Thursday, May 19, 2016

Rumah Ipoh Kami

Assalamualaikum,

Rumah.

Apa first impression yang orang akan bagi kalau kita bercerita pasal rumah, lagi-lagi rumah dekat area Selangor yang harganya bagai nak pitam.

Actually, perkara pertama yang patut korang fikir sebelum beli rumah adalah:

rumah impian ke yang di cari?

rumah untuk masa depan atau sekarang saja?

rumah untuk aset anak-anak?

Macam saya dan suami, memandangkan rumah kat selangor ni rumah pusaka yang insyaAllah akan diwariskan kepada saya, maka saya dan suami decide untuk mencari rumah yang menjadi idaman kami. Rumah pusaka ni two storeyhouse, sweet-sweet je saiz..rumah teres rakyat biasa-biasa ja awak,tapi cukup selesa dan mententeramkan hati dan sanubari.

Memandang setelah riki-riki dengan bank, loan kami boleh lepas dalam RM350K sahaja (gaji tak banyak masa tu) dan berbekalkan duit epf dan sedikit personal loan sebagai tambahan untuk duit muka dan duit persiapan rumah,kami pun plan sehabis baik untuk dapatkan rumah idaman kami.

So,  rumah yang diidamkan adalah yang mempunyai ciri-ciri di bawah:


  • kawasan luas,senang cakap ada tanah. Nak bina rumah sendiri, takda tanah pulak. Kalau ada pun nuuuu tanah RM3 sepeket.hahahaha
  • nak rumah yang siap dibina
  • dekat dengan pelbagai kemudahan macam shopping mall, kedai 24hrs (Sebab saya tak suka sunyi, saya takut, penakut, dan kawasan yang sama waktu dengannya)


saya letak rumput karpet tumbuhnya jua rumput betul,tips nya sila sembur racun rumput dulu

Kami dah pusing abis satu selangor ni dok cari rumah (mak ayah kami dok selangor, saya klang, asben sungai buloh) dan hampir 2-3 kali kena tipu dan hampir burn RM10,000.00, kami pun naik give up.

Tetiba tercetus idea nak cari rumah kat Ipoh! 

Dengan berbekalkan tekad dan azam yang kuat macam iklan MILO kami pun meredah highway selama 2 jam untuk g cari rumah. Pergi dari pagi, usha punya usha punya usha, kami pun terkenan kat sebuah rumah berkembar yang berkeluasan 48x80 dengan binaan 35x70 yang dah siap bina, lengkap dengan kemudahan pagar auto dan grill untuk semua pintu dah tingkap. Kebanyakkan rumah kat Ipoh memang siap build in macam ni ye, jauh beza dengan rumah kat Selangor yang togel-togel je semua.huhuhu.

DAN

Paling penting rumah tu belakang AEON Klebang, berhampiran dengan klinik 24hrs, kedai makan 24hrs, mcD dan macam-macam lagi. Masjid pun besar dan dekat dengan rumah. Klebang ni kawasan yang baru naik. Mungkin dalam 4-5 tahun lagi akan pesat membangun macam bandar bukit tinggi la kot....kot la...tu pun kot la eh, kita hanya mampu berangan.hahahaha

Dengan harga yang menghampiri RM400K kami pun ayo mat get set go! setuju membeli rumah tu, lepas loan lulus dalam tempoh sebulan....dapatla kunci kejayaan. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Buat masa ni kami hanya menyewakan rumah tu sebab banyak tanggungjawab dan hati yang perlu kami jaga sebelum decide untuk berpindah ke Ipoh, mungkin 5-10 years lagi kot....rumah rehat untuk hari tua bersama anak dan cucu kalau panjang umur....angan-angan tak salahkan?hehehehe.

rumput karpet tiruan je, tak lalu nak jaga yang original.hehehe


Ramai juga yang kecam (amboi ayat) yang tanya-tanya kenapa beli rumah jauh sangat. Luar dari Selangor kira jauh la tu dengan family kami. Hanya kami yang tau kenapa kami buat keputusan macam tu. Sebelum beli banyak benda yang kami dah review, baca, buat kaji selidik,harga pasaran akan datang dan macam-macam lagi. Segala bank kami p jelajah korek rahsia rumah,tanah dan pasaran andai kata satu hari nanti kami bercadang nak jual pulak rumah tu. So biar jela persoalan-persoalan yang timbul dengan labi-labi nya. Hanya kami yang tau apa yang kami nak, apa yang kami idamkan. 


penat je aku buh tv, penyewa siap bawak tv 6o'. Nak bawak balik kang kate buruk siku.ceit. awat lampu nampak buruk dalam gambar taktau la.hehehehe.

ruang tengah a.k.a ruang makan. Brader tu tengah cucirumah. Kene RM350 oi. Nangis bayar, nasib pregnant time ni, kalau tak gigih aku cuci sendiri kot, mahalkan. Ke memang macam tu harga dia?ek?ek?

Apa-apa pun, segala yang ada di dunia ni hanya pinjaman sementara dari Allah. Kita hanya mampu merancang, jadi rancanglah sebaik mungkin. Berdoalah supaya impian yang indah...Allah makbulkan sementara kita hidup di dunia. Harta dunia semua tak bawak ke akhirat kan.

Sekian ustazah mintak diri dulu, anak ustazah ni dok sibuk ammmakkkk, ammmmmakkkkkk dari tadi sambil menjilat tapak kaki ustazah, tau la syurga mu nak, tapi xyah la jilat...ommi xmandi lagi ni.bahahahaha.k bye!


anyway ni citer hujung tahun 2014 bhaiii, dah dekat setahun lebih pun orang sewa. hehehehe. Saya memang suka terokbek, saya kan sweet. Thanks!hahaha