Wednesday, October 31, 2012

Fullhouse indah khabar dari rasa

Assalamualaikum,

Musim hujan,mood ikut lembab.Macam baju,kalau kita sidai kat luar musim hujan ni dia lembab je,jauh lebih baik kalau kita sidai je baju-baju tu kat dalam bilik.Apa kaitan baju,hujan dan blog?Biarlah rahsiaaaaaaa.......

Ok memang tak nak tau pun kalau itu bukan rahsia sekalipun,HEH. Citernya gini.Memang dalam otak tu pehhhh penuhla dengan idea yang hangat-hangat untuk update.Tapi bila start bukak je dashboard,hati berdetik "blogwalking la dulu".Lalu ber BW la ambe(sejak2 balik dari kelate je pandai ambe2 ni =P).Pastu bila dah selesai BW,hati berdetik lagi "eh,nak cari keje la".And finally,sekian wasalam la nak update blog ni.

By the way,noora nak cari keje ni,sesapa nak rekemen noora keje dipersilakan,sangat-sangat perlu ni.please sayang-sayang semua.=)

Okey,sudah cukup tersasar,mari kembali ke pangkal jalan.Ni nak habaq mai.Hari tu kan masa anibeseri adalah g fullhouse makan-makan.Si en.asben bertamak haloba,order sampai 2 chicken chop n 1 speggeti alfredo.Blergghhhh,sket lagi nak terkeluar.Manis giler kot blackpapper souce tu.Tobat taknak makan dah.Alfredo alhamdulillah sedap.Rugi duit binik sebab binik yang belanja,cisss bedebassss



Nak dijadikan cerita,hari ni noora g la lunch dengan geng-geng fakulti ni kat fullhouse.Ternyata memang chicken chop yang ape ke namanya tu memang blerrrrgghhh.......uweksss....dorang pun takleh telan.Memang patut puiii kan ajela.Noora cuba speggeti ape ntah nama,lupa.Tak sedap,sangat bersusu.Nyesal tak order abang alfredo.Maka kami stress.Lalu,kak anis cuba komplen kat waiter dengan penerangan secara berhemah supaya chef buat ikut citarasa malaysia bukan blerggghhh sebegitu,TAPI waiter tu tidak faham bahasa melayu mahupun inggeris.Maka agak ayam itik di situ.kasihan bukan??hahahahahaha.Nasib suasana kat situ memang cantik.

kak anis bertudung pink,ayu betudung biru grey.sayang mereka2 ni ketatketat=)

Pengajaran,tekak melayu,sila order alfredo,kalau nak g makan chicken chop ke ape,g tempat lain.Sini totally out!!Speggeti yang lain pun...uwekk sangat...nasib air ko sedap....O_0'

Entry pening memang bermakna tuan blog pening,sekian bye!

Wednesday, October 17, 2012

Aku isteri,Dia suami

Assalamualaikum,

Hai,lama gila tak jenguk blog kawan-kawan.Lama juga tidak mengupdate blog sendiri.Semenjak jadi artis memang busy,tengok tajuk kat atas pun dah tau.Macam tajuk filem kan?haaaaa,giler perasannnnnn!=P

Alkisahnya,en.asben dapat cuti 1week++ sebelum start kerja baru.Maka untuk mengisi masa kosong en.asben,terpaksalah noora sebagai isteri yang solehah menemankan en.asben.ngehngehngeh.Dia cuti,kita pun bantai ngular dengan dia.Dating puas-puas katanya.Alasaaaaaaannnnn sangatkan,padahal boring dok sorang-sorang cakap jela.Taknak mengaku pulak.huhuhu.

Bila dah habis satu KL dengan selangor kitorang merayap,maka noora telah membodek en.asben untuk g jalan-jalan kat kuantan.Budget minyak+tol+makan dalam RM150 je gitu,sebab kira macam travel je.Dok pun kat hotel budget je,RM 98 satu malam,sebab fikir nak tidur+mandi je kat situ.

Tapi rezekila kot,hotel tu cantik+bersih.Betul-betul kat bandar kuantan,wifi free dan lajuu,astro pun ada.Lepas je check in,terus keluar jalan-jalan kat bandar kuantan yang dirindui,sempat melawat kolej noora,masuk ECM,masuk megamall,masuk kuantan parade,sempat lepak,main-main air laut n shopping sket kat Telok Cempedak dan makan-makan kat tanjung lumpur yang super awesome tapi pelayannya hampeh.huh!


Mulanya kan just nak pergi jalan-jalan kat kuantan.Tapi terlajak sampai kuala terengganu.Tu dia....yang jadikan terlajak tu sebab ni:

En.asben:Jom baby,kita g terengganu.Alang-alang berjalan ni.Kita pun tak pernah sampai sana.
Noora:Ok,ada duit ke?ada joooommmmm.
En.asben:Ada,tapi kita takyah tido sana la,kita gerak pagipagi lepas breakfast dari kuantan,lepas tu kita round-round kat kuala terengganu.Nak buat apa lama-lama kat situ.
Noora:Ok je......^_______^

Pergghhhh subhanaAllah!!Maha suci Mu ya Allah....cantik!!!sangat-sangat cantik....@_@.Sepanjang jalan dari kuantan ke kuala terengganu,dalam 3jam++,memang akan lalu cherating dan rantau abang.Memang akan nampak laut yang sangat cantik warna birunya.Sepanjang tu jugak,ada orang jual jeli kelapa yang bekas dia lebih besar dari kat selangor ni,harga RM1.Memang sedap sangat,tahap pejam-pejam mata masa makan.perghhh.enak bangatt deh=D


Antara tempat yang sempat pergi masa tu,pasar payang(tempat shopping),pantai batu buruk,taman tamadun Islam,muzium terengganu (depan tu ada kedai kepok yang best gilak!sedap!air teh o ais free lak tu!serius sedap!-berapa banyak tanda seru daaa),masjid kristal,dataran syahbandar.Destinasi terakhir sebelum maghrib,kira-kira 6.40petang.Kitorang sampai kat Tasik kenyir.Aduhai,memang cantik,terengganu ni memang la super power bab alam semulajadi!Perfect!Allahuakhbar!!




Turun je dari Tasik kenyir,en.asben tanya:

En.asben:Best tak cuti-cuti kita ni sayang?
Noora:Besttttt!Tapikan,kalau kita dapat terus g kota bharu lagi best,terus strike pantai timur,terus complete kita travel satu semenanjung.Tapi takpela,kesian baby.Mesti penat.Lain kali jela k.=)
En.asben:Ok,jom kita g kota bharu,abang ok je,malam ni kita sampai kita tidur kat kota bharu,sok baru kita jalan-jalan pastu gerak balik.
Noora:Yahhooooooo!**cium laki laju-laju**hahahaha

Malam tu sampai kota bharu dalam pukul 10.30 malam,kira-kira 2jam setengah perjalanan dari kuala terengganu.Sampai-sampai je,dua-dua kagum.Kota bharu sangat cool okeh,bandar dia still hidup malam-malam,lebih baik dari bandar kuantan.Orang yang penakut macam noora memang suka bandar yang hidup malam-malam,means banyak lagi kedai yang bukak,ramai je orang buat macam-macam aktiviti,shopping mall pun masih beroperasi dengan jayanya.Tak macam langkawi,pukul 8 dah gelap T_T...Tak sangka kota bharu se cool ini.hohohoho.xla boring sangatkan...Lepas dah kagumkagum,terus je cari hotel laju-laju,sebab en.asben dah penat tahap gaban.Alhamdulillah,rezeki lagi.Kami dapat hotel budget yang cantik dan bersih dengan harga rm70!yela setakat nak masuk bilik terus tidur je kan,rugi kalau g hotel mahal-mahal.Tapi kalau mampu,apa salahnya=)Owh ye,hotel kat sini pun sangat banyak ye,jangan risau=)


Esoknya,sempat melawat dan shopping kemain lagi kat pasar siti khadijah.Dapat beli telekung vietnam yang dah lama diidamkan.Dapat beli gak untuk emak dan emak mentua=).Pastu,singgah KB mall yang glamer tu.Owh lupa,pagi tu kitorang breakfast kat kedai berhampiran dengan pantai cahaya seri bulan.Sedapnya ya Allah!roti kosong 2,roti telur 1,nasi dagang 1,teh tarik 2 = RM7.90.Pengsaaaaaaaaaaaaaaan.Bapak murahnyaaaa*_*...Dah habis meround bandar KB,kitorang pun gerak balik dalam pukul 1,dapatla merasa gulai kawah masa lunch.Sedap oiiii.


Haaa,balik tu ikut jalan kuala lipis.Singgah sekejap kat pekan lipis,ingat nak jumpa siti nurhaliza tapi beliau takde kat rumah.hahaha.Takla,kami singgah solat n makan.First time jumpa kedai mamak yang bukak 7pagi-7malam je kat situ.hehehee

Dalam pukul 8 malam dah masuk KL,takdela jauh dari KL ke KB..dalam 6-7jam.Lain kali nak pergi lagi la.yeayyyy!!Happening gila travel kitorang kali ni,sehari satu negeri.Balik terus lunyai.Huhuhu.Tapi super duper happy!Tq en.asben,i love u,saranghae,wo ai ni,aishiteru!!

Wednesday, October 3, 2012

TTC:bodoh ke kami?

Assalamualaikum,

Tak suka betul dengan dashboard baru.Untuk orang yang pemalas menaip entry panjang-panjang macam noora gerenti berbulu-bulu roma bila tengok 3/4 dari entry dah selamat ditayangkan kat dashboard.Sungguh kasihan.Kalau dulu yela,masa zaman sekolah menengah.Karangan noora paling tiptop *perasan sangatkan*.Boleh cecah 2-3 juta HURUF.Muntahla kalau nak kira hurufkan?Aduh *garugaru kepala* dah cukup panjang belum intro ni?hahaha.keji.

Sebenarnya mulamula rasa nak pendam je kejadian ni,tapi makin pendam makin teringat.Stendet ahhh,itula saya!!Bila luah kat blog baru rasa lega.

Alkisahnya,once upon a time,tetiba mummy chenta bagitau ada seorang bayi perempuan yang available untuk di adopt.**ohmyenglishhhh**.Dan dengan tak semena-mena,en.asben super excited nak adopt baby tu.Noora okey-okey saja,tak nak excited sangat sebab takut tak dapat nanti kecewa sakan pulak.Maklumla jiwa sensitif ni kita kena jaga.agagagaga.

Pastu dipendekkan cerita,tak dapat pun baby itu.Maka en.asben pun kecewa 3hari dok ngigau mata terbukak cakap pasal baby.Contoh ayat "baby napa taknak kat daddy,daddy dah excited ni".hohoho.ngada-ngada taik kuda bila tanya anak angkat hari-hari.Ingat anak arnab ke senang orang nak bagi-bagi?huhuhu.

Oh ya,lupa pulak noora ngan en.asben dah pun selamat meminta izin dari keluarga dua-dua pihak untuk adopt that baby girl.Tapi apa kan daya sudah suratan tertulis begitu.Ok habis story di situ.

Then disuatu pagi yang hening.....perbualan asben dengan ### dia...

en.asben: kalau tak abang dah dapat baby dah hari tu.

###: huh,dorang kata,ape ke BODOH nya nak amik anak angkat??!Baru 2tahun kahwin dah sibuk nak amik anak angkat,nanti dah dapat anak sendiri,terabai budak tu.(dengan nada yang tinggi okeh)-dia cerita kat kawankawan dia pasal kami,dah tu ni kira ayat mereka bersama la agaknya-

noora:*diam dan nangis dalam hati*

en.asben :artis tu belum kahwin dah amik anak angkat,tak kisah pun.....-baik punya jawapan,sebab dia yang eksaited kan?hehehe good job lakiku!good job!!

###: hmmm,macam mana dapat?anak dia ramai sangat ke?blablabla...-dah takleh pickup sebab bengang kena bodoh free*_*

noora la kan,kalau ada anak 10 pun,kalau berkemampuan nak je amik anak angkat,bukan sebab 1,2 tahun kahwin ke apa?plisss la apa mentaliti makcik-makcik ni eh..bela anak angkat tu pahala tahuuu!!Bukan semua orang Allah bagi chance tu,plisss la.Bukan semua orang yang ada anak angkat dera anak angkat bila dah anak sendiri.Ramai je sayang kat anak angkat melebihi anak sendiri kot!!!Kalau dapat bagi kenyang susu,terus anak tu jadi darah daging kot.Takda beza dah!

Lagi satu eh,kalau awak tu senang beranak.Tak semestinya anak cucu awak senang jugak.Tolonglahhhhh jangan berlagaknya punnnn.



Entry emosi ini di taja khas oleh hormon PMS.Sekian.Bila kau nak datang ni labuuuuuuu..>,<

Monday, October 1, 2012

Terima Kasih CInTa

Assalamualaikum,

Suatu ketika dulu,masa iklan samsung galaxy note fes time keluar.Perrgggghhhh!jantung berdegup kencang.Apakah tanda itu nampak dipandang?ehem!!!Tandanya dah jatuh cinta pandang pertama la.Tapi apakan daya,nak beli tak mampu,kasihan kan?

Pada satu hari yang panas dingin panas dingin,iaitu sempena anniversary ke2 kami,30/09/2012 en.asben telah pun membuat suprisenyaaaaaaa punnn.Ekceli tak suprise sangat sebab en.asben konfem la bawak noora time nak beli tu.ahahaha.Tapi,cukup buat noora terbang umpama rama-rama.*poyonosfera*

Pakej hadiah untuk noora mengandungi,jam,note dan handbag.Handbag tu hasil bodekan bermuka comel+rabaraba lengan+pujipuji ensem.Hehehe.

hadiah untuk en.asben turut di sponser oleh en.asben sendiri,sangat kejam kan?

tido dengan handbag ni malam tadi,itu habit!!

Kesian kat en.asben,tapi takpela isteri gaji kecik cinonet.Jadi isteri belanja makan dan tengok wayang pooonnn jadila kan?Sayang awak ketat-ketat,semoga hubungan kita kekal sampai syurga!aminnnn....=)
Thank you for this happiness Allah...I LOVE YOU...