalamualaikum!!

Kedai ni merupakan kedai girly-girly yang menjadi tarikan masa zaman study kat uitm shah alam dulu.Kalau ada masa-masa free lepas kelas,noora dengan housemate rajin la berpoya-poya kat kedai ni.Cuci cuci mata sambil membeli belah dengan kos yang rendah.Boleh habiskan masa 1-2jam dalam tu saja.Bila dapat shopping kat situ hati pun jadi gembira kemain.


Dan yang sebenarnya,apabila terjadi penjelejahan semula ke kawasan seksyen 7 baru,maka terlalu la depan kedai tu,bila terlalu,terpaksa pula tersinggah,lalu terberhenti,lalu termasuk dan terbuang masa selama hampir sejam dalam kedai cinonet tu.hehehe.

total rm12=beg telekung 2 pcs,cekak 2pcs dan getah rambut baldu^__^

Memang berbaloi-baloi kalau pandai memilih.heeeeeeeeeee=D

TTC:bbt dan susu kambing

Assalamualaikum!

Tetiba nak emo dengan bbt,pastu terus rasa membazir beli benda alah tu.Kekonon nak mainmain bbt tu untuk check bila waktu ovulasi dan sebagainya tapi disebabkan noora ni over sensitif,jadik baik tak payah la nak ambik bacaan bbt tu bagai.Memang tak membantu langsung.

Alkisahnya bila ada 3hari direct suhu jadi 36.5-36.7 macam tu,so budget tengah subur letewww.Masuk hari keempat,suhu jadik 36.1 teeettt terus rasa down.hehehehe.Boleh tak macam tu,so baik takyah la nak beriya sangat ye puan noora kalau benda tu boleh mengundang stress.Padahal kalau ikutkan time amik bacaan tu memang la tak tetap siap kadangkadang dah berjaga *tapi still pejam mata* dalam setengah jam,baru nak amik bacaan pastu kadangkadang siap terlena time amik bacaan.apekah??


Tapi disebabkan noora rasa down,noora dah fikir untuk stop je bbt,lagi bagus.agagaga.Tapi tak tau la kot satu hari nanti rajin balik.huhuhu.

Apa yang noora dapat kesan sekarang,susu kambing memang bagus untuk regularkan period dan menyuburkan tanah.heeee.Lepas kawen period noora jadi tak stabil,makin lama makin panjang cycle sampai penah cecah 39hari,tapi alhamdulillah lepas minum susu kambing hari-hari,period datang normal macam dulu-dulu kecuali kes hari tu.So kesimpulan yang noora dapat buat,minumla susu kambing untuk kesejahteraan tanah dan kawasan yang sama waktu dengannya.










(Ya Allah,kurniakanlah zuriat yang ramai,sihat,cukup sifat dan soleh kepada Noorafidah binti Hussin dan suaminya.Datangkan rezeki itu kepada mereka dengan segera.amin)

Friday, January 20, 2012

TTC + Jim mim Ain Ta :Kun fa ya kun

Assalamualaikum!!

Sekarang dalam 2ww.kot?  

Esok nak g jalan-jalan kat melaka sambil attend my friend wedding.Ahad,isnin dan selasa belum decide lagi nak pergi mana,maybe jalan-jalan cari makan dengan en.asben je kot kalau takda family vacation.

29/01 maybe kena p hantar my sil balik asrama kat taiping dengan azam untuk makan mee udang taiping!

5/02 insyaAllah akan ke johor with fil untuk attend cousin en.asben punya wedding.

Will 2ww be ok for me?Lets hold with "kun fa ya kun".Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki dalam apa jua keadaan,Maha suci Allah,Dialah yang berkuasa keatas segala sesuatu.Sesungguhnya Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Thursday, January 19, 2012

Ada apa dengan KUANTAN?

Assalamualaikum!!

Sesungguhnya kepala ni dah hampir pecah memikirkan lokasi percutian keluarga raya cina ni,susah-susah kita semua cuti kat kampung idaman hati ku selalu je la.Pakat camping kat jalan mati depan rumah pun apa salahnya kan.ahaks!

Ekceli makan cili,noora mencadangkan untuk cuti-cuti ke kuantan,pahang.Tau apa respon kaum keluarga noora "apa ada kat kuantan?".Wooooooahhhh bikin panas derrr lu orang punya soalan.emosi naik secara mendadak.Sambil angkat kening,noora jawab "Macam-macam ada okey,ada kuantan parade,megamall,ecm,ada benteng leh lepak malammalam,naik bot pun boleh,ada laut,cherating,teluk cempedak,ada air terjun pancing,ada tanjung lumpur tempat makan seafood paling best,ada memori bersama kawankawan noora,ada kolej noora,hehehe".Tapi korang tau apa respons dorang?T____T takda respon mahupun responsibility.agagaga.bengang 8minit.

pancing

gambar ntah sapa punya ntah,pinjam la ye >.<

Noora tak faham kenapa dorang pandang serong kat kuantan,sedangkan kuantan la tempat kedua noora nak bermastautin selepas tanah tumpah darahku selangor yang tercinta.Kuantan tu lain tau feeling dia,tak caya cuba try dok dua tiga tahun kat sana.Dok dua tiga hari mungkin tak rasa.Tapi kalau takda perasaan gak,maka T_______________T sekali lagi.


P/s: Rindu kat kuantan ni,ada yang naik bas g sorangsorang kang baru tau.huh!

Wednesday, January 18, 2012

TTC:salah makan ubat

Assalamualaikum!!

Dear uollss..eh macam dear fara pulak rasanya,hehehe.Noora sebenarnya tengah tak sihat sebab macam tersalah makan ubat.sakit perut yang teramat sampai kena marah dengan mak dan en.asben sebab main makan je ubat-ubat tanpa check ubat tu baik ke tak.Haiih,mana la noora nak tau ubat yang noora makan tu ok ke tak kan?bila dah sakitsakit baru tau.huhuhu.Rasa sedih pun ada jugak,mana tak nya bila orang cakap ubat ni bagus kita beli pastu makan sebab nak usaha tapi tu la,alih alih kena marah.T_T

En.asben tanya soklan cepumas "kenapa syg makan ubat tu?main makan je,kan dah sakit ni..risau abg",dan jawapan noora yang membuatkan en.asben terdiam dan terus berubah air muka jadi sayu ialah "syg makan sebab nak anak". Tapi kannnnn noora tak tau la dia sayu sebab tengok bini dia berusaha atau dia kesian tengok bini dia bengap.ahhhhhhhhh sadap u!=P

Apa yang penting memang perut sangat sangat sakit sekarang,ya Allah,maafkanlah sekiranya aku menzalimi diri ku sendiri,sesungguhNya kau maha mengetahui lagi maha mengasihani.@_@

(Ya Allah,kurniakanlah zuriat yang ramai,sihat,cukup sifat dan soleh kepada Noorafidah binti Hussin dan suaminya.Datangkan rezeki itu kepada mereka dengan segera.amin)

Tuesday, January 17, 2012

lelong,lelong,murahmurah!!

Assalamualaikum!!

Hye anda-anda semua,noora nak buat iklan jap.Noora n en.asben decide nak jual kereta persona kami ni.

silver dragon-2009-manual=)

Sesapa yang berkenan di hati nak beli boleh la email kat yellowz_Putries@yahoo.com,nanti noora akan bagi info lanjut pasal kereta ni.

Monday, January 16, 2012

TTC:perasaan

Assalamualaikum!

Noora ada adik ipar lelaki yang sebaya dengan noora,bakal berkahwin awal bulan 3 ni.Tunangnya iaitu bakal isterinya sebaya jugak dengan noora.

Dear rakan-rakan ttc,noora rasa korang faham apa perasaan noora sekarang.Gembira+Takut.

Noora serahkan 100% pada Allah,noora nak semua orang termasuk diri noora sendiri bahagia,itu je!

Dipagi hening ketika bersolat tahajud,noora bersujud, mengikhlaskan diri untuk menerima apa saja yang Allah tetapkan dan mahukan zuriat bukan kerana berlumba atau apa-apa,hanya untuk menjadi penyeri rumah tangga noora suami-isteri.Penyambung waris dan keturunan yang secebis ini.amin ya Allah.

(Ya Allah,kurniakanlah zuriat yang ramai,sihat,cukup sifat dan soleh kepada Noorafidah binti Hussin dan suaminya.Datangkan rezeki itu kepada mereka dengan segera.amin)


Tuesday, January 10, 2012

kau pergi jua

Assalamualaikum!!

Kisah ni dah terperap lebih kurang 2minggu,sedihnya kemain siap nangis.Ni yang malas,bila kita dah bela,jaga,dan beri pendidikan kasih sayang,dia tetap tak boleh adapt.Bagi makan tak mahu,pasif dan sangat sensitif.Nak salahkan ibu menelurkan pun tak sampai hati.Apekan daya,Allah lebih sayangkan dia.

Arwah baik,tak suka bercakap kalau cakap,aku orang pertama yang pengsan lemah lembut dan terlalu santun.Ingatkan memang dia macam tu,rupa-rupanya petanda dia nak pergi jauh.Haiish,first time haiwan peliharaan noora mati,sedih,takut,cuak semua adaaa.Semoga tata ditempatkan dikalangan binatangbinatang yang beriman.huhuhu.Dah selamat dikebumikan dalam pasu kat uma mak.Agakagak nanti tumbuh pokok kurakura tak?giler imaginasi melampau

Sekarang tinggallah titi sensorang,putus kasih dah dia.Tapi titi jangan risau,nanti mommy lepaskan titi dalam tasik,titi boleh cari boipren baru.Sekarang titi kecik lagi,mommy risau titi kene ngap ikan beso kang.Lagi mommy tak lena tido fikir nasib titi.Titi sabar ye sayang,makan banyakbanyak biar cepat besar,baru mommy konfiden nak lepas titi hidup berdikari dalam tasik.


Noora rasa kan tata rindu kat tutu kot.Almaklumlah semenjak tutu dah balik ipoh dah takda sapa bacakan doa tido untuk tata ngan titi. T_______________T

mommy rindu kat tutu gak!hehehe


Monday, January 9, 2012

Trying to conceive punya story

Assalamualaikum!

Firstly nak ucapkan banyakbanyak terima kasih pada kawankawan yang banyak memberi semangat hari tu.Noora sekarang ni memang dah taktau nak ikut jalan yang mana.Apa yang noora tau,noora akan terus berdoa dan terus lakukan usaha-usaha sambil follow the flow.Tak mau susah hati dan stress fikir macam-macam.Apa yang penting sekarang,noora nak cari kerja sebab contract kat uitm ni dah nak abis,tidak ada sambung-sambungnya.Kena gak cari keje lain secepat mungkin.huhu.*ada kerja kosong x?*=)

Harus tabahkan hati dengar katakata berbisa,keluhankeluhan dari mulut orang yang kita sayang dan paling penting ,noora nak kembali rasa diri ni bersemangat semula.2011 terlalu pahit dan pedih.noora terlalu pasif,lemah dan terlalu memikirkan kebahagiaan orang lain sampai bahu ni rasa berat seberatnya.

Starting this year,noora nak fikirkan kebahagiaan diri sendiri.Dan yang penting,noora nak buat apa yang noora nak buat.Nak jadi noora yang aktif dan ceria dan mungkin sekurus dulu.kurus kerrr?.Tak mau dah fikir semua ni salah noora.It's totally wrong.Apa yang jadik dalam selimut bukan semua orang tau.

Bak kata Dr.Ismail to my husband "wahh,your wife is the precious one,you are the lucky one to have her tau,you must take care of her".*sedikit kembang disitu* Tapi laki aku ada kesah,dia rasa dia lebih baik dari  aliff satar,aik?

Dan takpelah kalau semua benci,marah,hina,kutuk,maki,fitnah macam mana pun,i will always know that Allah s.w.t is beside me.Hidup,mati,sihat,sakit,senang dan susah,berserah pada Allah s.w.t.Arwah abah selalu pesan "kalau orang cakap burukburuk pasal kita,kita just cakap 'alhamdulillah',sambil senyum dan dalam hati doa moga Allah tunjukkan pada dia yang kita ni tak seburuk dan sehina yang dia cakapkan"

Dan mulai malam ni,tak mau lagi rasa perempuan je yang salah,justeru itu,sebelum tido nak cakap "cuk,syg nak mintak maaf dan syg pun nak maafkan cuk gak sebab masih tak dapat berikan zuriat untuk lengkapkan family kita" hahahaha baru adil kan?=D

p/s:guraugurau ya,jangan simpan dalam kooollbuuu.

Friday, January 6, 2012

Trying to conceive part7:End december 2011,berharap sinar 2012 datang

Assalamualaikum..

Saat ini,air mata tak jemu turun kat pipi.Noora betul-betul tak tau nak buat apa.Betul-betul serahkan segala kesakitan,kesenangan,hidup dan mati noora kat tangan Allah.Noora hanya mampu berdoa dan berserah.

Noora dapat rasa dia hadir,tapi diam je sebab nak tunggu lewat 2minggu.Tanda-tanda memang banyak,lebih banyak dan ketara dari yang dulu.Tapi,nak dijadikan cerita ada satu hari ni teringin sangat nak makan telur setengah masak kat shah alam,otw nak pergi,kereta yang en.asben drive terhentak kuat sebab langar lubang.Noora mula rasa tak sedap perut.Tapi noora still diam sampai dah lewat 5hari,tapi sakit makin kuat.Noora pergi jumpa makcik yang urut noora tu,sebab dia macam bidan sket.Dia check,dia kata ada si dia,tapi terlalu lemah.Dia cakap "ada langgar lubang ke apa kat jalan raya sampai terhentak kuat x?",noora jawab "ye".Makcik tu cuma menjawab "erm..saya cuba tolong apa yang patut ye,doa banyakbanyak".Dalam erti kata lain cuba tahan si dia dari jatuh kot.

Balik je ke rumah sampai hari ni,period turun dengan banyaknya dan sakit sangatsangat sampai noora menangisnangis,sakitnya lain macam.Sekarang ni noora tak tau la sama ada si dia masih ada atau sudah mengalir bersama period.Apa yang noora tau,berdoa dan berharap.Kalau Allah izinkan kami bersama,peliharalah ia dalam rahim ni sebaiknya.Kalau tak,noora pasrah.noora redha dan berserah 100% pada Allah.Lepas kering period baru noora akan check balik.Kalau ikut rasa sakit ni,noora tak rasa si dia masih didalam,melainkan Allah benarbenar beri noora rasa keajaibanNya.Kalau tak pun,mesti Allah nak berikan noora yang terbaik.Noora pernah dengar ustaz cakap "Kadangkadang apa yang kita rasa tak baik disisi kita,baik disisi Allah,kadangkadang yang kita rasa baik disisi kita,tak baik disisi Allah,Allah tu Maha Bijaksana merancang segalanya,apa yang penting doa dan mintak yang terbaik untuk kita dan Allah."

Sebagai manusia normal,jauh disudut hati noora menyesal mintak makan telur separuh masak kat situ,kalau tak,mesti tak langgar lubang,mesti tak sakit macam ni.Entahla,noora harap ada hikmah disebalik semua ni.Doa dan terus berdoa.

(Ya Allah,kurniakanlah zuriat yang ramai,sihat,cukup sifat dan soleh kepada Noorafidah binti Hussin dan suaminya.Datangkan rezeki itu kepada mereka dengan segera.amin)

p/s:mintak sangat,kalau ada kawan2 yang baca,jangan la tanya hal ni kalau kita terserempak ye,nanti cedera parah pulak hati ni,biarlah cerita ni hanya dibualkan dan ditamatkan dalam blog je dan doakan yang baikbaik saja ye.tq=)

Monday, January 2, 2012

nasi arab yang disebut-sebut sedap

Assalamualaikum!!

Salam satu malaysia.cehhh salam satu malaysia tapi nak cerita pasal nasi arab pe kes?ala rileks la,nak baca,baca..taknak baca pangkah sudaaaah.

Ni nak story sket pasal nasi arab kat seksyen 7,shah alam.Memang rasa kecewa sketla,kalau nak compare dengan nasi arab kat zamzam memang umpama langit dan bumi.huhu.melampau perumpamaan.Harga pulak lagi murah kat restoran zamzam tu.Dah la dengan muka budak yang jaga kaunter macam nak xnak je layan orang,memang bikin wa panasss.Nasi arab dia takda kaler,putih pucat tak macam beriani.Tapi nak kata tak sedap sangat tu xla pulak,cuma pada noora lagi berbaloi g makan nasi arab yang betulbetul kat kedai arab.

besar punyaaa.boleh tahanla.ni untuk tiga orang makan

bersepah-sepah.dasat tak?dasat tak?dasat tak?hehehe
Ini gak pojaaann hatiku





kenang daku dalam doamu ayam!=P



warung tepi jalan yang sodap

Assalamualaikum!!

Woahhh,memulakan penulisan setelah lama tak menulis umpama melukut di tepian bendang.Peribahasa pun dah macam harreemmm.Dah lama rasanya noora tak menulis pasal jalan jalan cari makan.Bukan apa,idea untuk menulis tidak datang bergulingguling mahupun melayanglayang kerana diriku cukup pemalas tahap 18.Jadi untuk tidak membiarkan gambargambar yang diambil terbiar begitu saja.Meh noora nak cerita sket pasal aktiviti jalanjalan cari makan kat stall tepi jalan.

Hari yang terbabit tak hinggat hari apa,noora dengan en.asben jenuh dok fikir nak makan kat mana,pastu tetiba noora rasa nak g taman melawati yang atas sket dari zoo negara tu.Dulu my kakak sayang ada belajar kat kolej area tu.Masa tu,hampir setiap minggu abah ngan mak akan angkut noora g sana tengok dia.Jadi noora pun sangat familiar la dengan kawasan situ.

Round punya round ada deretan stall stall makan,macammacam adaaaa.Noora ngan en.asben pilih untuk try gerai yang hujung sekali,depan kedai tayar.Sebab kedai tu nampak bersih,kemas dan ramai gak cina makan kat situ.Boleh tahan rambang mata pilih menu dia,harga memang berpatutan.

air jus dalam mug besor,semput nak perabih

ni kedai tu,macam-macam menu ada
mee sup yang sedap giloss,sume ada dalam ni,ayam,sotong,udang,telur,sayur,memang sedap!

nasik goreng cilipadi en.asben punya,liciiiinnnn=)
Malam minggu yang entah bila lak tarikhnya dalam bulan disember,noora dengan en.asben tetiba rasa nak makan chicken chop.Ada satu stall ni kat area ampang,dalam kawasan ni ada banyakbanyak kedai makan gak.Ada satu kedai ni,memang chicken chop dia terbaik,tapi en.asben jarangjarang sangat nak pegi sebab ampang banyak jammed maaaa.Tapi memandangkan dah lama tak g sana,dia redah jugak n alhamdulillah tak jammed pun.hehehe.

ni je sempat amik.wallawehh masih seperti dulu.=)
Noora cadangkan sangat tempattempat ni.Di kala tengahtengah bulan time poket tak berapa nak tebal,tempattempat ni memang layannn abis.Murah and sedap.Lagi sedap dari kedai-kedai yang mahal kot.huhuhu.

K uoolls,jangan tetiba rasa ngeri kalau hari ni entri pasal makan je yang hadooo.bye!=)